pulut_canteq Seindah Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!

Pulut kuning merupakan sajian istimewa bagi kita orang Melayu. Bukan sahaja dihidang untuk meraikan anak-anak yang khatam al-Quran, malah turut  dijadikan hidangan istimewa untuk merai sambutan ulang tahun mahu pun merai mempelai.

Bahkan boleh dikatakan menjamu hidangan pulut kuning ini ibarat simbolik menzahirkan rasa kesyukuran apabila dikurniakan rezeki dan nikmati untuk dikongsi bersama orang lain.

Lantaran itu, tidak hairanlah kini pulut kuning bukan sahaja dihidang begitu sahaja bersama rendang, kari, mahupun serunding ataupun sambal tetapi turut dihias cantik berseni yang nyata memukau pandangan.

Ini sebagaimana sering dikongsikan oleh Puan Mahiran Binti Samsuddin di akaun Instagram pulut_canteq. Difahamkan keunikan hasil air tangan dan kepakaran yang dimiliki olehnya membuatkan pulut_cantiq kian mendapat tempat di hati wargamaya.

pulut_canteq Secantik Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!

Apa tidaknya lihat sahaja satu persatu posting yang dikongsikan, semua pulut kuning terhias cantik dengan bunga-bunga hiasan yang dihasilkan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Bahkan uniknya lagi, langsung tidak menggunakan fresh flower atau artificial flower.

pulut_canteq Secantik Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!

Bukan Satu, Tapi 6 Jenis Pulut Jadi Pilihan

IKLAN

Meskipun baru sahaja memulakan perniagaan sekitar Januari 2021, pun begitu siapa san kini telah menerima banyak tempahan bukan sahaja sekitar Lembah Klang malah menjangkau hingga ke serata tempat.

Memberi lebih variasi kepada pelanggan, pulut-canteq turut menawarkan pelbagai pilihan pulut yang tidak hanya menjadikan pulut kuning bersama rendang atau kari pilihan utama, malah pelanggan juga ditawarkan dengan Pulut Pandan bersama sambil bilis, Pulut Tetal bersama Serawa Durian, Wajik Pandan dan Wajik Gula Merah.

Apa yang pasti setiap satunya mempunyai rasa yang cukup enak dan digemari ramai.

Tawar Pelbagai Pilihan

Tidak hanya menawarkan tempahan pulut kuning, malah turut menunaikan permintaan pelanggan mencari perkhidmatan ukiran sayur, buah untuk meja beradab.

IKLAN

Malah bakat seni yang dimiliki turut dimanfaatkan dengan menerima tempahan gubahan buah-buah untuk hantaran mahupun untuk dijadikan hadiah istimewa kepada insan tersayang.

pulut_canteq Secantik Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!

Harga Berbaloi

Menariknya juga bila membuat tempahan pulut kuning bersama pulut_canteq, pelanggan boleh membuat pilihan sama ada berkenan bentuk kek atau berhias dengan tawaran harga serendah RM70 .  Manakala untuk Pek Personal atau Door Gift pula bermula dengan harga RM5.

Berkongsi berkenaan perancangan masa depan pula, pulut_canteq berharap suatu masa nanti akan dapat menghasilkan pek pulut kuning dan rendang yang ‘di retort’ agar dapat tahan lama dan sekali gus membolehkan setiap antara pelanggan setianya dapat menikmati pulut kuning pada bila-bila masa. Bahkan boleh dipasarkan kepada market yang lebih luas dan tanpa membataskan lokasi penghantaran.

IKLAN

Promosi Buat Anda!

pulut_canteq Secantik Namanya. Hias Hanya Guna Ukiran Buah & Sayur, Tarik Perhatian Warganet!

Jadi buat anda yang bukan sahaja teringin untuk merasai sendiri keenakan pulut kuning  dengan membuat tempahan di pulut_canteq, anda juga berpeluang menyertai  Kelas PJJ Dan Hands On dengan harga yang rendah. Belajar hingga pandai kerana pelajar dapat berkomunikasi langsung dalam group whatsapp walaupun selepas habis kelas.

Yuran penyertaan :

Kelas PJJ – RM50 seumur hidup

Kelas Hands On – RM300 sahaja

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI