Memberi keserian ruang rumah selain kini viral dengan perletakan indoor plant seperti pokok lidah mertua atau juga dikenali dengan nama lidah jin, tidak dinafikan penggayaan pokok hiasan artifisial juga tidak kurang impaknya.

Berasaskan olahan yang sempurna akan mampu memberikan mood ruang nampak lebih tenang dan damai.

Bahkan apa yang lebih mengujakan apabila terbaca perkongsian Rynn Naan yang hanya bermodalkan RM 8.40, pokok artifisial setinggi 1.2 Meter boleh dimilikinya.

Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya.

Cantik tak pokok kite? 1.2m niii. RM8.40

**edit post, ramai yg tanya, maaf sis tak sempat nk reply 1 1
Daun ni saya beli kat eco dalam shopee. Type sahaja “eco shop malaysia” blh cari dlm tu. Tp kira nasib. Sebab daun2 macam ni hot item sangat. Kalau dapat tu kira diri tu bertuah sangat laaa.

IKLAN

Untuk daun pattern ni, Sepeket RM2.10 ada 6 helai daun. 4 helai besar, 2 helai kecil. Saya ni beli 4 peket. So, ada 24 helai daun. Lg rimbun lg cantik kott.

Pokok Hiasan Setinggi 1.2 Meter Hanya RM 8.40. Wanita Ni Kongsi Cara Nak Milikinya!

Batang nya saya guna lidi satay yang panjang. Lilit – sambung – lilit guna lilit hijau bunga tu.

Ikut ketinggian yang diinginkan. Yang paling tinggi tu saya guna 3 batang lidi. Saya buat dalam 6 ketinggian yang berbeza. Tang penyambung lidi tu saya lilit double supaya lebih kukuh.

IKLAN

Pokok Hiasan Setinggi 1.2 Meter Hanya RM 8.40. Wanita Ni Kongsi Cara Nak Milikinya!

Bakul tu saya beli kt shopee, tak ingat dah bape RM. Tapi murah sahaja. Harga ikut size bakul. Cuma penghantaran dr China, agak lambat. But, sokey. Rasenya ada jugak kedai dalam Malaysia yang jual bakul macam ni.

Pokok Hiasan Setinggi 1.2 Meter Hanya RM 8.40. Wanita Ni Kongsi Cara Nak Milikinya!

IKLAN

Dalam bakul cantik tu, saya guna bekas plastik yang dah tak guna. Padatkan polisterin bunga dalam tu baru masukkan dalam bakul cantik tu.

Masa menggubah
Lenturkan sikit daun nya, cucuk dahulu daun yang paling tinggi, kemudian yang kedua tinggi & last sekali daun yang paling pendek.
Kemas-kemaskan. Kalau panjang, patahkan sahaja lidinya. Kalau rasabterpendek, tambah lagi lidi dan lilit.

Pokok Hiasan Setinggi 1.2 Meter Hanya RM 8.40. Wanita Ni Kongsi Cara Nak Milikinya!
Siap!

Nanti saya nak beli batu-batu putih kat kedai Eco nak letak dalam bakul tu supaya lebih berat dan kukuh berdiri.

sumber : Ryna Naan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI