Kebiasannya untuk memasak rendang ayam, suri rumah pasti memilih ayam pencen kerana rasanya lebih enak. Bukan hanya rendang tetapi ayam pencen juga sedap dimasak gulai dan sebagainya lagi. Namun memasaknya kenalah harus lebih sabar.
Rasa ayam pencen yang liat dan kenyal ini bukan hanya memerlukan masa yang lama untuk lembut tetapi juga perlukan pelbagai teknik untuk mempercepatkan isinya lembut.
Bukan sahaja perlu memasak lebih lama berbanding ayam biasa bahkan kena ada caranya untuk memastikan ia dimasak agar jadi lebih sedap berbanding biasa.
Jom cuba petua ini:
Air Kelapa Muda
Air kelapa memang banyak khasiatnya. Selain sihat untuk badan, air kelapa juga dikatakan mujarab untuk melembutkan ayam pencen. Rebus ayam bersama air kelapa hingga empuk dan kemudian masaklah seperti biasa. Bukan saja lembut tetapi juga sedap.
Ads
Lada Hitam
Lada hitam juga dikatakan membantu melembutkan ayam tua ini. Rasa ‘panas’ bertindak lebih cepat melembutkan ayam. Tumbuk sedikit lada hitam bersama halia tua dan rebuslah bersama-sama ayam pencen. Biarkan hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Kemudian bolehlah dimasak seperti biasa.
Tebu
Ketika memasak tebu, masukkan satu ruas keratan tebu ke dalam periuk berisi ayam yang hendak dimasak. Biarkan ia dimasak bersama hingga lembut. Hasilnya ayam lebih cepat empuk dan lembut.
Ads
Periuk Tekanan
Teknologi hari ini usah pula diketepikan. Memasak menggunakan periuk tekanan sangatlah membantu kerja-kerja anda. Rebuslah ayam pencen menggunakan periuk ini dan lihatlah hasilnya. Ayam jadi lebih cepat dimasak tetapi juga enak rasanya.
Nenas
Nenas memang banyak gunanya. Kisar buah nanas dan lumurkan pada ayam pencen hingga rata. Biarkan diperap selama satu jam kemudian bersihkan dan masaklah seperti biasa. Nenas yang ‘kuat’ ini membantu lembutkan isi ayam.
Ads
Daun Pisang
Selain nenas, daun pisang juga banyak membantu. Semasa merebus ayam, letakkan daun pisang abu dan biarkan direbus hingga sebati dan empuk. Apabila ayam lembut, keluarkan daun pisang dan biarkan dimasak lagi hingga betul-betul empuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini ibarat pusingan roda, sekali sekala kita berada di atas dan sekali sekala kita berada di bawah. Penuh dengan ujian hidup.
Begitulah juga yang pernah dilalui oleh penyanyi dan peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Adibah Noor.
Sebelum ini pernah mengaku terpaksa menjual rumah dan menggadai barang kemas berikutan kesempitan wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu.
Buat Bayar Hutang
Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Adibah, 52, menyatakan dia akan menggunakan wang kemenangan sebanyak RM20,000 itu untuk membayar hutang.
Selain itu, kata pemilik nama Adibah Noor Mohd Omar, dia ingin menebus semula barang kemas yang digadai ketika dia menghadapi krisis kewangan.
Tidak Malu Mengaku
Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut.
Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas.
Tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa, dia tidak lupa untuk menyimpan sejumlah wang kemenangan demi masa depan.
Selain itu, saya akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti bagi merehatkan diri.
Program GV8 Membuatkan Saya Sedar
Dalam pada itu, pelakon drama Kampung People 2 akui sepanjang program itu dia telah berubah menjadi individu yang tidak lantang bersuara.
Semua orang tahu saya seorang vokal person, tweet saya di Twitter sentiasa berbisa. Program GV8 membuatkan saya sedar dan tidak lagi bersikap judgemental. Apa sahaja berlaku lebih baik diam dan telan sahaja.
Tak susah sebenarnya untuk mendiamkan diri apabila kita buka hati untuk faham tuntutan kerja orang lain.
Pada konsert akhir GV8, Adibah menyanyikan lagu Seroja dan berduet bersama Datuk Zainal Abidin dengan lagu Kau DI Hati Ku.
Manakala di pusingan battle, Adibah berentap dengan Azan Scan menerusi lagu Kami Rappers dari 4U2C.
Sumber : mStar & OhBulan
Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Perkongsian pengalaman daripada wanita ini yang sejak tahun 2017 hingga kini bergiat aktif memberi makan kucing jalanan rupanya menyimpan 1001 kisah suka duka dalam hidupnya. Baginya, semua si bulus itu dilayan seperti anak sendiri, apatah lagi dirinya belum dikurniakan zuriat.
Mengetahui lebih lanjut kisahnya, turut dikongsikan di sini semoga kisah seperti ini dapat menjadikan kita lebih bersifat terbuka dan kasih terhadap haiwan-haiwan yang terbiar ini.
Anggaran kos
Sebulan makanan kering sahaja perlukan 30kg untuk 20 kucing dalam jagaan saya. Tidak tak termasuk dengan anak-anak bulus gelandangan lagi..Mungkin 30 kg juga..sebab jumlah kucing yang saya bagi makan diluar lebih kurang 10-15 ekor. Pasir perlukan 15 beg sebulan..Makanan tin perlukan 3 carton..dan juga ikan/ayam mentah..yang direbus gaul nasi. Keseluruhan bulan-bulan memang tinggi..RM500-RM600
Kucing-kucing ni semuanya saya anggap macam anak-anak kami, lagi pun saya masih belum dikurniakan cahaya mata..
Kongsi pengalaman
Sepanjang menjadi seorang Pemberi Makan Kucing Terbiar selama beberapa tahun ni..Macam-macam yang saya pernah alami dan lihat..
Pernah satu ketika,
1.Saya lihat si anak turun dari kereta dan berlari ke arah saya sebab tertarik melihat saya sedang bagi makan kucing terbiar,lalu dibelainya kucing yang tengah makan,tiba-tiba si ibu menjerit dengan sekuat hati “SINI!!!JANGAN USIK KUCING TU,KOTOR”..Terus si ibu memandang ke arah saya dengan pandangan yang tajam sambil menjeling..
2.Sedang saya bagi makan kucing,saya disapa oleh seorang makcik..Ditanya “Selalu bagi makan kucing-kucing ni ya?Saya menjawab “Ia makcik”..Lalu diberinya saya wang RM5. Katanya,ini yang makcik ada,ambil ya makcik sedekah..buat tambah beli makanan kucing-kucing ni..
3.Pernah ditegur seorang pakcik (yaang jiwanya sama sayangkan kucing).Katanya “Alhamdulillah…murah rezeki awak sebab bagi makan kat kucing-kucing ni..Buat baik dengan binatang tak rugi apa pun. Sebab dia doakan kita”.Saya senyum…sambil berkata “Insyallah cik..Amin”..
4.Masa tu waktu hujan saya duduk bersila dan berteduh ditepi kedai.Dengan baju seluar yang basah sambil bagi makan kucing..Saya dijeling oleh orang yang lalu lalang di kawasan tu. Mereka pandang saya macam saya ni jijik sangat.Sedih..Mungkin mereka ingat saya ni peminta sedekah kut..
5.Saya pernah dituduh,katanya semua kucing-kucing terbiar tu,saya yang buang..Sedangkan saya hanya datang bagi makan sebab kasihan kucing-kucing tu tak cukup makan..Niat baik saya disalah erti..
6.Bekas-bekas makanan dan minuman kucing,banyak kali orang buang..Kadang-kadang sampai pecah orang pijak..Sedangkan bekas tu semua saya letak tersorok..Bukan kawasan orang lalu lalang.
7.Sedang saya tengah bagi makan kucing, tiba-tiba ada satu kereta pajero polis berhenti..Mereka ambil gambar saya…Waktu tu saya perasan, tapi saya hanya diam dan teruskan apa yang saya buat..Rupanya,mereka viralkan saya di dalam group Rembau Macam² Ado.Katanya,kerja yang saya buat ni adalah kerja mulia.(Alhamdulillah,masih ada insan yang menghargai).
8.Pernah juga, ada seorang abang yang bawa anaknya berjalan kat tempat saya bagi makan kucing tu..Dia ajar anknya cara belai dan pegang kucing..Bagus sikap abang ni…Saya suka..Sebab ada separuh parents tak suka anaknya pegang kucing lagi-lagi kucing terbiar ni sebab kotor..Hmm..
9.Sambil saya duduk bagi makan kucing,saya perasan ada orang perhatikan saya dari jauh tapi dia buat-buat macam tak nampak. Saya perasan dan lihat rupanya kawan lama sy..Cepat-cepat saya bangun dan sapa dia untuk bersalam..Saya cakap kenal saya tak..Tapi sedih..dia kata tak kenal,terus dia cepat-cepat pergi..Dia tak sahut pun salam saya..Mana mungkin salah orang…sebab saya tahu..saya kenal itulah orangnya..Mungkin,dia geli dan malu kut saya bagi makan kucing terbiar..Allahu..Sedih hati saya..
10.Lepas bagi makan kucing,tekak saya haus dan teringin nak makan roti canai,lalu saya terus pergi ke kedai dan order makan kat situ..Kedai tak jauh pun dengan tempat saya bagi makan kucing..Pekerjanya nak tak nak je layan saya..cakap pun tak pandang..Apa tak layakkah saya nak makan..Oh macamni rupanya,bila kita terlihat miskin..Memang dipandang hina..
11.Setiap kali bagi makan kucing,saya akan tapau beli nasi putih untuk digaulkan dengan wetfood supaya kucing-kucing yang makan tu kenyang..Nasi tu saya beli dari kedai makan tak jauh dari tempat saya bagi makan kucing..Mungkin sebab dia tahu yang nasi tu saya nak bagi pada kucing-kucing terbiar..Jadi,kisahnya..
Hari Pertama saya beli,saya dapat nasi yang dah sejuk dan sikit berbau..Saya diam.
Hari Kedua saya beli,saya dapat nasi yang dah nak basi..Saya diam lagi.
Hari Ketiga saya beli,saya dapat nasi yang dah basi,berlendir,berbau busuk…Terus saya meletop dan sound..Saya cakap saya beli nasi ni…bukan saya minta free. Kenapa buat macamni..Bagi nasi yang dah tak elok.Walau saya nak bagi pada kucing,bukan bermakna kamu harus bagi saya nasi yang dah berlendir..Saya bukan bodoh..Saya perasan,setiap kali saya nak beli nasi putih..pekerja dia akan ambil nasi dalam 1 tong merah..Sedangkan nasi yang elok ada di tempat tukang masak.Rupanya nasi dalam tong tu dah sejuk dan nak basi itulah yang diberinya pada saya..Saya dah mushkil dari awal,tapi saya masih fikir yang baik.Makin saya diam,makin saya diperbodohkan. Apabila kita terlalu baik,makin kita dipijak kepala..
12.Sewaktu saya bagi makan kucing..Saya pernah dihalau oleh seorang lelaki berkopiah supaya bagi makan kucing jauh-jauh sebab katanya nanti gerai dia kotor..Kucing makan sepah-sepah..Sedangkan,saya bagi makan jauh dari gerai dia dan mesti beralas dengan kertas. Saya akan tunggu sampai kucing habis makan,baru saya akan ambil dan buang kertas tu.Tak pernah lagi saya tinggalkan buat sampah..Sombong dan angkuh.Baru buka gerai tepi jalan,belum lagi buka kedai besar…entah macamanalah layanannya..Baru sikit Allah uji…
Banyak lagi cerita….tapi hati saya tak kuat nak kongsi..Macam-macam ragam manusia yang kita boleh jumpa..Dan banyak benda yang saya belajar dari semua kisah ni..
Semoga saya terus istiqomah..Hati terus kuat dan sabar..Bila kita nak buat baik,bukan mudah. Pasti akan ada ujian yang Allah beri..
Doakan saya sihat tubuh badan murah rezeki ya. Kucing terbiar ni selalu disisihkan,tak semua orang sayangkan mereka..Jadi,apa salahnya kita sayangkan mereka macam ahli keluarga kita. Buatlah apa jua kebaikan,kerana hidup ini hanya diberi peluang sekali sahaja.
Sekurang-kurangnya, buatlah “SESUATU” yang mungkin mereka akan kenang dan doakan kita selalu..Walaupun, kita dah tiada lagi kat dalam dunia ni..Akhir kata semoga akan lebih ramai lagi masyarat yang membuka mata dan mula menyantuni..menyayangi haiwan terbiar…
Nasi menjadi makanan wajib yang dihidangkan oleh ibu-ibu untuk dimakan bersama hidangan lauk pauk dan sayur-sayuran untuk seisi keluarga.
Pun begitu, hidangan nasi ini jika diambil berlebihan bimbang juga menjadi penyebab obesiti dan masalah kesihatan lain. Apatah lagi andai mengidap penyakit kencing manis.
Sebolehnya, pemilihan beras yang kurang kanji menjadi pilihan. Ini sebagaimana yang disarankan oleh doktor ini. Rupanya terdapat jenis-jenis beras yang bagus untuk kesihatan.
Jom kita hadam apa info dari Dr Zubaidi ini.
SIHAT DENGAN DENGAN BERAS REBUS/PARBOILED RICE
Bagi mereka yang tidak boleh tinggalkan nasi, terutama yang sudah berumur 40 tahun ke atas, nasi sudah menjadi sebahagian hidup mereka.
Tetapi setiap kali makan nasi, pesakit diabetes akan mengalami peningkatan gula yg mendadak.
Sebab beras putih tidak mempunyai lagi serat padanya. Ini menyebabkan penyerapan gula sangat cepat ke dalam tubuh.
Saya mencadangkan beras rebus. Beras rebus ini bukan beras putih yang direbus (ditanak) menjadi nasi.
Contoh jenama yang ada dipasaran
Dan banyak lagi yang boleh dijadikan pilihan.
Apa Itu Beras Rebus?
Beras rebus adalah beras yang mengalami proses pembersihan yang berbeza.
Setelah padi (bijian beras yang masih di dalam kulitnya) dituai, kulit padi akan dibuang untuk menghasilkan Beras Perang. Sekiranya beras tersebut melalui proses yang seterusnya iaitu membuang brannya ia akan menjadi Beras Putih biasa.
Beras yang direbus/”parboiled” pula diproses terus dari padi yang dituai. Tanpa membuang kulitnya, padi direndam, distimkan dan kemudian dikeringkan. Setelah itu barulah kulit padi dibuang menjadikan ianya Beras Rebus/Parboiled.
Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim bersama dengan kulit-kulitnya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi. Nilai GI pun rendah.
Jadi ia mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 yang lebih baik daripada beras yang lain.
Makanlah Beras Rebus dengan sayur atau ulam yang banyak. Ratio antara nasi dan sayur adalah satu bahagian nasi dan dua bahagian sayur.
Ambil juga minyak zaitun utk melambatkan penyerapan glukosa. Boleh ambil lagi selepas makan selain dari dos yang diambil selepas bangun pagi waktu perut kosong.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.