Petua Mandi Air Limau Purut Mujarab Hilangkan Rasa Letih Badan. Nak Amalkannya Mudah & Confirm Puas Hati!

Share

Bila badan terasa lemah biasanya  seseorang itu akan merasa letih ataupun tidak bertenaga. Keadaan lemah dan tidak bermaya ini bukan pula disebabkan oleh rasa mengantuk ataupun tak cukup tidur.

Jadi bila anda rasa tidak selesa sebegitu, tidak bermotivasi untuk membuat kerja-kerja di rumah atau pun di pejabat, ada baiknya anda cuba mandi dengan air limau purut.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Dikatakan cara ini dapat mengambalikan kesegeran tubuh badan dan memberi rasa bertenaga dan sekali gus dapat juga menghilangkan bau badan.

Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Suzy Honey Herbs dan boleh dicuba.

Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

“PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN”

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga Bermanfaat!

Sumber : Suzy Honey Herbs

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN