Amalan pertama yang paling mulia dalam Islam adalah berbakti kepada orang tua. Kunci utama bagi seseorang untuk masuk syurga adalah dengan mentaati mereka dan berbakti kepada mereka
Biarpun ada kalanya ibu bapa disifatkan garang dan tegas mendidik anak, namun ia tetap ibu ayah yang perlu dihormati.
Terbaru, Pelakon Zarina Zainuddin telah berkongsi perasaan bersyukur selepas ibunya bersetuju mengikutnya tinggal serumah dengannya.
Setelah dua tahun tidak berjumpa akhirnya usahawan pulut kuning ini nekad membawa ibunya ke Kuala Lumpur.
Menerusi kapsyennya menjelasnya biarpuan ibunya seorang yang garang namun banyak pengorbanannya di awal pembabitannya dalam dunia hiburan.
“Assalamualaikum. Setelah dua tahun tak jumpa akhirnya saya tekad nak ambik mak saya duduk Kuala Lumpur .
Saya dengan mak saya ni walaupun tak jumpa tapi asyik gaduh jer dalam whatsaap ..last2 geram saya block dia kat whatsaap kat ig .. bola teringat saya bank in duit tiap2 2 minggu saya bukak balik block tu pastu block balik saya mintak maaf balik tak sampai 3 minit mesej gaduh balik .
Mak saya ni macam arwah atok saya .. baran dia jer betul .. sabarlah .. saya dah kawin dah suami ada anak anak. Dulu saya duduk dengan dia masa zanan anak dara saya.
Mak banyak berkorban untuk saya sampai saya jadi seorang pelakon . Mak kerja saya sorang-sorang pergi casting belakon sana sini.
Lepas masuk dewi remaja dulu.. pengalaman hidup saya begitu berharga .. banyak yang saya belajar .. nak cerita panjang sangat .. nanti saya buat novel biografi Hidup seorang Zarina Zainuddin. So cerita hari ni nak bawak mak saya balik kl .. terus bye bye Ipoh.” –Zarina Zainuddin
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
Ads
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami yang baik adalah satu rezeki yang tak ternilai buat para isteri. Bagi pelakon veteran Rosnah Mat Aris bahagia melayari bahtera perkahwinan dengan suaminya, Tajul Efendie Isa merupakan kurniaa Ilahi buatnya setelah hampir 14 tahun mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang lebih muda daripadanya.
Biarpun pasangan bahagia ini berbeza usia 26 tahun, bagi Rosnah ia bukan penghalang untuk dia menghormati suaminya.
Memetik, mStar Online, Rosnah mengakui kadang kala keliru sama ada suaminya itu seorang yang muda atau berusia lantaran sikap suaminya yang matang.
“Saya kadang-kadang terfikir saya kahwin dengan orang muda ke atau orang tua sebab cara dia berfikir dan layan saya macam dah berusia, matang.”
Suami manjakan Rosnah
Dalam pada itu, pelakon veteren ini mendedahkan bahawa dalam tempoh perkahwinannya, suaminya telah mengubah dirinya menjadi seorang yang kasar kepada bersifat manja.
Kesempatan itu, jauh di sudut hatinya meluahkan rasa syukur apabila rumahtangganya bertahan ke hari ini. Turut berkongsi rahsia kunci kebahagiannya.
“Kami bertahan sehingga sekarang sebab saya percaya tiga benda iaitu jujur, ikhlas, amanah.”
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Sebagai ibu ayah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak, khususnya apabila menyentuh soal masa depan bagi jaminan pendidikan mereka. Kalau boleh biarlah anak-anak ini dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi.
Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik.
Justeru, tidak hairanlah ibu ayah sudah mula merancang dan melakukan tabungan sejak anak kecil lagi.
Pelbagai pilihan institusi perbankan ada ditawarkan, namun jika memilih menyimpan di SSPN itu adalah pilihan paling bijak.
Ini kerana skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini menawarkan lebih banyak ganjaran kepada mereka yang mahu menyimpan wang demi jaminan masa depan pendidikan anak-anak.
Ini seiring dengan objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Apa yang pasti, banyak kelebihan menabung di SSPN ini. Bukan sahaja sebagai usaha ibu ayah untuk menyimpan wang dengan cara lebih selamat, malah ini antara kelebihan lain yang perlu ibu ayah tahu :-
1. Ibu ayah layak pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
2. Perlindungan Takaful dan Khairat Kematian
3. Dividen yang kompetitif
4. Simpanan dijamin kerajaan
5. Simpanan patuh syariah
6. Simpanan serendah RM20
Nyata begitu banyak keistimewaan dan kelebihan menyimpan di SSPN.
Apa yang tinggal lagi adalah usaha dan kemampuan ibu ayah untuk merancang kewangan agar dapat membuat tabungan.
Gagal merancang, itu bermakna kita merancang untuk gagal!
Ini memandangkan elemen perancangan kewangan sangat menekankan aspek disiplin dan komitmen yang tinggi. Tanpa disiplin dan tiada keazaman, pastinya sukar untuk mencapai matlamat untuk menabung.
Memantapkan lagi ilmu ibu ayah tentang tabungan, jom ikuti perkongsian Keluarga Talk yang dibawakan oleh SSPN dengan kupasan tajuk: Nak Menabung Asyik Tak Jadi Apa Punca & Kaedah Terbaik Buat Simpanan.
Jangan lupa temujanji kita pada 26 Disember 2020 ini di fb keluargamagazine dan boleh juga ditonton di fb Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di