Sesuai cuba untuk mudahkan kerja memasak bulan puasa nanti. Apa lagi ikuti panduan ini.

PETUA SIMPAN CILI & BAWANG KISAR SUPAYA TAHAN LAMA

Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiaw tinggal cedok jer.. Stok untuk seminggu..😀

CARA MEMBUAT CILI KISAR:

BAHAN-BAHAN:
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
1 sudu makan garam
Asam keping
Air tapis secukupnya

IKLAN

CARA-CARA:
1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
5. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
6. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender.
7. Kisar 100 gm cili kering bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
8. Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.
9. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.

CARA MEMBUAT BAWANG MERAH KISAR:

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak masak
1 sudu garam

CARA-CARA:
1. Kupas bawang, cuci , keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
2. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender .
3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

IKLAN

CARA MEMBUAT BAWANG PUTIH KISAR:

BAHAN-BAHAN:
5 labu bawang putih
Minyak masak
1 sudu garam

CARA-CARA:
1. Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak.
2. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
3. Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

Sumber: Lia Kamalia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI