Petua Ketatkan Faraj, Bidan Bagi 5 Ramuan

Share

Menjadi tradisi sebagai seorang wanita Melayu, kita akan menjaga kecantikan bukan sahaja luaran malah bahagian dalaman juga amat diambil berat. Hal ini lebih diberi tumpuan bila mana seorang itu telah mendirikan rumah tangga.

Terutamanya ibu-ibu yang telah melalui proses kehamilan, tidak mahu berdepan dengan masalah  faraj atau vagina longgar. Lantas petua bidan dijadikan pilihan sejak  zaman  berzaman.

Buat anda yang belum mencubanya, apa kata [su_highlight background=”#cadec2″ color=”#242121″]amalkan[/su_highlight] dan [su_highlight background=”#cadec2″ color=”#242121″]rasai perbezaannya.[/su_highlight]

[su_highlight background=”#cadec2″ color=”#242121″]Petua 1[/su_highlight]

1.    Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda.

2.    Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan pati yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat.

3.    Jika perlu, campurkan sedikit air.

4.    Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj.

5.    Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

[su_highlight background=”#cadec2″ color=”#242121″]Petua 2[/su_highlight]

1.  Rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj.

2.  Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.

IKLAN