Sebelum ini, penyanyi pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah pernah membuat perkongsian di sosial media yang membuka peluang kepada orang ramai sama-sama mencadangkan nama sesuai untuk anggota baharu dalam keluarganya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Rentetan daripada itu, Jamal akui kini beliau sedang dilema dalam mencari nama yang sesuai untuk cahaya mata keenamnya.
Memetik laporan BH Online, Jamal memaklumkan bahawa telah menyenaraikan 100 nama yang bersesuaian untuk anak perempuan yang bakal dilahirkan pada April depan.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” jelasnya.
Sehubungan itu, pelantun lagu Gadis Melayu itu dan isterinya akui belum membuat keputusan untuk meletakkan nama anak mereka sehingga kini.
Ads
Malah, Jamal juga berharap pemilihan nama dapat selesai sebelum tarikh kelahiran yang tinggal 16 hari sahaja lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
Ads
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” kongsinya.
Sekadar info, Jamal telah berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani, 1.
Ads
Dalam pada itu, Jamal juga memiliki dua orang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama dan kedua iaitu Osama Yamani,22 dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Selebriti Noor Nabila dalam satu perkongsian menjawab teka teki mengenai dirinya yang kini dikatakan sedang berbadan dua.
Dia yang juga kakak kepada Neelofa mengakui sudah keguguran kali ketiga dan reda dengan ketentuan Allah SWT buat dirinya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
“Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata”.
“Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah.
“Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.
“Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa,” katanya.
Nabila dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac tahun lalu.
Untuk rekod, Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 tetapi bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat yang kini berusia empat tahun.
Ramai yang ingin hidup selesa selepas bersara dan pastinya bebas dari masalah kewangan.
Namun salah perancangan kewangan ketika diusia muda, kesannya ketara setelah berhenti kerja.
Ada juga benarnya yang dikatakan oleh lelaki ini menerusi facebook miliknya, Mohd Shukur mengenai apa yang patut buat dan tidak sebelum bersara.
Ikuti perkongsiann beliau.
__________________
Kalaulah boleh diundur masa, saya sepatutnya merancang kewangan & masa persaraan begini :
1) Tak perlu rumah yang besar & Tak perlu tingkat atas ( 2 tingkat ).
Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua @ masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang ni dah terbuat 145 kaki. Setiap kali duduk kat depan, malas nak gi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.
2) Tak perlu kereta-kereta berjenama ni. Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal2. Kalaulah duit kos pembelian tu, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, palestine dll lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti. Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda.
Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak tadi gi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macamanalah boleh terjebak kat kereta2 branded yang lebih menguntungkan pengeluar2 kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
3) Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau diploma pun cukup. Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji ni ( kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.
4) Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri. Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz ni hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier…..keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz tu. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.. Inspired 🔥🔥 hmm…masih belum terlambat…sekurang2nya kolaborasi 💪
5) Property for investment, tak perlu beli yang mahal2. Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak2 dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal2 , mereka mencari yang mur mur untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
6) Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit trust. Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa2 emosi, tak yah nak ambik tau atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini takde kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur. Kalau 1M dah dapat 32K….bertambah lagi.
Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
7) Tak perlu melanggan Astrok. Mengarut betul dulu. Nasib baik dah stop cepat2 dulu. Lebih BEST tengok anak mengaji menghafal surah dari tengok astrok entah apa2 tu.
8) Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau weekend. Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya , peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm. Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, takyah nak fikir urusan kerja time weekend.
9) Tak perlu nak lama sangat makan gaji. Jika kerja kerajaan ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat.
Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman.
Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Penatlah QC ni jalan sana sini dahlah kilang besar. Ada beza rokok murah dan rokok mahal. Rokok ni asasnya mesti ada rasa tembakau sahaja, so rokok murah tu segala batang pokok malah akar pokok dicampur sekali dengan tembakau yang sedikit dalam mesin pengisar. Nasiblah sape hisap rokok murah janji ada rasa tembakau kan 😆
Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama jer. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa…. side baju & seluar tajam-tajam iron mau luka kalau kena 😀
Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe. Yang bayar minimum jer lama2 terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan…. kan bagus jika amount tu yang disimpan dalam tabung haji… simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 30 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
10) Kahwin 2, bila dah berumur ni rasa senang hati tak beristeri dua. Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya.
Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Mula2 hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star.
Lor……benda2 kecik camtu pun kau ada masalah.
Dulu ada sorang lagi kawan ni gi Ho Chi Minh dgn 1st wife dia..sekali dgn saya. Dia kata lepas ni aku kena gi lagi ni, nasib baik kau dah ajar cara jimat gi cuti & shopping sini.
Adoiii kesian pulak kena datang lagi tempat yang sama. Tak boleh ke belikan jer kain-kain ni dan bagi kat wife lagi satu. Pompuan mana boleh camtu, kena bawak dia jugak lepas ni. Adoii kalau 3 wife penat la camtu. Kalau gi London ulang 3X, gi Italy ulang 3X, Gi Umrah & Haji tentu juga camtu 🤔
Aku tak boleh buat swimming pool kat rumah macam kau. Kalau buat nanti, wife lagi satu nak jugak swimming pool. Ahh sudah…. 😀 kereta pulak camna la tu, kalau 1st wife pakai bmw takkan 2nd wife pakai Viva 🤔
Rupa-rupanya banyak benda tak boleh buat 🙄 dan banyak benda kena buat 🤔
Tapi ada sorang kawan yang kahwin 2 ni kalau group whatsapp suka tunjuk hero. Pakar melucah dialah abang jaguh. Bab melekehkan isteri pertama tu lah keje dia, suka kutuk dah tua lah. Agaknya lepas tulis kat grup whatsapp mesti dia delete la tu. Kalaulah tiba2lah meninggal dunia, isteri pertama dia terbaca apa yang dia tulis kat grup whatsapp tu tentulah dia kecewa. Rupa-rupanya dia dikutuk dah tua lah itulah dll.
Ada yang tegur, itu bukan ikut sunnah nabi. Juga tegur, kalau orang bukan Islam baca tujuan kau kahwin 2 ni buat malu jer kau yang hina tujuan poligami. Terus dibalasnya, kau yang penakut, takut bini …., lepas tu terus mencarut. Yea tak semua macam ni, tapi bila tengok FB dan falsafah dia kat FB boleh gelak sendiri
Panjang betul menulis lak 😀….ni semua PKP punya pasal.
.Sumber:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Figura ini memang dikenali ramai sebagai seorang yang kekal cantik dan awet muda. Sebut sahaja sahaja nama Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dipanggil Che Ta, ramai pasti terbayang wajah manis, langsing dan bergaya dengan pelbagai pakaian yang cantik.
Biarpun sudah berusia 47 tahun, selebriti yang gemar mengunakan loghat kedah ini sering menjadi perhatian peminatnya.
Malah gaya hidup dan amalan pemakanannya pernah menjadi bualan sebelum ini yang sentiasa kelihatan anggun dan muda.
Seorang yang bersikap rendah diri dan mesra ini, terbaru anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah, telah muat naik di Instagram miliknya meraikan kesyukuran setelah selesaikan dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal.
Namun, Che Ta sekali lagi menarik perhatian ramai orang. Apa yang menarik perhatian, rata-rata peminatnya memuji kecantikkanya.
Tambahan lagi apabila mengenakan warna yang sedondon dengan suami dan anaknya.
Malah ada komen memuji mengatakan pelakon ini sentiasa kelihatan muda dan tidak kelihatan berusia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.