Betullah kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Namun tidak semua kehidupan di negara orang itu meninggalkan kisah pahit. Di mana pun kita berada, setiap darinya ada keistimewaan tersendiri. Malah jika kita menghargainya pasti kita akan merasai kenikmatan itu.
Bagi perantau-perantau terutamanya pelajar yang sedag menuntut ilmu di luar negara, pastinya setiap kali kedatangan Ramadan dan Syawal akan menggamit rasa sayu dalam hati mereka.
Ini kerana kehadiran bulan yang penuh dengan kemuliaan ini pasti akan menggamit seribu satu memori lebih-lebih lagi bersama keluarga tercinta. Namun kenangan beraya diperantauan juga ada memori indah yang pastinya tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Walaupun kemeriahannya tidak seperti beraya di negara sendiri tapi tetap menusuk di sanubari.
Seorang pelajar bernamaNur Athirah Faqihah Mohammad Shariff yang merupakan penuntut tahun empat Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Syariah Islamiyah meluahkan antara cabaran terbesar berpuasa di perantauan ialah berpuasa selama 15 hingga 16 jam adalah cuaca yang tidak menentu.
Ketika tahun pertama menjadi pelajar Mesir, agak susah untuk menyesuaikan diri kerana cuaca di sana yang begitu panas sehingga mencecah 40 celcius berbanding di Malaysia. Ini membuatkan dia pernah terfikir untuk berbuka puasa lebih awal namun hanyalah sekadar keinginan sahaja.
Berkongsi pengalaman mengenai persiapan sahur pula, Nur Aisyatul Mardhiah Noor Idzwan yang merupakan pelajar jurusan bahasa Arab di universiti yang sama mengatakan mereka mula menyediakan makanan sahur selepas menunaikan solat tarawih yang selesai selepas jam 11.00 malam.
“Jadi, bermula jam 12.00 malam atau 1.00 pagi makanan sahur mula dimasak bersama rakan serumah dan bersahur sebelum azan Subuh iaitu pada jam 3.00 pagi.”
Ads
Menariknya, ketika berbuka puasa ada satu aktiviti di sini yang dinamakan maidaturrahman iaitu menyediakan makanan secara percuma. Bukan hanya ambil makanan secara percuma, mereka juga menyediakan kerusi dan meja untuk sesiapa sahaja duduk di tempat tersebut untuk berbuka puasa beramai-ramai.
Walaupun pelbagai pilihan makanan disediakan seperti ayam dan daging namun Mardhiah tetap merindui ikan patin tempoyak dan durian yang merupakan kegemarannya kerana tidak dijual di Mesir.
Mengenai persiapan raya , mereka perlu dilakukan dengan lebih awal kerana sekiranya lambat barang masakan akan habis.
Antara pengalaman tidak dapat dilupakan adalah ketika tahun pertama di Mesir, mereka terpaksa membuat rendang telur kerana ayam, daging dan ikan telah kehabisan.
Bergelar anak perantau bukanlah satu perkara mudah, pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Ads
Antara ujian paling berat adalah ketika Covid-19 melanda dunia kerana suasana perayaan tidak semeriah sebelum ini dan mereka terpaksa duduk di rumah sahaja.
Bagi mengubati kerinduan kepada masakan ibu, mereka akan memasak juadah seperti ketupat dan rendang pada malam raya supaya dapat merasai suasana seperti makan bersama keluarga ketika raya pertama.
Malah, dia juga tidak melepaskan peluang membuat panggilan video untuk merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Sanak saudara yang berkumpul turut bertanya khabar tentang dirinya yang sudah lima tahun tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Nur Aisyatul Qani’ah Noor Idzwan memberitahu, ketika Hari Raya pertama pelajar Malaysia di Mesir akan berkumpul untuk menikmati juadah istimewa seperti rendang ayam, laksa, bihun sup dan lemang.
Hari Raya kedua pula mereka akan menziarahi rakan Nusantara dan begitu jugalah Hari Raya seterusnya di rumah rakan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei untuk mengeratkan silaturrahim.
Bermula 1 April, individu yang mempunyai simpanan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan untuk pengeluaran maksimum RM10 ribu dan telah memaklumkan pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja.
Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebentar tadi, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.
Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Amaun Pengeluaran & Kaedah Bayaran
Selain itu, orang ramai perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran dan kaedah bayaran untuk melancarkan urusan pemohon.
Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum pula adalah sebanyak RM10,000 dan ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
Bagaimanapun, anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun satu.
Tidak cuma itu, pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
Justeru bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Empat perkara sebelum buat permohonan pengeluaran khas
Untuk kelancaran rang ramai perlu menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan urusan permohonan.
Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan seterusnya menyemak baki simpanan KWSP.
Tidak cuma itu, nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.
Paling penting, anda haruslah memastikan akaun KWSP itu adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
Sumber : KWSP
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berhajat hendak lakukan makeover untuk ruang bilik air walaupun ukurannya bersaiz kecil, namun semua maklum biasanya akan melibatkan kos yang banyak. Perlu pecah sana sini dan memerlukan pakar untuk lakukannya.
Pun begitu, perkongsian daripada puan Suriati ini mungkin boleh dijadikan inspirasi. Berjaya lakukan transformasi dengan Cara paling mudah dan paling penting jimat kos.
Makeover bathroom saya cara jimat kos dan cepat.
Cat ni kena beli berpasangan ye ye… Ni cat yang saya guna:
Nak bancuh tu dia ada sukatan dan untuk elakkan pembaziran bancuh sikit-sikit sebab dia ada hardener cat tu cepat keras…
Kitaorang pun mula-mula terbancuh banyak so tak sempat abis cat tu dah keras…
Act boleh lagi sapu tapi jadi berketul-ketul so tak cantik la…jadinya kena la kikis semula… So bancuh sikit-sikit ok…
Untuk bathroom saya tu guna 1 liter undercoat, 2 liter cat putih (sebab putih so kena lapis banyak sikit, 1 liter cat hitam (tak abis pun sebab guna sikit je untuk buat pattern dan cat skit kat wall shower.
Hope dapat membantu sesiapa yang nak makeover bathroom murah & cepat… Ok tu je sharing dr #rumahnombor06.
Sumber : Suriati Zamri via Kelab Dekorasi IKEA Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Ungkapan yang cukup sesuai menggambarkan personaliti yang satu ini. Disebalik kekurangan yang ada padanya, Allah anugerahkan kelebihan yang tidak ternilai.
Norfarrah Syahirah Shaari, 31 adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) yang kudung kedua belah tangan sejak lahir. Jadi, dia menggunakan kaki untuk melakukan kerja harian termasuk memandu ke tempat kerja serta lain-lain destinasi.
Sebelum ini kisahnya tular di media sosial apabila dia memandu kenderaan dengan hanya menggunakan kaki. Sekali gus membuktikan, walaupun dilahirkan tanpa tangan tetapi Farrah mampu untuk melakukan aktiviti seperti orang biasa yang lain.
Terbaru satu lagi kisah Farrah dimuat naik di media sosial. Kali ini, Farrah membuatkan ramai pelajar tingkatan 3 di SMK Tiwa terpukau dengan kemahirannya menggunakan kaki untuk memakai hijab dengan kemas.
Dalam video yang dikongsikan di Youtube oleh Azmiah Mahmud, Syahirah telah dijemput untuk memberi motivasi bagi pelajar tingkatan 3 di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak dalam Program Pasca PT3.
Farrah berkongsi cara bersiap memakai tudung daripada memasukkan kerongsang sehinggalah melilit selendang dengan mudah.
Perkongsian video di youtube oleh puan AZMIAH MAHMUD nyata cukup membuatkan netizen tersentuh hati.
“Pn Nor Farrah Syahirah Shah (OKU) dari Kolej Komuniti Teluk Intan telah dijemput ke SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 untuk satu Program Pasca PT3.
“Beliau telah menceritakan liku-liku kehidupan beliau sebagai OKU dari kecil sehingga sekarang beliau boleh berdikari untuk meneruskan kehidupan beliau. Video ini menunjukkan bagaimana beliau memakai tudung shawl dengan begitu kemas. Kagum dengan ketabahan beliau yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak2 didik,” ujar puan Azmiah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Chiwan yang kini bergelar bapa selepas isterinya, Amira Ayuni Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.