Susah nak pancing anak-anak makan buah? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni. Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah kan.
Resipi ini bukan sahaja lazat, malah sihat. Malah rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain. Jom cuba!
RESEPI SALAD BUAH BERKRIM
BAHAN-BAHAN
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
CARA-CARA
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
Ads
3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
Ads
6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk baru sedap.
Pelbagai idea kreatif muncul bila mana berlaku bencana. Semuanya demi untuk memberi kemudahan kepada yang memerlukan.
Itulah yang berlaku bila mana banjir besar melanda kawasan Shah Alam baru-baru ini. Seorang pengguna Facebook, Albert Chung, berkongsi idea lelaki berbangsa India yang membantu mangsa banjir yang tidak boleh mengecas telefon bimbit.
Lelaki ini berfikir di luar kotak dengan membawa generator untuk menyediakan perkhidmatan mengecas telefon bimbit secara percuma kepada mangsa banjir dan orang ramai yang berada di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam.
Lelaki itu membawa generator tersebut dengan menggunakan kenderaan 4×4.
Nak membantu orang, ada banyak cara, hebat brother ini sebelah khemah kami,” katanya.
Dalam keadaan yang gawat, bantuan seperti itu sememangnya sangat berguna dan boleh membantu melancarkan urusan orang ramai.
Memang terbaik idea yang dikongsikan ini. Bermanfaat untuk ramai yang memerlukan.
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Pasangan ini sememangnya sentiasa menjadi tumpuan netizen baik dalam lakonan mahupun rumah tangga. Sedikit masa lalu, mereka dihambat kntroversi, namun keutuhan kasih sayang antara keduanya membolehkan mereka mengecap bahagia bersama sepasang anak yang comel.
Lebih menyemarakkan lagi hubungan, kedua-duanya saling memberi hadiah terutama ketika menyambut hari istimewa. Sebelum ini Aeril Zafril menghadiahkan isterinya kereta dan Wawa Zainal turut berbuat demikian.
Terbaru, Aeril menghadiahkan rumah yang cukup cantik dengan dekorasi yang indah hasil sentuhan Lantera Timur membuatkan Wawa Zainal terpegun dan berterima kasih kepada suami kesayangannya itu.
Di dalam perkongsian mereka, rumah tersebut dibeli selepas enam tahun berumah tangga. Syukur kan dapat suami penyayang dan bertanggung jawab. Menurut Aeril, hubungan baik dengan isteri antara faktor seseorang itu murah rezeki.
“Jangan kita berputus asa, rezeki semua orang sudah tertulis cuma cara nak jemput rezeki itu sahaja yang berbeza.
“Saya amat berpegang pada pendirian bahawa kita perlu menjaga amalan dan hubungan dengan tuhan.
“Guru saya juga ada berpesan bahawa kunci kejayaan itu adalah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan isteri dan anak,” ujar Aeril
“Apa yang saya dapat hari ini bukanlah hasil usaha sekarang kerana ia adalah proses yang mengambil masa.
“Semua orang tahu kami hadapi kesukaran ketika baru berkahwin, tapi itu juga yang membuat kami kuat untuk menghadapi hari mendatang,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.