Selalu kalau beli barang kat pasar raya, mereka akan ikat barang kita tu guna cable tie untuk tujuan keselamatan dan elak dari perkara yang tak diingini.
Bila balik rumah, nak buka cable tie benda first yang kita cari semestinya gunting atau pisau. Betul tak? Mana tidaknya, nak buka benda tu bukannya senang! Kena ada alat bantuan juga baru senang. Kalau tak ada, pishang dibuatnya!
Tapi… Rupanya selama ni kita tertipu! Sebenarnya ada cara mudah nak buka cable tie tu tau tanpa guna sebarang objek tajam pun.
Melalui perkongsian di aplikasi Tiktok, pemilik akaun @Sallywong menunjukkan cara mudah untuk membuka ikatan cable tie tersebut tanpa menggunakan sebarang alat!
Menerusi video yang berdurasi 34 saat itu, ada satu bahagian timbul dan cara untuk buka ikatan hanya perlu menekan yang menonjol itu menggunakan kuku dan menolak keluar tali cable tie sampailah ikatan itu terlerai. Mudah kan?
Video yang dikongsi itu mendapat perhatian warga maya sehingga mencecah 2.4 juta penonton, malah rata-rata mengakui itu pertama kali mereka tahu cara mudah untuk membuka cable tie.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Ads
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Kerja-kerja membersihkan kedaiaman yang dilanda banjir bukanlah kerja yang boleh dilakukan sehari dua.
Apa tidaknya satu rumah penuh dengan lumpur, barang dan perkakasan tunggang langgang, perabot banyak yang rosak dan semua ini perlu dibawa keluar sebelum proses mencuci dapat dilakukan.
Apabila ada yang menghulurkan tenaga dengan datang membantu membersihkan kediaman, nyata begitu dihargai oleh setiap mangsa banjir yang sukar diucapkan dengan kata-kata.
Ini sebagaimana perkongsian video di twitter dari @e_pull yang merupakan antara sukarelawan yang berhati mulia menghulurkan bantuan dan khidmat kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat baru-baru ini.
Harini aku turun Hulu Langat Batu 19 utk tolong apa yg mampu..
rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan… 😢.
Maaf cik, kami tak ckup masa untuk kemas semuanya…
Dilihat di dalam video tersebut, seorang wanita warga emas tidak dapat menahan sebak sebaik sekumpulan sukalerawan mengucapkan selamat tinggal dan beredar setelah membersihkan kediamannya yang dilanda banjir lumpur.
“Hari ni aku turun Hulu Langat Batu 19 untuk tolong apa yang mampu. Rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan.
“Maaf cik, kami tak cukup masa untuk kemas semuanya, dia bersuami tapi tak ada anak,” ciapnya.
Menurutnya, pada awalnya mereka tidak merancang untuk singgah di rumah makcik tersebut.
“Aku & team memang tak ada plan nak singgah rumah makcik ni, kami kebetulan lalu lorong ni, terus tanya ada apa nak tolong tak.. makcik ni cakap minta tolong bersihkan rumah dia.. then, kami terus stop kemaskan,” ujarnya.
Perkongsian itu mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai yang turut meluahkan rasa sebak selepas mendapat tahu wanita tersebut tidak mempunyai anak dan hanya tinggal berdua bersama suami.
Antara komen yang diberikan adalah seperti “yesss u see malaysian..lepas dia tolong org dia yg ucap terima kasih.lain btol level ni”,komen @namasayaadib
“Great job guys, airmata dia maknanya dia sgt2 berterima kasih & terhutang budi, mana larat nk buat kalau x de anak2 yg tlg,” ujar @nanisazy.
“Kemaskan rumah lepas banjir serius penat. My in law ada 9 anak dan 7 menantu lelaki. Ni masuk hari ke 3… Still xhabis cuci rumah. Mula kul 8 pagi stop pukul 7 malam,” kongsi @RpeaceAlias pula.
“Terima kasih bro and team, dan juga semua sukarelawan. Walaupun jem nak masuk langat, masih semangat. Didoakan semoga ada sukarelawan yang akan meneruskan perjuangan untuk bantu makcik ni dan semua mangsa. Sambil tu boleh beri sokongan emosi kepada mereka,” @kcwani1
Keperluan baja pada tanaman umpama vitamin yang perlu diberi secara berjadual agar pokok yng ditanam di keliling rumah hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil yang banyak untuk dituai.
Andai perlu dibeli baja yang sedia ada, tentu sahaja perlu diperuntukkan wang dengan nilai tertentu.
Pun begitu, jika ada cara yang jauh lebih menjimatkan kenapa tidak hasilkan sendiri baja dari ikan seperti mana yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
“CARA PALING MUDAH DAN MURAH BUAT BAJA IKAN SENDIRI DI RUMAH”
Fish Amino Asid (FAA) @ baja ikan ni banyak digunakan sebagai foliar untuk suburkan pokok. Boleh dikatakan semua sop tanaman saya akan ada FAA.
Hanya 2 bahan sahaja diperlukan iaitu ikan dan gula merah. Cara buatnya pun sangat mudah. Aqeel yang darjah satu pun pandai buat.
Baik, ini cara-cara nak buatnya.
PERALATAN
1. Pisau : 1 unit
2. Bekas dengan kapasiti 10 liter : 1 unit . Eloknya bahagian atas dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz.
3. Kertas (tiada karbon)
4. Tali
5. Penapis : 1 unit
BAHAN-BAHAN
1. Ikan : 1 Kg
2. Gula Merah : 1.2 Kg
KAEDAH PEMBUATAN.
1. Potong ikan lebih kurang saiz 2-3 cm.
2. Bahagikan ikan yang telah dipotong kepada 4 bahagian (sama banyak).
3. Bahagikan gula merah kepada 5 bahagian (sama banyak).
4. Masukkan 1 bahagian gula merah ke dalam bekas. Ratakan ia di dasar bekas.
5. Masukkan 1 bahagian ikan ke dalam bekas tersebut dan ratakan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 secara bergilir-gilir hingga semua bahan habis.
7. Perlu diingat, lapisan bawah sekali dan lapisan atas sekali mestilah gula merah.
8. Pastikan bahan-bahan yang diisi dalam bekas tidak melebihi 2/3 daripada ketinggian bekas. Ini penting supaya ia mempunyai ruang yang cukup untuk proses fermentasi.
Jika ruang udara tak sampai 1/3, tukar bekas. Jika tak tukar bekas, risiko untuk Fish Amino Asid yang kita buat tak menjadi adalah sangat tinggi.
9. Tutup permukaan bekas dengan kertas yang tiada karbon. Ikat hingga separa ketat.
10. Simpan ditempat redup dan biarkan selama 1 bulan.
11. Lepas 1 bulan, tapis campuran tersebut dan ambil cecairnya. Cecair tersebut dipanggil Fish Amino Asid (FAA) @ Baja Ikan.
12. Masukkan FAA ke dalam bekas untuk tujuan simpanan sebelum digunakan. Simpan ditempat redup.
CARA-CARA PENGGUNAAN
Ini contoh penggunaan untuk 1 liter air. Jika sahabat nak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak, boleh darab sendiri ya berapa kuantiti yang diperlukan.
1. Masukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur. Nak lagi elok, guna air hujan atau air telaga. Kalau tak ada, bubuh je air paip.
2. Masukkan 2-25 ml FAA ke dalam langkah 1. Kuantiti FAA bergantung pada umur dan jenis tanaman. 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan.
3. Spray pada semua daun. Eloknya sembur awal-awal pagi.
4. Semburan FAA boleh dibuat bersama dengan Plant Booster dan racun organic. Bahasa mudahnya, FAA boleh dicampurkan dengan Plant Booster dan racun organic dalam satu alat penyembur.
5. Ulang langkah 4 setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok.
Sahabat,
Walaupun caranya nampak mudah dan simple, ada juga yang buat tak jadi. Bila saya perhatikan, ada beberapa sebab antaranya,
> Lapisan bawah sekali atau lapisan atas sekali bukan gula merah.
> Kuantiti gula merah kurang daripada kuantiti ikan.
> Guna kertas yang ada karbon. Contohnya surat khabar.
> Ruang udara bekas tak sampai 1/3.
FAA ni tak terhad pada tanaman sahaja. Kita juga boleh guna untuk semburan pada tanah.
Untuk hasilkan 500 ml FAA, kosnya lebih kurang 5 ringgit je. Andaikata kita beli yang dah siap, maharnya boleh cecah 5-10 kali ganda.
Seluk poket, tengok duit. Benda boleh jimat, kenapa perlu beli kan.
Selamat mencuba sahabat!
Sumber : Azuan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini berkongsi kisah gembira apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Anugerah tersebut diperoleh dalam satu Majlis Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau.
Dalam Majlis tersebut, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.
Tidak pernah tersangka yang budak nakal tidak kuat baca buku ini boleh dapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan suatu hari.Ribuan terima kasih ChongWei ucapkan kepada USM dan Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. ChongWei bertekad akan terus berusaha untuk menyumbang dalam arena sukan Malaysia, semampu yang boleh.
Sidenote: Mak pasti paling happy saya rasa, finally anak ada chan join konvokesyen pakai topi empat segi. Tetapi baru perasan tadi, bulat pulak rupanya…
Sidenote2 : kepada sesiapa yg nk kasi bunga konvo kat chong wei, chongwei minta sejambak kubis bole?