Siapa sahaja yang tidak mengenali watak utama dalam filem legend, Mann, siapa lagi kalau bukan Bintang Bollywood Aamir Khan!
Baru-baru ini, Aamir hadir dalam sebuah acara yang dianjurkan oleh salah seorang teman baiknya, di Delhi, India.
Dalam acara yang dihadirinya itu, Aamir sempat berkongsi mengenai karier dan perancangan masa depannya.
Salah satunya, pesohor itu mengatakan akan mengambil cuti panjang dari dunia seni.
“Apabila saya bekerja sebagai pelakon filem, saya terlepas banyak perkara dalam hidup saya.
Ads
“Sepatutnya saya akan terbabit dengan sebuah karya selepas filem Laal Singh Chaddha selesai.
“Tajuknya Champions. Skrip sangat menarik dan ia sebuah naskhah yang baik. Tapi saya memutuskan untuk berehat.
“Saya mahu menghabiskan masa bersama ibu, keluarga dan anak anak saya,” ujar Aamir Khan seperti dilaporkan Hindustan Times.
Meski demikian, pelakon yang turut membintangi filem 3 Idiots ini mengatakan syarikat miliknya, Aamir Khan Productions akan bekerjasama dengan Sony Pictures International Productions, India, dan 200NotOut Productions selaku penerbit filem Champions.
Ads
Menyambung bicara tentang rencana ‘percutiannya’, Aamir mengaku ia akan menjadi rehat pertamanya selepas 35 tahun bekerja tanpa henti.
“Saya rasa telah bekerja tanpa henti selama 35 tahun dan hanya memberi fokus terhadap kerja selama ini.
“Saya rasa sikap ini tidak adil untuk orang terdekat saya. Jadi kali ini saya mahu menghabiskan masa bersama mereka dan melalui pengalaman hidup yang berbeza.
Ads
“Saya tidak sabar menanti tahun, terutama apabila mengingatkan diri tidak akan bekerja sebagai pelaaku seni selama setengah tahun,” tambahnya lagi.
Sementara itu, untuk tahun ini, wajah bintang berusia 57 tahun itu akan kelihatan sebagai cameo menerusi filam Iakonan Kajol, Salaam Venky yang dijadualkan tayang bulan depan.
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu. Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu. Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Namun ada juga yang memilih nama yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang baik-baik.
Memilih nama anak dengan baik bukanlah tugas yang mudah. Sudah menjadi tanggungjawab mak ayah memilih nama yang terbaik buat anak.
Namun siapa sangka, hasrat perkongsian seorang ibu yang berkongsi nama anaknya yang ke-7 telah mengundang kencaman setelah dikatakan tidak sesuai dengan budaya dan agama.
Menurutnya perkongsian Aishah Toke Kek, nama itu mempunyai pengertian yang baik-baik untuk anaknya yang baru lahir pada awal November lalu.
Ramai pulak yang kecam nama vjay, sampaikan dalam group…….. admin tutup ruangan komen.
Maksud vjay – kejayaan /kemenangan .
Nama anak tak kisah dalam bahasa apa pun asalkan ada maksud yang baik. Bahasa tamil ke, urdu, arab, barat ke semuanya boleh ..
Sunat menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ahmad Rahimahumallah daripada Abu ad-Darda‘ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: إنَّكم تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَحَسِّنُوا أَسْمَاءَكُمْ (رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Semua nama anak pilihan suami
7 orang anak semua suami yang letak. Tunggu anak ke 8,9,10 pulak giliran saya kut .sape macam saya belum ada peluang letak nama anak .
1. Nur Insyirah binti Sharwan
2. Ahmad aniq bin Sharwan
3. Hud bin Sharwan
4. Izz bin Sharwan
5. Adni binti Sharwan
6. Zyn bin Sharwan
7. Vjay bin Sharwa
Meninjau di ruangan komen, netizen berpendapat ia tidak menjadi sesuatu yang pelik dengan nama sedemikian asalkan ia mempunyai maksud yang baik.
Demi hargai isteri yang kini hamil anak pertama, Azmi Saat sanggup guna wang simpanan untuk perbelanjaan proses bersalin di hospital swasta.
“Insya-Allah isteri akan bersalin di sebuah hospital swasta. Kalau nak ikutkan, dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah.
“Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa, saya sanggup berkorban. Lagipun, demi nak hargai isteri saya juga.
“Dia dah mengandung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bersalin.
“Jadi, saya gunakan duit simpanan dan duit untuk buat ubah suai rumah selain isteri pun ada tambah duit dia juga untuk pembelajaan proses bersalin,” ujarnya.Apatah lagi, 10 tahun pasangan ini menantikan zuriat membuatkan penyanyi Azmi teruja dan tidak sabar. Dalam masa yang sama, dia juga mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut nasihat doktor agar isterinya bersalin secara pembedahan.Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd. Saat, dia dan isteri iaitu Nazirah Muhammad memilih kaedah itu kerana enggan meletakkan risiko terhadap bayi mereka.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memilih tarikh hari lahirnya iaitu 27 September untuk menyambut kelahiran bayinya.
“Alhamdulillah… kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan.
“Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan sebab dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama, ada masalah pada baby,” ujar Azmi yang memuat naik perkongsian mengenai berita itu di Instagram.Menurut Azmi lagi, pilihan untuk melakukan pembedahan yang dirancang ini adalah atas saranan doktor supaya dapat mengurangkan risiko pada baby.
Jadi, kami ikut saranan doktor. Kami diberi pilihan tarikh dari 23 hingga 28 September. Saya memilih tarikh tersebut sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir hari Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin,” kata penyanyi Caliph Buskers ini lagi.Untuk rekod, Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011.