Ada masanya disebabkan terlalu sibuk dengan tugasan, tidak mustahil ada antara kita hingga terlupa untuk menyiram pokok bunga yang ditanam di dalam pasu. Sedar-sedar pokok telah layu dan seakan tidak dapat diselamatkan lagi.
Keadaan yang sama juga berlaku bila kita tidak berada di rumah untuk dua tiga hari, mungkin pergi bercuti, balik ke kampung atau sebagainya.
Jadi apa perlu buat?
Jangan bersedih, tapi segera lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Mohd Azrin Roselan. Semoga bermanfaat.
Tips pulih pokok layu
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati.
Ads
Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang.
Ini cara saya nak pulih pokok yang layu. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
Langkah 1
Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
Ads
Langkah 2
Kemudian biarkan dalam sejam ++ tengok pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.
Ads
Insyallah ikhtiar kita akan pulih balik pokok yang layu berjaya.
Kos sara hidup tak mahal, yang mahal kos gaya hidup, jangan malu downgrade berbelanja. Downgrade berbelanja bermaksud mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan memberi fokus kepada keperluan asas.
Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, adalah bijak untuk mempertimbangkan semula perbelanjaan kita. Kos sara hidup sering kali menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat kita. Namun, ada satu lagi aspek yang sering diabaikan, iaitu kos gaya hidup.
Kos sara hidup merujuk kepada perbelanjaan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Ini adalah perbelanjaan yang tidak boleh dielakkan dan perlu ditangani terlebih dahulu
Kos gaya hidup, sebaliknya, merujuk kepada perbelanjaan yang berkaitan dengan pilihan dan kehendak peribadi. Ini termasuk aktiviti dan barangan yang bukan keperluan asas tetapi lebih kepada kemewahan atau kehendak untuk meningkatkan kualiti hidup.
Membezakan antara kedua-dua ini adalah penting dalam usaha untuk mengurus kewangan dengan bijak.
Jangan malu untuk downgrade hidup jika sudah sampai masanya. Mula-mula mungkin agak kekok sikit sebab dah terbiasa dengan hidup selesa. Tapi jika kita boleh didik hati kita untuk turunkan EGO yang ada dalam diri kita, insyallah kita boleh melakukannya.
Contoh, aku dulu pakai kereta import jenama Honda harga seratus lima puluh ribu, sekarang aku lebih selesa pergi kerja guna kereta Axia saja. Biarlah apa orang nak kata, duit minyak aku ulang-alik Klia bukan depa yang nak bayarkannya.
Aku beli Crv ni dulu untuk keselesaan keluarga. Lepas 9 tahun pakai Wira secondhand keluaran tahun 2001, tahun 2013 baru la aku upgrade family car jenama H ni. Tapi lepas fikir-fikir balik, instalment sebulan saja sudah RM1500, kat situ saja sudah makan banyak portion gaji aku. Anak-anak pula makin membesar dan perlu guna banyak belanja untuk pendidikan mereka.
Jadi aku decide, lepas je habis bayar hutang Crv ni dulu, aku maintain je la dengan kereta yang dah ada supaya dapat save lagi RM1500 tu. Bukan tak teringin nak kereta baru, cuma belum masanya lagi untuk aku. Aku nak settle downkan semua hutang² aku dulu terutamanya hutang rumah.
Buat masa ni, kereta bukan prioriti bagi aku. Aku cakap kat wife, selagi Crv lama ni tak bagi masalah kat wife aku, maka pakailah dulu.
Bab baju pun sama. Kalau dulu Aku suka beli baju kat butik jenama Polo atau Levi’s harga beratus ringgit sekarang Aku beli baju harga RM30 kat Aeon je. Dengan baju murah camtu, Aku naik flight pergi simulator training kat Paris. Yang penting selesa bila dipakai.
Nanti ada pula yang cakap pakai singlet pun selesa juga, kenapa tak pakai camtu je. Suka hati kamulah… Ini cara aku.
Kos sara hidup tak mahal. Yang mahal ialah kos gaya hidup. Itu yang sebenarnya… Nak bermewah tu tak salah kalau kita mampu. Belanjalah ikut suka kamu. Itukan duit kamu. Yang salah ialah bila kamu berhutang untuk dapat sesuatu yang kamu tak mampu.
Kesilapan paling besar ialah bermewah ketika diri sendiri sebenarnya belum cukup mampu lagi untuk hidup begitu. Duit simpanan pun masih level² “kais pagi makan pagi”, simpanan 6 bulan pendapatan pun belum ada lagi, maka tak cerdiklah kalau pilih hidup ala² orang ‘have-have’ ni.
Jangan lupa masa pkp time covid 2020 dulu, semuanya “back to zero” bila tiba-tiba ramai yang dibuang kerja atau hilang kemampuan untuk pergi bekerja masa itu. Jadi tahanlah dulu gaya hidup “Orang yang have-have” tu.
Orang kampung Aku kata “Delay your grafitication”. Bersabarlah untuk seketika. Tahan gaya hidup itu bukanlah untuk selama-lamanya… Maybe 5 ke 10 tahun saja.
Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Hidup ini memang keras. Takda sapa peduli kalau kita ni orang susah. Lainlah kalau kita senang, semua orang akan datang dan sanjung kita macam lebah. Begitulah…
Selalu juga berlaku bila ada bahan masakan seperti kentang atau halia dan sebagainya yang dibeli tidak dimasak dalam tempuh tertentu akan mudah menjadi busuk dan terus tersimpan di dalam kabinet atau peti sejuk.
Tiba waktu hendak dimasak sudah busuk. Jadi hendak dibuang sayang. Ada yang menganggap masih boleh di’selamat’kan dengan cara potong bahagian kentang yang telah busuk dan ambil bahagian selebihnya untuk digunakan dalam masakan.
Adakah tindakan ini selamat?
Menjawab persoalan itu, apa kata kita baca perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi yang mengatakan bahawa ada beberapa sumber makanan yang boleh membawa kesan toksik pada hati.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Sumber-sumber yang sebabkan KESAN TOKSIK kepada HATI
Halia busuk mengandungi bahan safrole yang boleh rosakkan hati dan boleh sebabkan kanser hati jika diambil berterusan.
Kentang busuk mengandungi bahan mycotoksin. Bahan ini boleh sebabkan toksik kepada hati
Ubi kayu yang tidak diperoses dengan betul juga boleh sebabkan kerosakan hati. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan yang dikenali sebagai ‘cyanogenic glucoside’.
Ianya mungkin lebih mudarat kepada sesiapa yang telah ada masalah hati.
Kaedah yang paling baik untuk mengurangkan bahan toksik dalam ubi kayu adalah dengan cara memarut.
Dengan cara ini, bahan toksik akan ditukarkan kepada bahan lain dan hilang di udara.
Bahan ‘pesticide’ juga boleh sebabkan kerosakkan hati.
Teknik yang paling berkesan untuk hilangkan racun adalah dengan merendam sayur-sayuran dalam larutan garam.
Kepekatan yg disarankan adalah 20 g garam dalam 1 liter air dan direndam selama 5 minit.
Kemudian, dibilas dengan air mengalir selama lima minit.
Teknik ini mampu mengurangkan sisa racun sehingga 95 peratus
Kacang tanah, beras dan jagung berkulat ada bahan aflatoksin yang boleh sebabkan kerosakkan pada hati.
Apakah sumber yang baik untuk BANTU KESIHATAN HATI?
Cincau hitam boleh memberikan kesan pelindung kepada hati. Kajian saintifik mendapati enzim-enzim petunjuk kerosakan hati seperti SGOT, SGPT dan ALP menurun dengan ketara selepas memakan @ minum cincau hitam.
Kajian yang dilakukan pada pada 2008 menunjukkan pokok Dukung Anak membantu mengatasi masalah hati.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menghidangkan juadah untuk keluarga tercinta dengan makanan bercita rasa kampung, seperti menu ikan pekasam, memang boleh buat makan berselera. Sama ada untuk juadah sarapan untuk dimakan bersama pulut mahupun dijadikan sebagai menu pelengkap untuk juadah tengah hari.
Bahkan ada sesetengahnya jika membayangkan sahaja menu ikan pekasam yang digoreng bersama hirisan cili, bawang, serai dan kemudian bersama perahan limau, sudah kecur liur dibuatnya.
Pun begitu, buat yang tidak biasa menggoreng ikan pekasam tentu pernah berdepan dengan hasil gorengan ikan yang hancur dan sekali gus menjadikan hidangan nampak kurang berselera bentuknya.
Jadi untuk itu jom ketahui tip menggoreng ikan pekasam agar elok sempurna dan tidak hancur sepertimana yang dikongsikan oleh Raja Rohaizan Raja Muhaiddin.
Tip goreng ikan pekasam
1. Kikis ikan dan asingkan berasnya
2. Goreng ikan dengan api yang perlahan
3. Biar sampai garing baru terbalikkan ( jangan kerap terbalikkan nanti hancur, 2 kali cukup)
4. Apabila ikan dah garing angkat dan toskan
5. Goreng beras tadi pula. Goreng sampai ringan dan garing. Toskan
6. Goreng cili kering (potong halus). Goreng sampai garing
7. Selepas itu masukkan bawan besar. Kacau sekejap sahaja, angkat.
8. Letak limau kasturi dan hidang.
Pun begitu jika anda ingin mencuba untuk hasilkan sendiri ikan pekasam Nur AqyLa ada berkongsi resipinya.
Anak balik dari sekolah dengan pakaian kotor, baju bertompok dakwat pen, water colour, kesan minuman serta makanan tumpah memang boleh buat ibu stres.Belum lagi...