Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, iaitu pelakon Iman Zulkarnain memberitahu arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah kira-kira jam 11 pagi.
“Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.
“Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir.” katanya.
Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di kampungnya di Hulu Langat.
Ads
Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.
“Assalamualaikum kepada sahabat handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd Ridzuan Hashim. Beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi. Pada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Ads
“Selepas ini saya akan maklumkan di mana jenazah akan dikebumikan. Saya mohon kepada semua, sesiapa yang ada hutang bersama arwah, boleh hubungi saya dan ampunkan kesilapan arwah.” katanya dalam video tersebut.
Ibubapa mana yang tidak mahu anak-anaknya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Oleh sebab itu, sedari kecil, mereka telah cuba mendidik anak-anak dengan caranya mereka.
Namun ada kalanya, ibu bapa tidak sedar bahawa didikan tersebut telah membawa kesan buruk pada anak-anak. Haruslah diingat, setiap anak-anak ada kalanya lain penerimaan mereka dan tidak boleh sama cara didikannya.
Di sini disenaraikan 15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak yang mungkin akan membuatkan anda menyesal seumur hidup jika melakukannya.
15 kesilapan mengajar anak yang saya menyesal sampai sekarang. Jadikan pengajaran…
1. Terlalu garang masa mengajar, kesannya sampai sekarang anak takut kalau nak minta saya ajar.
2. Terlalu memaksa anak melampaui kemampuan dia, natijahnya anak selalu stress kalau belajar dengan saya.
3. Marah bila anak diam & tak nak jawab pertanyaan saya. Aduhai.
4. Terlalu nak perfect sangat, tulisan comot sikit tak boleh, senget sikit tak boleh.
5. Tak peduli kondisi emosi anak ketika itu, main marah je jika anak tak nak belajar.
6. Letak expectation yang tinggi melampau. Tanpa peduli kemampuan & keupayaan dia.
7. Banyak fokus pada nak hebat akademik sahaja, sedangkan adab & akhlak terabai.
8. Bila anak cakap “saya tak pandai” memang kena marah kaw kaw.
9. Asyik bagi arahan bukan ajakan motivasi, inspirasi jarang. “Pergi belajar sekarang!”
10. Lupa anak bukan belajar yang kita ajar sahaja tapi anak belajar juga sikap & emosi kita ketika mengajar dia. ( our action )
11. Hanya puji bila anak berjaya dapat result baik. Terlalu result oriented..
12. Jarang sangat memuji usaha anak sedangkan usaha tu la yang memberi result. ( Effort oriented )
13. Amalkan instant gratification. Sentiasa nak result cepat, hari ni ajar esok kena pandai.
14. Marah kalau kena ulang ulang cakap benda yang sama. Sedangkan ulangan itu mother of knowledge, bagus untuk anak..
15. Jadikan anak trofi. Memang tak boleh dengar kalau anak dapat tempat tercorot dalam kelas memang benggang habis.
Sungguh!
Menyesal sangat. Semoga nasihat & sharing jujur ini dapat la menyentuh hati hati setiap ibu ayah yang ikhlas sayang pada anaknya. Didik anak berpada-pada. Bukan hanya fokus pada cerdas IQ sahaja tapi sebaiknya cerdas sekali EQ & SQ dia. Itu lebih baik. Wallahu A’lam..
Dalam rumah tangga, cinta bukan hanya terletak pada kata-kata indah, tetapi pada sabar yang dipilih setiap hari, pengorbanan yang dilakukan tanpa mengungkit dan doa yang tidak pernah putus untuk pasangan.
Begitulah indahnya luahan pengacara dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya, yang menitipkan ucapan penuh romantis sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-15 bersama isteri tercinta.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial, Fedtri Yahya meluahkan rasa syukur atas nikmat rumah tangga, isteri dan anak-anak yang menjadi pelengkap kehidupannya selama ini. Coretan yang sarat dengan falsafah cinta serta realiti kehidupan berkeluarga itu nyata menyentuh hati ramai netizen.
“Syukur Ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan dalam membina bahagia bersama isteri dan anak-anak.
“Jatuh cinta memang mudah. Perkara biasa bagi manusia. Namun untuk bangunkan cinta saat jatuh dalam hidup, memerlukan seni kesabaran yang tinggi.
“Hidup tak semuanya indah. Ujian adalah sahabat untuk mendewasakan insan, sekalipun bertalu tanpa pesan dan isyarat,” luahnya penuh makna.
Bagi beliau, kebahagiaan rumah tangga bukan sekadar dibina atas dasar cinta semata-mata, tetapi juga kesanggupan untuk terus bertahan ketika diuji. Setiap pasangan pasti melalui cabaran tersendiri dan ujian itulah yang mengajar manusia untuk lebih menghargai pasangan serta keluarga.
Bagi Fedtri Yahya, kehadiran isteri dalam hidupnya merupakan anugerah besar daripada Allah SWT. Wanita itu bukan sahaja menjadi teman hidup, malah tonggak kekuatan yang memastikan rumah tangga mereka terus bercahaya dengan kasih sayang, kesabaran dan kesetiaan.
“Syukur Allah kurniakan seorang isteri yang sanggup berkorban demi melihat rumah ini terus bercahaya dengan suapan kasih, belaian ikhlas, keringat ujian, tirai sabar dan hamparan setia,” kongsinya.
Ungkapan tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang melihat penghargaan terhadap pasangan sebagai salah satu kunci utama dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Meniti usia perkahwinan yang semakin matang, beliau tidak menafikan ada waktunya kehidupan terasa begitu pantas berputar. Anak-anak semakin membesar, manakala kerjaya pula hadir dengan pelbagai tuntutan dan tanggungjawab.
Dalam kesibukan itu, rasa lelah dan lesu pasti ada. Namun baginya, kefahaman antara suami dan isteri menjadi jambatan penting untuk terus bertahan dalam apa jua keadaan.
“Ada waktu, fasa hidup berputar laju. Anak-anak membesar pantas. Kerjaya sentiasa penuh ritma. Lelah dan lesu.
“Namun, kefahaman itulah yang menjadi jambatan untuk bertahan sekalipun tidak disuarakan. Tiada jalan lain, hanya kesabaran,” tulisnya.
Kenyataan itu menggambarkan betapa pentingnya komunikasi, toleransi dan empati dalam sesebuah hubungan agar pasangan dapat saling memahami keperluan masing-masing.
Antara perkongsian yang paling menyentuh hati ialah apabila Fedtri Yahya mendedahkan bahawa isterinya sering mendahulukan dirinya dalam setiap doa yang dipanjatkan.
Menurutnya, doa seorang isteri merupakan antara asbab hadirnya rezeki dan keberkatan dalam kehidupan mereka sekeluarga.
“Isteri selalu cakap, dia dahulukan saya dalam setiap doanya. Itulah antara asbab ada saja rezeki untuk kami sekeluarga.
“Saat saya berkejar mencari rezeki, Allah hadirkan kekuatan untuknya mengalun simfoni rumah tangga dengan pelbagai rentak kerenah anak,” luahnya.
Dalam masa sama, beliau turut menggambarkan rumah sederhana mereka sebagai ruang yang dipenuhi permata berharga. Baginya, setiap kekurangan dan ketidaksempurnaan yang wujud dalam rumah tangga sebenarnya mempunyai makna yang sangat istimewa.
“Semua yang ada di rumah sederhana kita, adalah permata. Tumpahan air, koyakan di dinding, susun atur yang tidak selari hiasan… Tak mengapa. Itu tanda rumah kita hidup.
“Bukan muzium sepi yang berteman debu. Semua suara dan riuh di rumah kita adalah bahasa langit untuk kita raikan,” kongsinya.
Luahan tersebut mengingatkan bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah pada kesempurnaan fizikal sebuah rumah, tetapi pada kasih sayang dan kehadiran ahli keluarga yang menghidupkan setiap sudut kediaman.
Perkongsian jujur dan puitis itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata netizen tersentuh dengan cara beliau menghargai isterinya, selain mendoakan agar rumah tangga pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Semoga ikatan perkahwinan mereka terus dilimpahi rahmat, kekal harmoni bersama anak-anak serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai pasangan untuk menghargai insan yang setia di sisi.
Sakit mata lihat lantai dapur kotor , walaupun puas mencuci tapi tak hilang . Apa kata cuba petua yang dikongsikan ini. Dengan menggunakan dua bahan je cukup mudah dan menjimatkan.
Jom lihat perkongsian dari Naquia Esir. Selamat mencuba! Quia share sikit pasal cara nak memurnikan kembali lantai yang dah tercemar ye. Mungkin yang mengalami masalah ini adalah golongan yang beli rumah subsale atau rumah lelong dan juga yang baru lepas renovate rumah. Dan, sesuai untuk golongan yang ada masa dan kudrat untuk cuci rumah sendiri. Kalau nak upah cleaner pon no problem orait Ikut kekuatan kewangan masing-masing. Yang anda perlukan adalah MOSAIC FLIUD (sejenis acid) dan SABUN. Both Quia beli di Hardware shop. Lebih tepat lagi di Hardware Shuang Lee, Gadong. Kat Nilai 3 pon ada. Both memang besar kilang kedainya. Banyak juga borong dari hardware ni untuk keperluan pembinaan rumah kami. Mosaic fluid tugasnya untuk mencairkan simen, cat, cat minyak, dan noda² yang ada pada lantai. Sabun untuk neutralkan balik acidity pada lantai. Langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah, memakai glove dan boot/kasut. Dan juga mask untuk elak kita hidu asap/wap yang terhasil selepas kita tuang campuran asid+air pada tiles. Kekuatan yang perlu adalah tangan yang kuat ye. Sebab nak taknak, u tetap akan sental noda yang agak kuat melekat pada tiles 1ST STEP : Basahkan lantai 2ND STEP : Tuang campuran acid. Acid tu dicampurkan dengan air untuk keselamatan kita dan lantai. Terlebih asid tiles boleh rosak ye. Hilang glossynya nanti. 3RD STEP : Sentallah. Mana yang tebal² nodanya kikis dulu. Elakkan penyental periuk yg besi tu ye. Rosak tiles nanti. 4RD STEP : Bilas dengan air 5TH STEP : Sental dengan sabun pula Cuci bilas lantai bagi bersih, then SIAP! Kebaikan yang u dapat, pengeluaran peluh yang banyak ye. Ikutlah keluasan rumah masing-masing mana Kerja ni sepenuhnya dibuat oleh Quia ye. Ditemani oleh Wafiq, 2y10m. Sebab nak tunggu suami sokmo kerja je dia. So, ianya boleh sangat dilakukan oleh seorang ibu + ada anak. Anak tu pancinglah buat aktiviti ke, tengok kartun ke ok Jangan bagi duduk dekat dengan ibu yang tengah mengerah keringat. Sharelah andai post ini dapat memberi ilmu dan manfaat pada orang ramai Instagram : www.instagram.com/terangi.casa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.