
Kebahagiaan yang kita kecapi kini tak selamanya ada bersama kita. Suatu saat nanti, orang yang paling kita sayangi pasti akan meninggalkan kita terutamanya pasangan hidup kita.
Jadi, yang mana masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang, hargai setiap detik bersama sebaiknya terutamanya kini pada bulan ramadan, luang masa bersama dalam beribadah kerana kelak hanya kenangan menjadi pengubat di kala hati merindu.
Situasi ini dapat dikaitkan dan dirasai melalui perkongsian selebriti sosial media, Khairul Abdullah iaitu ayah kepada 3 orang anak. Jom ikuti perkongsiannya.
Selepas isteri takde, aku berpuasa seorang diri. Anak-anak semua masih kecil sangat waktu tu. Si baby baru setahun lebih waktu first puasa tu.
Sahur seorang diri, sunyi yakmat dapur aku waktu tu. Aku minum dan makan kurma sahaja hampir setiap hari.
Berbuka pun ala kadar, apa sahaja yang aku sempat masak maka itulah aku makan. Atau apa sahaja yang aku masak untuk anak-anak itulah yang aku makan buat berbuka. Bazar ramadan memang tak jejak langsunglah.
4 tahun gitu. Sunyi sungguh puasa aku.
Paling syahdu sekali waktu sahurlah. Dah ler suasana sunyi sepi, kau seorang jer terkebil-kebil kat dapur tu. Yelah 15 tahun puasa bersama isteri, tiba-tiba tinggal seorang, sunyi tak tau nak cakap.
Tahun ke-5 ni best sikit, dah tak sunyi dah.
Anak-anak dah pandai puasa. At least yang sulung tu puasa penuh. Yang adik-adik dia pun puasa sampai tengahari dan sampai lewat petang juga. So exited aku nak berbuka dengan diorang. Aku suruh dia cakap nak makan apa sahaja, aku akan buat atau aku order.
Sahur pun sama, apa sahaja nak makan aku akan buat. Seronok tengok anak makan bersungguh-sungguh.
Meriah balik meja makan dan dapur aku puasa kali ini. Puasa aku dah tak sunyi lagi.
Sumber : Khairul Abdullah
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Umrah Destinasi Paling Indah Buat Pasangan Suami Isteri. Coretan ‘Sweet’ Mutawif Raih Perhatian.

Kebiasannya orang memilih tempat yang lebih privasi untuk berbulan madu atau menyambut ulang tahun perkahwinan, namun bagi segelintir pasangan memilih untuk mengejarkan umrah di Tanah Suci.
Sebenarnya ia adalah destinasi yang amat istimewa yang ramai terlepas pandang. Barang kali ada yang menyatakan,belum sampai seru dan sebagainya, sedangkan lokasi percutian lain sudah dijelajahi bersama pasangan seperti kota London, Korea dan sebagainya dengan kos yang hampir sama dengan umrah.
Ikuti coretan ‘manis’ seorang mutawif, Shauqi Hasan yang mengakui bahawa umrah adalah destinasi yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri.
Kenapa Saya Kata Umrah Adalah Destinasi Paling Indah Buat Pasangan Suami Isteri? Baca Sampai Habis.
Menjadi impian ramai untuk ke Tanah Suci semenjak daripada kecil lagi. Apalagi jika dapat pergi dengan suami isteri tercinta.
Kebanyakan jemaah yang saya bawa mempunyai pelbagai latar belakang dan sejarah. Ada yang baru berkahwin, mahu menjadikan Mekah sebagai desitinasi pertama untuk mereka berdua lawati. Memohon agar dikurniakan kebahagiaan rumahtangga dan mampu untuk memimpin keluarga ke arah baiti jannti. Nak bercinta hingga ke jannah!
Ramai juga yang dah simpan angan-angan nak honeymoon di Mekah, nak merasai kehebatan cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Moga diberikan petunjuk dan hidayah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga mengikut uswah baginda saw.
Ramai yang mahu memanjatkan doa untuk diberikan ikatan jodoh yang bahagia, kekal ke anak cucu sehebat Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Masing-masing meluahkan rasa dan doa tak putus-putus nak sampai di depan Kaabah untuk memanjatkan hajat di hati.
Ada yang dah lama kahwin, tapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini selalu akan berusaha untuk tunaikan umrah sehabis baik. Setiap hari ada sahaja masa lapang mereka akan buat tawaf sunat dan fokus beribadah. Sehari sampai 3-4 kali mereka buat tawaf sunat dan duduk lama berdoa di depan kaabah agar mempermudahkan urusan diberikan zuriat.

Bila dah berdua-duaan. Inilah masa paling efektif nak kembalikan nikmat dan rasa kasih sayang.
Romantiknya mereka bukan dengan berjalan beriringan tangan di tepi pantai Maldives, menyewa hotel mewah dan malamnya diraikan dengan candle light dinner. Tetapi mereka berjalan meredah lautan manusia mengililingi Kaabah. Suami di depan memimpin tangan si isteri sambil mulut tidak putus-putus berdoa sepanjang masa. Pada saya, itu lebih romantik…!
Hasilnya…, 2-3 bulan selepas pulang dari umrah mereka umumkan dalam whatsapp group si isteri sudah pun berbadan dua. Syukur ke hadrat illahi, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk mereka.
Sesungguhnya ujian untuk setiap manusia itu tidak sama, tetapi jika sejauh itu mereka sanggup merantau untuk berusaha dan berdoa, itulah antara kemuncak ikhtiar mereka yang dijawab Allah dengan memakbulkan satu berita gembira.
Dalam kalangan jemaah saya juga ada yang sudah mengandung 5 bulan. Si suami siap usung satu keluarga angkut sekali panjat Jabal Nur untuk merasai sendiri pengalaman berada di puncak bukit dan Gua Hirak. Di sinilah antara tempat terbaik untuk mentarbiyah diri buat suami merasai bagaimana perjuangan Rasulullah bertahanut mencari kebenaran di tengah-tengah porak perandanya masyarakat jahiliyyah.

Bagi si isteri, inilah lokasi untuk menguji kesetiaan mengikut jejak sang suami. Demikianlah ketabahan Siti Khadijah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan baginda Rasulullah SAW.
Bukan senang nak tarbiyah si isteri. Begitu juga sebaliknya. Hanya dengan memahami matlamat, misi dan visi agama sahaja baru kita mampu membuka hijab untuk berubah. Semasa Umrah masing-masing diri seakan-akan dengan sendirinya terdidik dengan sedikit sebanyak program lawatan dan usrah.
Ya.. Kesannya sangat mendalam.
Setiap langkah ketika mendaki adalah ujian untuk si suami membawa isteri sampai ke puncak. Matlamatnya sama tetapi kekuatan dan kelajuannya berbeza.
Ada isteri yang menolak suami ke atas. Ada yang sanggup ditinggalkan di bawah untuk beri laluan kepada suami mempercepatkan langkah. Ada suami yang memimpin isteri penuh sabar. Setiap langkah dijaga dan diselangseli dengan gelak tawa, gurau senda dan riang berdua-duaan sambil sekali sekala berhenti mengambil nafas menuju ke Gua Hirak.
Inilah saat peribadi yang sangat manis. Ada kisah yang tak pernah dikongsi suami diluahkan di atas Jabal Nur. Ada memori indah suami isteri diungkit kembali untuk terbitkan rasa kasih dan sayang yang dah lama pudar.
Sebelum kahwin isteri dan suami hensem, ramping dan menawan. Lepas 30 tahun, masing-masing dah berubah rupa dan bentuk. Masa inilah dapat kita lihat betapa cintanya sang isteri dan suami ketika saling bantu membantu, saling memberi sokongan dan semangat.
Kadang tu ada juga drama sikit-sikit. Yang baran belajar untuk kawal kemarahan. Yang terlalu ‘demand’ mula belajar menerima isteri seadanya. Yang dah biasa banyak mulut pula belajar menjadi pendiam dan berlapang dada.
Di sana masing-masing bermuhasabah diri di mana yang silap. Masing-masing ambil pelajaran untuk berubah menjadi lebih redha dan saling meredhai.
UMRAH DESTINASI PALING INDAH BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MAHU MENCIPTA KELUARGA SAKINAH BERMULA DARI RUMAH
Ramai ahli dalam jemaah saya menjadi seperti pasangan yang baru berkahwin. Padahal ada yang dah nak masuk 30 tahun usia perkahwinan mereka. Ada yang dah bercucu pun. Semuanya bersemangat nak ber’dating’ di Baitullah.
Kena pula dengan kuliah Dhuha dan perkongsian santai saya yang wajib akan sentuh isu parenting dan kekeluargaan. Memang misi kita di Mekah adalah untuk menelusuri sejarah dan sirah. Sama-sama ingin memahami bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berjaya mencipta watak Siti Hajar, isteri solehah. Sama-sama ingin menyingkap rahsia bagaimana membentuk anak yang taat sehebat Nabi Ismail a.s..
Ini semua adalah pendidikan jiwa dan koreksi diri yang tidak dapat di tempat lain kecuali di Mekah dan semua lokasi ziarah. Di depan Baitullah, perkongsian jiwa mampu membuka mata dan minda kita bagaimana untuk mencipta keluarga sakinah. Sama-sama berazam untuk kembali mengangkat al-quran dan sunnah sebagai ikatan di setiap jiwa ahli rumahtangga bagi membina jannah.
Di Haramain, rahsia alquran dibukakan dengan penjelasan dan huraian. Tujuannya agar kita faham akan tuntutan hidup, serta tahu memainkan fungsi dan peranan sebagai seorang SUAMI, ISTERI dan ANAK. Itulah kisah agung di sebalik ibadah umrah di Baitullah. Setiap ritual ibadah itu tersembunyi 1000 rahsia untuk menjadi pedoman membina SYURGA RUMAHTANGGA setelah pulang dari sana.
KASIH KEMBALI BERTAUT.
Di sinilah nawaitu menjadi penyatuan kepada hajat pasangan masing-masing. Ada yang sentiasa jalan berpegangan tangan apabila pulang dari masjid. Tak pernah lekang berdua dan sangat asyik berjalan bersama-sama.
Kenangan tawaf dan saie bersama suami isteri memang manis sekali. Biarpun dihimpit dan ditolak umat manusia di tengah-tengah mataf, masing-masing tetap berpegangan tangan dan gagah meredahnya.

Hilang dalam lautan manusia adalah antara ujiannya di sana. Ada yang mudah saja berjumpa semula tanpa perlu talipon dan bertanya ke sini sana. Tiba-tiba bertemu semula di mana-mana seperti sudah berjanji sejak mula.
Sikap sentiasa bersabar dan redha akan membuatkan hampir tiada perselisihan faham antara suami isteri di sana. Ye lahh, orang kata “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Tapi di sana insyaAllah, hubungan akan semakin erat dan perasaan kasih bertambah sayang.
PENUTUP
Jika ada yang merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama pasangan suami isteri masing-masing, saya memang sangat-sangat menyokong! Memang wajib plan awal-awal. Kalau boleh, yang baru kahwin tu buat majlis ringkas-ringkas sajalah kendurinya. Lagi baik duit hantaran tu dijadikan modal untuk honeymoon di Mekah sana.
Saya bercerita tulus daripada hati kerana saya menyaksikan banyak kisah cinta di Mekah dan Madinah selama ini. Baik yang muda mahupun yang veteran, semuanya ada kisah dan sejarah cinta tersendiri yang sarat dengan pelajaran.
Lebih-lebih lagi melihat anak asnaf dan yatim RPWP yang baru bernikah dan dibawa bersama. Sambil menjadi krew petugas, mereka ambil peluang mengikat kasih sayang sebagai pasangan baru bercinta. Setiap saat dan detik masa di Mekah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyulam rasa syukur di atas nikmat kasih sayang dalam hidup berkeluarga.
Doa saya, semoga yang berjaya baca sampai di sini berpeluang menunaikan umrah atau haji pula selepas ini bersama mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua yang tercinta.
LANGKAH NAK TUNAIKAN UMRAH?
- Berdoa, berdoa dan terus berdoa kemudian berusaha keras.
- Tetapkan target. Contohnya, tahun bila kita akan pergi. Bulan berapa?
- Bayar deposit dengan travel agent. Dengan cara ni, kita akan istiqomah mengumpul duit. Buat yang dah ada simpanan, lagi bagus. Cepat-cepatlah whatsapp saya untuk booking.
- Buatlah saving setiap bulan secara istiqomah.
- Banyakkan dengar ceramah, ‘blog hopping’ mengenai pengalaman menunaikan haji dan umrah supaya semangat kita akan lebih berkobar-kobar dan terpanggil untuk ke sana.
SHAUQI HASAN, Mutawif Rarecation Umrah
Sumber: Shauqi Hasan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Mizz Nina Bagi Bayangan Cukup Mendalam, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Entri terbaru Mizz Nina di akaun Instagram miliknya benar-benar membuatkan wargamaya berteka-teki dalam memahami makna tersirat yang cuba disampaikan olehnya. Kapsyen ditulis olehnya cukup panjang dan seakan memberi bayangan mengenai perasaannya kini.
Buat follower Keluarga, Sila gunakan kod promo KELGSP5 untuk pembelian Telaga Biru Al-Quran Mushaf Qiyam & Terjemahan dengan harga lebih murah di GO SHOP
Menerusi perkongsian Mizz Nina, 42 melalui ayat al Quran surah Al-Baqarah bolehlah dijadikan renungan dan peringatan bersama.
KONGSI MESEJ TERSIRAT – MIZZ NINA SERAH SEGALA KETENTUAN KEPADA ALLAH SWT
“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.
“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.
“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.
“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan.
“Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.
“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui.
Demikianlah tulis Mizz Nina dimana perkongsiannya di media sosial itu seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar mengundang pelbagai reaksi netizen.
Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan penyanyi Hujan, Noh Salleh berdepan masalah, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.
Sumber : Ig official officialmizznina
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Begini Cara Menggalakan Pertuturan Anak Mengikut Umur. Ikuti Penjelasan Doktor Ini

Tips Menggalakan Pertuturan Anak Mengikut Umur
Disebabkan semakin banyak kes speech delay kebelakangan ini serta kesukaranmendapat akses kerap dengan speech therapist, saya kongsikan beberapa DIY tips untuk parents membantu perkembangan pertuturan anak-anak.
Kelahiran hingga 2 Tahun
• Ransang otot mulut anak dengan aktiviti seperti meniup belon, meniup melalui penyedut minuman, meniup wisel, membuat mulut ikan, mengerakkan lidah dan sebagainya.
• Ajar anak dengan menggalakkan mereka menyebut sukukata terbuka seperti “ma,” “da,” dan “ba.” Cuba dapatkan bayi anda untuk memberitahu mereka kembali kepada anda.
• Lihatlah bayi anda apabila dia membuat bunyi. Bercakap kembali kepadanya, dan katakan apa yang dia katakan. Berpura-pura seperti anda sedang berbual kembali dengannya.
• Menjawab apabila bayi anda ketawa atau membuat muka. Buat muka yang sama kembali kepadanya.
• Ajar anak anda untuk melakukan apa yang anda lakukan, seperti bertepuk tangan dan bermain mengintip.
• Bercakap dengan bayi anda dalam rutin seharian bersamanya. Contohnya, apabila anda memandikannya atau memakaikan baju, bercakaplah tentang apa yang anda lakukan dan beritahu dia apa yang anda lihat.
• Tunjukkan dan namakan warna dan bentuk.
• Gunakan gerak isyarat, seperti melambai dan menunjuk.
• Bercakap tentang bunyi haiwan. Ini membantu bayi anda menyambung bunyi dan haiwan. Gunakan kata-kata seperti “kucing tu bunyi meow-meow”
• Tambah apa yang bayi anda katakan. Apabila bayi anda berkata, “Mama,” katakan, “ye, Mama, Mama sayang adik”.
• Bacakan anak anda buku. Anda tidak perlu membaca setiap perkataan, tetapi bercakaplah mengenai gambar. Pilih buku yang menarik minat anak dan mempunyai gambar berwarna-warni yang besar. Tanya anak anda, “Apa ini?” dan cuba mendapatkannya untuk menunjuk atau menamakan objek.
• Kurangkan penggunakan gajet dan media berskrin
2-4 tahun
• Bercakap dengan jelas kepada anak anda. Model pertuturan yang yang baik.
• Ulangi apa yang dikatakan anak anda untuk menunjukkan bahawa anda memahami. Tambah pada apa yang dia katakan. Gunakan kata-kata seperti, “nak susu, mada nak bagi susu, nak susu dalam botol ke dalam cawan?”
• Potong gambar objek-objek kegemaran atau yang biasa dilihat. Gunakan sebagai aktiviti bersama, contohnya susun ikut kategori, teka nama, teka bunyi dan sebagainya.
• Bantu anak anda memahami dan bertanya soalan. Main permainan ya-tiada. Tanya soalan seperti, “ni papa ke?” dan “Boleh tak kuda terbang?”
• Beri pilihan untuk anak anda respon. Contohnya “adik nak susu atau air?” “Adik nak pakai baju merah atau baju biru?”
• Bantu anak anda belajar kata-kata baru. Nama bahagian tubuh, dan ceritakan tentang apa yang anda lakukan dengan mereka. “Ini hidung saya, saya boleh mencium bunga, coklat, dan sabun.”
• Gunakan lagu untuk galakkan perkataan baru.
• Galakkan anak bercerita dengan mereka cerita berdasarkan gambar.
• Kurangkan penggunakan gajet dan media berskrin
4 hingga 6 tahun
• Beri perhatian apabila anak anda bercakap dengan anda.
• Dapatkan perhatian anak anda sebelum bercakap.
• Puji anak anda apabila dia memberitahu anda sesuatu. Tunjukkan bahawa anda memahami kata-katanya.
• Berhenti sebentar selepas anda bercakap. Ini memberi peluang kepada anak anda untuk bertindak balas.
• Terus membantu anak anda belajar kata-kata baru. Katakan satu perkataan baru, dan beritahu dia apa maksudnya, atau gunakannya dengan cara yang membantu dia memahami. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan perkataan “kenderaan” dan bukannya “kereta.” Anda boleh berkata, “Saya fikir saya akan memandu kenderaan itu ke kedai, saya terlalu letih untuk berjalan.”
• Tambah kata hubung, kata sifat dalam perbualan. Gun kata-kata seperti “pertama,” “tengah,” dan “terakhir” atau “kanan” dan “kiri.” Bercakap tentang bertentangan seperti “naik” dan “turun” atau “hidup” dan “mati”.
• Bantu anak anda mengikuti arahan dua dan tiga langkah. Gunakan kata-kata seperti, “Pergi ke bilik anda, dan bawa saya buku anda.”
• Minta anak anda memberi arahan. Ikut arahannya sambil memberitahu anda bagaimana untuk membina menara blok.
• Tonton filem bersama-sama di TV atau tablet, kemudian berbual tentang apa yang anak anda menonton. Adakah dia meneka apa yang mungkin berlaku seterusnya. Bercakap tentang watak-watak. Adakah mereka gembira atau sedih? Tanya dia untuk memberitahu anda apa yang berlaku dalam cerita itu. Buat adegan bersama, atau buat akhir yang berbeza.
• Gunakan tugas harian untuk belajar bahasa. Sebagai contoh, bercakap tentang makanan pada menu dan warna, tekstur, dan rasa ketika di dapur.
• Pergi membeli-belah runcit bersama-sama. Bercakap tentang apa yang akan anda beli, berapa banyak perkara yang anda perlukan, dan apa yang anda akan buat. Bercakap mengenai saiz, bentuk, dan berat badan.
• Kurangkan penggunakan gajet dan media berskrin
Rujukan
American Speech-Language-Hearing Association https://www.asha.org/public/speech/development/activities-to-Encourage-speech-and-Language-Development/
Sumber: FB Dr Rozanizam Zakaria