Sejak kebelakangan ini, Pusat Racun Negara telah menerima beberapa kes keracunan dan pertanyaan mengenai Cendawan Ajaib atau lebih dikenali sebagai ‘Magic Mushroom’ yang terkandung atau ditambah ke dalam vape.
Ada yang menganggap Magic Mushroom adalah perisa di dalam vape sama seperti perisa strawberi, perisa kopi, perisa mangga dan sebagainya. BUKAN!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
‘Magic Mushroom’ Bukan Perisa Dalam Vape!
Magic Mushroom atau Cendawan Ajaib bukan sejenis perisa TETAPI ia merujuk kepada ekstrak bahan aktif yang terkandung di dalam cecair vape iaitu, PSILOCYBIN yang sengaja ditambah ke dalam vape untuk mendapatkan kesan halusinogen seperti berhalusinasi, keseronokan yang melampau, dan mungkin tidak sedarkan diri sepenuhnya.
AWAS! Pendedahan buat kali pertama sahaja boleh menyebabkan anda terpaksa menyerah diri ke hospital. Pengambilan Psilocybin berisiko menyebabkan muntah dan cirit -birit yang berpanjangan, rasa kebas di seluruh badan, degupan jantung menjadi laju, berpeluh-peluh dan boleh mengakibatkan sawan seawal 10 minit pengambilan. Lebih malang lagi, tiada rawatan khusus dan tiada ujian air kencing yang dapat mengesahkan pendedahan terhadap psilocybin menyebabkan proses rawatan menjadi lebih sukar.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Lebih membimbangkan, vape mengandungi Magic Mushroom ini juga semakin mendapat banyak permintaan di dalam pasaran. Ini dibuktikan apabila rampasan dadah oleh pihak berkuasa mendapati lambakan stok bahan ini dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara haram. Daripada segi undang-undang, Psilocybin adalah bahan yang menyebabkan ketagihan yang dikawal di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952 sama seperti ganja, heroin dan juga morfin.
Pusat Racun Negara sekali lagi mengingatkan bahawa Magic Mushroom BUKAN PERISA di dalam vape. Elakkan diri anda dan yang tersayang menjadi mangsa keracunan dadah berbahaya Magic Mushroom ini. Jangan hanya inginkan keseronokan sementara, sengsara selamanya.
Khabar duka. Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.
Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.
Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.
Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.”
“Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter.
Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.
“Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan,” menurut misi itu.
Ekoran tragedi duka ini, Nepal mengisytiharkan tempoh berkabung mulai Isnin, sehari selepas sebuah pesawat terhempas ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 68 nyawa.
Tidak dinafikan ada segelintir agak ‘liat’ nak menyimpan duit untuk tabuangan masa hadapan.
Hakikatnya untuk menabung ini memerlukan komitmen yang tinggi. Jika tidak berusaha sudah tentu sukar untuk displin diri.
Selain itu, bagi yang susah untuk komited, boleh cuba cara wanita ini kongsikan. Biarpun gaji ‘ciput’ bulan-bulan tetap boleh menabung.
Lia takut sangat bila tengok ramai anak muda di luar sana tak tahu dan tak bijak menguruskan kewangan!
Walau seboros mana pun kita, simpan wang untuk masa hadapan adalah penting untuk setiap individu.
Jadi Lia nak kongsikan 7 tips penting untuk anak muda mulakan simpanan dengan cara paling mudah!
Tips1
Dapat je gaji, asingkan terus untuk simpanan baru guna untuk belanja
Berapa nak kena asingkan untuk simpanan?
Guna je formula ini, . 10% – Simpanan ✔️ 10% – Takaful 10% – Emergency fund 70% – Belanja . Simpanan biar 10% atau lebih tak apa, jangan kurangkan. Dan belanja biar maksimum 70%, kalau boleh kurangkan jadi 50%-60% lebih baik. Dapat? . Tips2
Simpan dekat tempat yang susah nak keluarkan
Paling baik simpan di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Sebab bila tak ada kad ni, kita nak keluarkan duit pon jadi susah.
Contohnya, Tabung Haji, ASB dan Emas.
Bila sentuh tentang emas, tahu tak, orang dulu-dulu tak simpan duit kertas, tapi mereka simpan kekayaan dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, EMAS ataupun rumah-rumah sewa.
Ada seorang pakcik tua ini pesan kat Lia,
“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.
Maksudnya, bila dapat duit, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah atau rumah-rumah sewa.
Sebab harta-harta tu akan membuatkan kita kaya dan boleh jana hasil daripada harta-harta yang kita ada.
Menakutkannya adalah duit yang kita simpan dalam bentuk tunai, risiko kebocorannya sangat tinggi!
Tips3
Tambah side income atau source of income.
Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.
Just imagine, abang yang jual burger tepi jalan pon boleh jana income ribu riban, apatah lagi yang jual barang cosmetics dan perfumes. Kan.
Jangan cerita abang jual burger, orang yang jual eBook pon boleh jana income RM17,000 dalam masa 7 hari! Ha memang ada tau.
Jadi, dari duit bisnes itu boleh lah tambahkan simpanan. Lagi bisnes kita sedang mencanak naik, itu tandanya waktu terbaik untuk kita simpan banyak-banyak!
Tips4
Potong segala jenis kad kredit, cara paling extreme!
Maksudnya hentikan serta merta penggunaan kad kredit ini. Lagi-lagi orang yang tak boleh tahan nafsu untuk shopping guna kad kredit.
Tahu tak, dengan menggunakan kad kredit, anda sebenarnya sedang menggunakan duit masa depan anda!
Serius, kalau tak mampu untuk berbelanja secara tunai, sebenarnya anda tak mampu juga untuk berbelanja atau anda sedang hidup di luar kemampuan.
Tips5
Banyakkan bersedekah
Allah dah janji, sekali kita sedekah, 10 kali ganda Allah akan ganti!
Kalau tengah susah, tengah sakit, tengah sedih, tengah buntu atau tengah di uji, jalan sebenarnya adalah sedekah.
Waktu terbaik untuk sedekah adalah waktu pagi. Buatlah minimum sedekah RM50.00 sehari.
Keajaiban sedekah ni Lia pernah rasa sendiri tau. Lia pernah hulurkan RM50 dekat sorang makcik jual kerepek ni. Kesian kan tengok dia berpeluh ke sana kemari tapi jualan tak laku-laku.
Balik je rumah tiba-tiba ada agent yang restock hampir RM1000++ masa tu jugak. Tengok! Betapa ajaibnya rezeki kan. Anda cuba la sendiri nanti.
“The More You Give, The More You Will Get Back”
Tips6
Banyakkan berzakat
Banyak sangat kepentingan bila kita berzakat ini. Antaranya adalah mensucikan harta.
Harta ni kan ibarat seperti air, selagi mengalir selagi itulah ia bersih. Dengan berzakat, Allah akan membersihkan harta dari perkara-perkara yang haram dan shubhah.
Kalau kita tak keluar untuk zakat, semakin bertambah hak orang lain dalam harta kita.
Sebab dengan harta yang perolehi inilah akan kita gunakan untuk tampung keluarga yang susah.
Jadi. Kalau harta yang kita perolehi ni tak bersih, adakah apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari Allah?
Tepuk dada, tanya iman.
Tips7
Dapat untung, LABURKAN duit tersebut
Laburkan duit anda contohnya melabur di pasaran saham.
6 tempat yang boleh anda laburkan duit iaitu
1 = Tabung Haji 2 = Amanah Saham Bumiputera Financing (ASBF) 3 = Emas 4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit) 5 = Unit Trust 6 = Saham
Boleh-boleh?
Wahai anak muda yang berijazah atau berdiploma, sentiasalah rajin berusaha dalam kerjaya.
Dapatkan pekerjaan yang di level bawah dulu. Dengan pengalaman, anda akan meluaskan idea dan juga pemikiran.
Dan anda akan tersedar bahawa gaji besar sebenarnya pon lebih mudah diurus jika BERDISIPLIN.
Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa depan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.