Rumah besar, kereta besar, duit yang banyak bukanlah gambaran kebahagiaan. Biar rumah yang kecil, namun syukur dengan apa yang ada.
Itulah asas dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demikian menurut Prof Dr Muhaya Mohamad.
Pasangan lelaki dan wanita diciptakan antara satu sama lain untuk saling melengkapi. Kecintaan dan kasih sayang antara suami isteri bukan sekadar di bibir sebaliknya kena dari hati yang ikhlas dan jujur selain mendapat keredaan Yang Maha Esa.
“Dulu saya kenal suami umur 17 tahun dan dia cinta pertama saya. Saya rasa cinta kami sangat asli dan jujurnya sebelum berkahwin perangai saya tidak elok. Saya garang, suka marah, suka merajuk tetapi selepas kahwin suami puji perangai saya lebih baik dari sebelum ini (sebelum berkahwin).
Ini semua sebab hukum Islam yang mana lepas kahwin kena taat pada suami. Pendek kata, sebelum kahwin saya tunjukkan perangai tidak elok, tetapi selepas kahwin saya berubah untuk menjadi lebih baik. Pada saya lebih baik kita tunjukkan perangai sebenar sebelum kahwin. Tidak ada kepura-puraan sebelum itu.
“Dalam berumah tangga, keikhlasan sangat penting dan yang keduanya, agama dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Bukan sama ada terdesak atau sebab sayang. Kita mesti kahwin kerana Allah dan mahu mendapat redhaNya. Macam saya sendiri, saya kahwin kerana mahu mengelakkan maksiat kerana mahu menjaga Agama dan bukan sebab nafsu atau suka. Tetapi lebih kepada menjaga Agama. Itulah keberkatannya.
“Jika kita kahwin untuk bahagia memang takkan bahagia kerana hanya orang yang bahagia sahaja boleh bahagiakan orang lain. Kerana itu, kita kena betulkan dalaman terlebih dahulu iaitu fikiran dan emosi mesti positif dan kena tanam dalam diri bahawa agama adalah segala-galanya,”
“ Wanita yang paling bertuah dan bahagia adalah wanita yang memiliki suami yang sangat baik, beriman. Apabila lelaki sedemikian yang datang meminang anak saya maka saya terima tanpa memberi alasan belajar sebagai halangan kerana belajar bukan segala-galanya. Yang penting jodoh yang baik, waktu yang baik dan jauh daripada maksiat.
“Benda penting adalah belajar dan selalu solat berjemaah dengan suami, minta suami doakan kita. Suami sangat tekankan solat dan agama kena jaga kerana itu yang memberi kebahagiaan ialah Allah dan jika kita menjaga agama maka Allah akan menjaga .Asas dalam sesebuah perkahwinan bukan melihat pada apa yang kita ada tetapi kepada sikap kita kepada apa yang kita ada.
“Jadi untuk pasangan di luar sana, apa-apa yang kita lakukan mesti niat kerana Allah dan berkahwin kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia sebab manusia boleh hilang tetapi Allah sentiasa ada. Apabila kita mendapat cinta Allah maka kita akan mendapat cinta manusia. Ketaatan dan ketakwaan itu sangat penting. Justeru, kita kena tahu tujuan berkahwin.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat betapa subur dan merimbunnya tanaman salad tentu ada yang teruja menanamnya.
Apatah lagi, tanaman salad ini tidak perlu menunggu lama untuk dituai.
Untuk mengetahui lanjut langkah demi langkah penanamannya, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Salad memang sedia maklum sayuran tanah tinggi. Tapi teknologi pertanian semakin berevolusi dari masa ke masa.
Teruja bukan lihat rimbunan salad subur menghijau hanya ditanam di tanah rendah.
Tempoh masa utk smpai merimbun ni saya dapat dalam sebulan 10 hari.
Fasa Penanaman
1. Sediakan cocopeat. Saya tabur nipis
sekadar layer sedikit tanah hitam sawit.
2. Tabur benih salad. Saya beli jenama
green world. Sekarang benih salad
mudah sangat di dapati di kedai mahupun online.
3. Selepas tiga hari saya letak open place.
4. Start size ni dah boleh siram baja ab untuk
cepatkan tumbesan. Guna kepekatan yang
rendah sahaja ya. Kalau boleh dalam 0.3ec sahaja.
5. Pecahkan untuk penjarakkan.
6. Selepas 6 hari penjarakkan. Siram sehari sekali baja ab 0.5ec. Sebenarnya saya tanam agak rapat juga sebab dah tak cukup media.If can jarakkan la dalam sejengkal kalau nak besar macam di pasar.
7. Tadaaa dah boleh menyorok2 dirimbunan salad ni sambil kunyah2 daunnya. Setakat ni saya tidak guna apa2 racun sebab tiada perosak.
Hanya ada penyakit kulat pada daun tua sebab tanam rapat sangat. Udara terlalu lembab matanari x boleh tembus. So jarakkan la ya.
8. Ini sahaja saiz terbesar saya dapat sebab tanam rapat.
Perasan atau tidak, jika kita membeli vitamin contohnya, akan ada didalamnya satu plastik kecil yang mengandungi butiran lutsinar. Apakah itu?
Sebenarnya, ia adalah ‘Oxygen absorber’ diletakkan bertujuan untuk memastikan produk tersebut kekal kering dan menghindarkan dari berkulat.
Pun begitu, sebagai ibu bapa pastikan anak-anak kita tidak termakan isi di dalam bungkusan kecil tersebut yang boleh mendatangkan keracunan pula.
Untuk lebih faham, ini dijelaskan oleh Pusat Racun Negara. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
‘SILICA GEL’ vs ‘OXYGEN ABSORBER’ SAMA TAPI TIDAK SERUPA
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Tahukah anda fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
PERBEZAAN PENYERAP LEMBAPAN DAN PENYERAP OKSIGEN
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN
Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut. Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.