Redakan Batuk dan Gatal Kerongkong, Tak Payah Ambil Ubat, Ibu Hamil Boleh Cuba Resipi Ni!

Share

Ibu mengandung kalau sakit kena faham-faham sendiri cara hendak atasi sakit yang dialami. Maklum sahaja ketika mengandung tak digalakkan ambil sebarang ubat-ubatan. Bimbang bagi kesan pada anak.

Jadi cara terbaik untuk atasi masalah ibu mengandung adalah memilih bahan alami dan tradisional yang baik untuk mereka.

Perkongsian saudara Amie Samuri di facebook ini cukup baik untuk ibu mengandung. Jom kita cuba.

Bahan-Bahan:


1 sudu jus lemon
Kunyit -di parut
Madu/ gula perang/ gula putih/ gula batu/stevia

Cara-caranya:
1. Parut kunyit hidup dan tapiskan, ambil patinya dalam satu sudu kecil.

2. Tambahkan setengah gelas air dan campurkan madu serta jus lemon.

3. Minum 2 kali sehari dan amalkan hingga batuk reda.

4. Bagi yang batuk dan gatal kerongkong insyallah makin reda.

Kredit : Amie Samuri

IKLAN