Jeragat, jerawat dan garis-garis halus antara masalah yang sering menghantui kaum wanita. Nak nak lagi yang semakin bertambah usia, mula lah macam-macam masalah timbul kan.
Ditambah dengan kesibukan menguruskan keluarga dan kerjaya, adakalanya terlupa bab mencantikkan diri.
Untuk ibu-ibu yang ada masalah jeragat, boleh cuba petua yang mudah dan menjimatkan masa ni. tak perlu ke spa atau menggunakan produk mahal. Guna sahaja barang ada di dalam rumah.
Petua ini dikongsikan oleh saudari Norain Naim.Moga bermanfaat untuk semua.
Dilema mak mak yang dah out of calendar ni kan. Jeragat jerawat kulit kusam pori2 besar memang tak boleh dielakkan. Kadang guna produk pun belum tentu boleh hilangkan lagi2 cuaca sekarang panas kan, kalau kulit wajah terdedah terlalu lama bawah matahari pun boleh menyebabkan jeragat tau.
Ain ada petua mudah hilangkan jeragat sekali gus boleh mengecilkan pori2 muka. Mudah sangat guna 3 bahan je❤️
Bahan bahan
==========
Garam
Ubat gigi mint
Sudu dingin
Cara pemakaian
=============
1. Campur 1 sudu teh garam serta 1 sudu teh ubat gigi mint
2. Kacau sampai sekata
3. Sapukan adukan tadi ke bahagian yang ada jeragat
4. Biarkan selama 5 minit
5. Tekan² lembut dengan jari yang bersih. Masa sapu ni hati2 jangan kene mata ye. Mint tu rasa berangin takut pedih mata
6. Basuh muka dengan air hingga bersih
7. Terakhir, tekan² bahagian pori2 terbuka dengan sudu dingin (sudu yang sudah dimasukkan dalam peti ais) bermanfaat menutup pori² kulit.
8. Kulit korang akan rasa lebih lembut serta jeragat berkurangan. Boleh cuba buat 3x seminggu
Semoga bermanfaat ye,
Kalau korang suka ain izinkan shaaree ye❤️
“Alahai Comelnya Cucu Tuanku.” Majlis Istiadat Berandam Surai Cucunda Agong Berlangsung Meriah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar pada Rabu lalu.
Waris sulung Tengku Puteri Iman Afzan dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah itu diputerakan pada 23 Julai lalu.
Instagram House of Pahang berkongsi berita dan turut memuat naik beberapa keping gambar untuk tatapan ramai sepanjang berlangsungnya istiadat penuh tradisi itu.
Pada hari Rabu 2 Oktober KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu YM Tengku Zayn Edin Shah Bin Tengku Abu Bakar.
YM Tengku Zayn Edin Shah ialah putera sulung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Turut berangkat ke istiadat yang penuh tradisi ini ialah Kerabat DiRaja Pahang.
YM Tengku Zayn Edin Shah telah diputerakan pada 23 Julai lalu.
#houseofpahang #pahang #agongkita #TPRTPI #TengkuPuteriIman #TengkuAbuBakarAhmad #TengkuZaynEdinShah #berandamsurai
View this post on InstagramA post shared by House of Pahang (@houseofpahang) on
Majlis dipenuhi dengan acara potong jambul sambil diiringi selawat Nabi dan sesi bergambar bersama kaum kerabat diraja Pahang.
Sementara itu, Puteri Iman turut memuat naik gambar Sultan Abdullah yang sedang mencium cucunda kesayangan baginda.
Puteri Iman merupakan anak sulung hasil perkahwinan Sultan Abdullah dengan seorang aktres tahun 80-an, Cik Puan Julia Rais.
Sumber : House of Pahang , Puteri Iman , Tengku Arif Temenggong
2 Tahun Tanam Lemon Tak Berbuah, Tapi Bila Buat 4 Teknik Ni ‘Menjadi’ Sungguh!
Umum mengetahui khasiat amalkan minum air lemon ini setiap hari sering diwar-warkan, khususnya dikatakan buah lemon ini kaya dengan vitamin C dan bila diminum bersama air kosong bagus untun pencernaan.
Bukan itu sahaja, malah amalan minum air lemon menjadi teknik atau cara mudah untuk seseorang dapat menurunkan berat badan. Tidak kurang juga ramai yang berkata, khasiat air lemon ini boleh buatkan kulit bertambah sihat dan cantik.
Menyedari begitu banyak lagi khasiat lemon ini, menyebabkan ada antara kita gemar untuk menanam pokok lemon di laman rumah dengan harapan memudahkan untuk digunakan bila berbuah kelak.
Namun tidak dinafikan ada juga yang kecewa dalam bab memastikan pokok lemon yang ditanam dapat mengeluarkan hasil seperti yang diharapkan. Bahkan ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan pokok lemon yang ditanam berbuah.
Buat anda yang mengalami masalah seperti ini, sebenarnya ada teknik yang boleh anda praktikkan untuk pastikan pokok lemon tersebut berbuah lebat. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Fairose Mohd Noor.
Menurutnya yang berkongsi pengalaman di facebook berkenaan pokok lemonnya itu terlihat kini berbuah lebat. Ujarnya sebelum ini, 2 tahun tidak berbuah. Namun setelah dipraktikkan 4 cara berikut akhirnya pokok lemon meriah berbuah.
Langkah 1 : Pangkas Ranting
Pokok lemon perlu di pangkas ranting/cabang untuk pastikan dapat menghasilkan cabang yang lebih kukuh selain bertujuan untuk produktiviti.
Langkah 2 : Gali Lubang Berdekatan Pokok
Lubang digali berdekatan pokok lemon, boleh rujuk anak panah dalam gambar di atas. Setelah digali masukkan sisa makanan/sisa dapur ke dalamnya. Ia akan bertindak sebagai baja. Bila penuh lubang tersebut kambus dan kemudian boleh gali pula lubang lain berhampiran pokok. Lakukan perkara sama.
Langkah 3 : Sembur Dengan Cuka Kayu
Semburkan cuka kayu pada bahagian daun dan batang pokok. Cuka kayu berfungsi untuk melindungi pokok dari serangan perosak sambil dapat menguatkan daya tahan pokok daripada serangan penyakit. Selang seli sembur cuka kayu dan baja Ezigrow.
Klik SINI untuk beli Baja Ezigrow
Klik SINI pula untuk beli Cuka Kayu
Langkah 4 : Sesekali letak baja bakar
Hasil daripada melakukan rutin 4 langkah di atas pada awalnya saya sendiri tak percaya. Alhamdulillah..pokok sentiasa ada buah sehingga susah pula untuk dipangkas sebab sering berbunga…..syukur.
Selamat mencuba
Sumber : Fairose Mohd Nor
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Hargai Ibu Ayah Kita Selagi Ada, Perkongsian Menyentuh Hati Ustaz Ebit Lew Buat Anak Kecil Menangis, Hebat!
Anak-anak kecil kita yang masih bersekolah rendah tidak mudah mengalirkan air mata bila mana kita ceritakan kisah yang sedih. Mungkin mereka masih belum memahami. Apa yang mereka tahu adalah meneruskan kehidupan dengan penuh ceria tanpa ada sebarang masalah.
Tapi perkongsian kisah Ustaz Ebit Lew mengenai ibunya yang telah pergi dan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Perak menangis teresak-esak. Sungguh menyentuh hati. Kita dewasa yang mendengarnya pun terasa sebak.
“Hargai mak ayah dan cintai mereka. Jangan sekali-kali sakiti dan buat air mata mereka mengalir sedih kerana kesalahan kita. Kata Ustaz Ebit Lew menerusi program Prokids yang dilakukannya pada sekolah-sekolah.
Kita kena syukuri nikmat Islam. Abang kakak adik anak-anak saya..kita kena belajar syukuri nikmat Islam, hargai Islam. Allah sayang kita dia beri mak ayah yang baik.
Saya pun sayang mak saya, tapi mak saya dah tak ada, dah meninggal dunia. Saya ada peluang untuk jumpa dia lagi sebab mak saya meninggal dengan Islam. Dia meninggal dengan jaga sembahyang di hujung-hujung usia dia.
Mak saya dah tua, sebelum meninggal dia sakit. Masa umur saya 15 tahun kami semua orang susah, bapak saya bankrap, mak saya kerja kedai makan. Tengah malam baru mak bawak balik nasi goreng pataya. Tengah malam semua lapar, dapat nasi goreng saya terus menangis sebab tak ada makanan nak makan kat rumah.
Sejak itu saya kata saya takkan susahkan mak ayah saya lagi. Sejak umur 15 tahun sampai sekarang saya tak pernah mintak duit kat mak. Dekat sekolah dan asrama kawan-kawan makan sedap, saya tak ada duit, saya teringin saya menangis.
Saya doa kat Allah, saya teringin nak makan macam kawan-kawan saya.
Bila dah kerja, gaji pertama saya 700, semua gaji saya bagi kat mak saya. Ada lebih saya makan, tak ada saya tak makan. Setiap hari saya tulis surat pada mak ayah saya. Jangan risau mak kata kita ada Allah. Mak kata tak senang pun tak apa.
Tiga tahun lepas rezeki saya mencurah-curah, saya pergi kawasan pendalaman. Saya tengok anak orang asli hidu gam, saya tekad nak islamkan mereka. Satu hari adik saya call cakap mak saya sakit.
Saya tak pernah terfikir mak akan sakit. Saya batalkan ceramah sebulan lebih nak jaga mak saya tapi mak saya kata saya anak derhaka kalau saya batalkan dakwah saya di situ. Saya menangis bila mak tak bagi saya balik.
Cinta yang paling ikhlas adalah cinta mak ayah pada anak-anaknya. Setiap kali telefon mak saya mintak mak letak pipi kat telefon sebab saya nak cium, mintak letak tangan di telefon supaya saya nak cium. Saya rindu nak cium tangan dia.
Tapi satu hari tengah ceramah, ada orang bagitau ustaz kena ke hospital sekarang. Saya pergi ke hospital masa tu saya teringin nak cium mak saya. Mak saya dah terbaring, penuh wayar penuh di muka. Saya doakan mak saya dipanjangkan umur masa tu.
Lepas saya doa mak saya meninggalkan. Saya mandikan jenazahnya. Masa saya ambil air sembahyang adik beradik saya beritahu muka mak saya tersenyum. Mak saya bukan ustazah bukan pendakwah, bukan terkenal pun tapi bila dia meninggal mak saya tersenyum. Saya balas senyuman mak saya.
Selamanya ni bukan saya yang susah berdakwah tapi mak saya. Saya dapat apa yang saya dapat ni kerana mak saya. Saya balik saya ambil baju mak saya. Baju tu sampai sekarang saya simpan. Saya rindu mak saya.
Siapa ada keluarga sila hargai mak ayah awak. Awak akan tahu nilainya bila mak ayah sudah dikafankan, jenazah berada di depan awak, baru awak akan teringat mereka semua. Saya yakin bahawa anak-anak yang baik adalah anak-anak yang sayangkan mak ayahnya.
Sila hargai mak ayah anda.
Uztaz Ebit Lew