Kini rakyat Malaysia dilanda demam bola sepak. Semua memberikan sokongan sepenuh jiwa apabila pasukan kebangsaan mara berjuang untuk membawa pulang piala keramat AFF Suzuki Cup 2018 termasuk keluarga Che Ta!
Turut mendapat perhatian adalah pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang telah hadir ke stadium bersama keluargnya turut memberi sokongan kepada adik iparnya yang merupakan pemain bola sepak negara, Zaquan Adha. Lebih manis adik ipar ini antara yang paling menyinar apabila menumbang satu gol ketika menewaskan Laos pada Isnin.
Zaquan Adha adalah suami kepada pelakon Ayu Raudhah yang juga merupakan adik kepada Che Ta. Turut datang memberi sokongan adalah suaminya, Zain Saidin dan Lan Pet Pet yang merupakan suami kepada adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Masing-masing memberikan sokongan padu untuk memberikan aura semangat kepada pemain negara. Kelihatan juga Ayu Raudhah memberi anak-anaknya melihat secara dekat pertandingan ini yang menjadi perhatian seluruh negara kini.
Ads
Lebih menarik, mereka satu famili memakai baju jersi warna kuning. Sporting sungguh! Apa yang jelas, ini adalah salah satu cara bonding time buat Che Ta dan keluarga.
Ads
Che Ta juga melahirkan perasaan gembira apabila sukan sebegini memberi impak kegembiraan secara tersirat kepada keluarga dan peminat bola sepak.
Katanya, “Terhappy pulak kita dapat tengok bola ni, ok go Malaysia..”
Ads
Moga Malaysia mendapat kemenangan!
Sumber: Instagram rozitachewan1
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Menarik fakta ini!
Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Se ks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Beri Kesan Positif
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Jadi para suami, selalulah peluk isteri semoga makin dipanjangkan umur.
Apabila berkahwin, ada pasangan memilih untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa.
Namun ada juga segelintir selesa tinggal dengan mertua.
Bagaimana pun bukan calang-calang menantu sanggup tinggal mertua.
Untuk tinggal sebumbung, sudah tentunya kena ada sikap persefahaman antara satu sama lain.
Sebagaimana perkongsian ini menarik untuk di praktik kan dalam rumahtangga.
MAK PILIH TINGGAL DENGAN MENANTU PEREMPUAN
Dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti dah tua nak duduk dengan saya.
Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Dah tentu di rumah tu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.
Orang kata payah selalu mak mertua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak. Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecik. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.
Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.
“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.
Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.
“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.
Ha. Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.
“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.
Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.
Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya taknak masak, dia order. Mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.
Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.
Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.
Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.
Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.
Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mertua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Semalam kami sambut hari lahir depa semua bersama. Maya. Mak. Dan adik. Bulan 4 semua. Selang hari saja.
Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkawan atau bersahabat dengan seseorang pastinya amat dihargai bahkan tidak dinafikan setiap kita merasakan betapa perlunya teman dalam kehidupan untuk berkongsi suka dan duka bersama.
Pun begitu bila seseorang itu telah pun berumahtangga, kebiasaannya kawan-kawan lama semakin hari semakin ‘hilang’.
Memahami senario itu, seorang suami ini berkongsi pandangannya.
Ini perkongsiannya.
“Hilang” kawan-kawan selepas berkahwin…
Perkara ni banyak terjadi kat orang perempuan a.k.a isteri…Lepas mendirikan rumahtangga je, kawan-kawan dah makin menghilang, dah tak ramai…
Bukan sebab bergaduh atau ada apa-apa yang berlaku antara dia dengan kawan-kawan, tapi sebab BERKAHWIN…
Kadang-kadang jarak yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…kadang-kadang kesibukan sebagai isteri yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…kadang-kadang ketiadaan masa sebagai ibu yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…
Kehidupan dia berubah hampir sepenuhnya…
Bukan kehidupan dia saja, kehidupan kawan-kawannya yang turut mendirikan rumahtangga juga berubah…bila sorang tu ada masa untuk berjumpa, seorang lagi tiada masa atau tak dibenarkan keluar rumah…bila sorang tu ada masa untuk bercerita, seorang lagi sibuk dengan anak-anak dan keje-keje rumah…
Jarang dapat keluar dengan kawan-kawan, jarang juga dapat meluah pada kawan-kawan…rasa macam masa dengan kawan-kawan tu dah habis…sebelum berumahtangga ja boleh meriah, bersosial, bergelak tawa, ke sana sini dengan kawan-kawan….bila dah kawin, dah ada suami, dah ada anak-anak masa bersama kawan-kawan tu tersangatlah dikenangkan…rindu nak macam dulu…
Perlu ke kita nak sedih sebab dah tak ramai kawan lepas dah kawin?
Fasa hidup kita ni macam tu la…ada fasa kita belajar, ada fasa kita berhibur, ada fasa kita enjoy, ada fasa kita dengan dunia kita, ada fasa kita berkeluarga…bila sampai fasa berkeluarga, baik lelaki mahupun perempuan, fasa sebelum-sebelum ni tu dah makin terbatas, makin tak berpeluang untuk diulang…
Masing-masing dah ada komitmen dan kewajipan lain…
Yang perlu diutamakan dan didahulukan…jangan sedih sebab kurang kawan atau kawan-kawan dah hilang…chill dan relax, berkawan je dengan sapa-sapa yang masih ada dengan kita, contact dengan kita…walaupun bilangan kawan kita tu kurang dari 10 orang je, tapi 10 orang tu lah yang betul-bet mendatangkan manfaat dan faedah kepada diri kita daripada ada 100 orang kawan, tapi kesemuanya tiada tatkala kita memerlukan mereka…
Saya pun tak ramai kawan, tapi alhamdulillah masih jugak ada kawan…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di