Milo bukan sahaja enak dijadikan minuman tetapi juga boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih muih dan sajian pencuci mulut. Cukup terkenal dengan tagline, ‘Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat’ Milo cukup ‘dekat’ dengan masyarakat kita.
Salah satu resipi yang boleh dicuba menggunakan Milo ialah agar-agar Milo. Resipi agar-agar Milo ini cukup menarik untuk dicuba kerana hanya dengan empat bahan sahaja, kita boleh hasilkan seloyang pencuci mulut yang lazat.
Anak-anak mesti suka makan terutama apabila dihidangkan sejuk-sejuk. Jom kita cuba resipi Agar-agar Milo seperti yang dikongsikan oleh Ayu Mashrudin ini.
RESIPI AGAR-AGAR MILO
BAHAN-BAHAN:
1 kotak air Milo (1 liter)
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar gula
3 sudu besar Milo
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Masak semua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
2. Tuang dalam acuan.
Ads
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. Hidangkan.
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan tanggung jawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan sebanyak 4.8 juta hidangan makanan semenjak Oktober 2016 kepada golongan yang memerlukan di negara ini. Hidangan makanan ini terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan roti yang tidak terjual dari setiap 60 cawangan Tesco seluruh negara. Projek ini dilakukan dengan kerjasama Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen,
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie, berkata kerjasama berterusan bersama Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen adalah gabungan yang sangat baik dalam memberi impak positif pada komuniti.
“Projek yang berskala kecil bermula dengan hanya membabitkan 2 cawangan kini diperluaskan ke 60 buah cawangan Tesco. Kami percaya bahawa Every Little Helps (Semuanya Dapat Membantu). Malah, dengan kerjasama pihak kami bersama Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen bukan sahaja dapat menurunkan kadar pembaziran makanan yang tidak terjual, tetapi masih boleh dimakan malah memastikan golongan yang memerlukan tidak sentiasa kelaparan,” katanya.
“Usaha yang berterusan yang telah menghasilkan sumbangan 4.8 juta hidangan makanan ini adalah sangat relevan semasa menyambut Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober. Adalah penting untuk kita ingat bahawa kita masih mempunyai lebih banyak kerja yang perlu dilakukan jika kita ingin mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghapuskan kelaparan global menjelang 2030,” katanya.
Sementara itu, bagi Pengasas Food Aid Foundation, Rick Chee berkata, komitmen Tesco melalui sumbangan makanan lebihan mereka sedikit sebanyak dapat membantu membasmi kelaparan selari dengan objektif SDG2 atau nama penuhnya Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang meliputi pembangunan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, Justeru, projek ini dilihat menjadi kesinambungan dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar.
“Inisiatif lanjutan pihak Tesco terhadap sumbangan makanan lebihan mereka melalui Food Aid Foundation dalam membasmi kelaparan adalah selari dengan objektif SDG2. Kami berharap lebih banyak lagi syarikat korporat dapat menyertai usaha besar ini dalam memerangi kemiskinan dan mengurangkan pembaziran makanan di negara kita.”
Dalam masa yang sama, Pengarah Operasi Dapur Kechara Soup Justin Cheah mengakui cara Tesco menguruskan lebihan makanannya juga harus dijadikan contoh bagi korporat lain.
“Tesco sangat kreatif dalam pengurusan masalah pembaziran makanan di Malaysia. Cara mereka membolehkan banyak keluarga dan individu yang kurang bernasib baik mendapatkan manfaat daripada program sumbangan makanan ini dan secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan pembiayaan makanan di Malaysia. Lebih banyak pasar raya besar dan pengeluar makanan perlu mengikut contoh yang ditetapkan oleh Tesco. ”
Justeru, amalan terbaik Tesco ini turut dijadikan contoh di dalam pembentangan Harvest Asia 2019, simposium tahunan yang dianjurkan oleh ahli-ahli Persatuan Bank Makanan Asia pada 16 Oktober, Hari Makanan Sedunia lalu.
Selain itu, Tesco juga merupakan salah satu penyokong utama inisiatif Food Bank Universiti Malaya (UM), yang membantu sebanyak 200 pelajar yang kurang berkemampuan di kampus. Malah, syarikat ini turut berkerjasama dengan Food Bank Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang akan dilancarkan pada akhir bulan Oktober ini.
Di samping itu, Tesco turut bekerjasama dengan Yayasan Food Bank sejak ia ditubuhkan pada Ogos 2018. Sehingga September 2019, Yayasan Food Bank telah memberi manfaat kepada 362,699 ahli isi rumah yang kurang bernasib baik.
Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd adalah syarikat usaha sama antara Tesco PLC dan Sime Darby Bhd yang merupakan salah satu daripada peruncit antarabangsa terbesar di dunia dengan operasi di 10 buah negara. Menggajikan lebih dari 400,000 orang dan melayani berjuta-juta pelanggan setiap minggu, syarikat ini ditubuhkan pada Mei 2002 dengan kedai pertama di Puchong, Selangor.
Kini, terdapat lebih 8,000 pekerja merentasi 60 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada 2013, Tesco menjadi peruncit pertama di Malaysia yang melancarkan kedai atas talian kepunyaan sendiri, Tesco Online. Tesco Online kini beroperasi di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah nak masuk 4 bulan kita dalam mood PKP, maksudnya dah 4 bulan la kita tak makan nasi kenduri. Betul tak? Rindunya alahai rasa!
Sementara tunggu covid-19 ni betul-betul reda, jom kita bawa feel makan nasi kenduri tu dalam rumah kita dengan buat sendiri je Ayam Masak Merah, resipi dari tukang masak kenduri Pakwan Katering. Memang superb lah, tengok pun dah terliur! Jom cuba!
Ayam masak merah sering menjadi menu wajib sewaktu kenduri kahwin dan menjadi lauk yang paling ditunggu-tunggu tetamu yang hadir. Kami kongsikan resipi dari seorang pengusaha katering, Pakwan cara memasak ayam masak merah yang paling sedap dan meletop. Rasanya yang pedas-pedas dan masam manis memang sangat sedap dimakan dengan nasi putih, apatah lagi kalau dimakan dengan nasi minyak. Jom cuba.
Resipi Ayam Masak Merah Kenduri
BAHAN UTAMA : Seekor ayam ( potong 16 bahagian) -Goreng kunyit dan garam
BAHAN-BAHAN LAIN : – 1 Senduk Cili Kering Kisar – 2 Batang Serai diketuk – 2 Sudu gula pasir – 1/3 botol sos cili kimball – 1/3 botol sos tomato kimball – Sedikit air asam jawa – Garam
BAHAN-BAHAN KISAR : – 8 biji bawang besar – 5 biji bawang holand – 10 ulas bawang putih – Sebesar ibu jari halia
*blend semua diatas
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah diblend dan masak sehingga garing.
Masukkan satu senduk cili kering kisar dan 2 batang serai diketuk.
Masukkan 2 sudu gula pasir , 1/3 botol sos cili kimball dan 1/3 botol sos tomato kimball, setelah itu masukkan sedikit air asam jawa dan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan gula dan garam.
Siap dan sedia untuk dihidangkan
TIPS: Untuk mencantikkan rupa ayam masak merah, tambahkan gula semasa menumis cili kering, ini menjadikan ayam masak merah nampak lebih menarik dan berkilat .
Kredit Resipi & Foto : Pakwan Katering via Ilham Resipi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak jika kita menggoreng nugget, udang celup tepung, ayam goreng berempah atau sebagainya, lebihan minyak yang digunakan akan terlihat ‘kotor’ dengan cebisan tepung, rempah dan sebagainya.
Ini sekali gus kita merasakan minyak tersebut tidak boleh digunakan dan perlu dibuang sahaja walau pun di dalam hati terasa sayang. Maklumlah minyak tersebut baru sekali digunakan.
Pun begitu tahukah anda, rupanya ada cara mudah untuk anda dapat membersihkan minyak tersebut dan sekali gus boleh lah digunakan untuk menggoreng menu lain.
Ini sebagaimana perkongsian Chef Richad di aplikasi TikTok. Menerusi perkongsian video tersebut, memang nampak berhasil cara yang digunakan dan memang mudah!
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.
Cara Mudah Bersihkan Minyak Goreng
Sediakan bahan utamanya iaitu 100gm tepung jagung dan 150ml air
Langkah 1 :
Campurkan tepung jagung dan air, adun sebati.
Langkah 2 :
Panaskan minyak goreng tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung ke dalam kuali.
Langkah 3 :
Kemudian tutup api dan biarkan 15 minit.
Langkah 4 :
Kemudian angkat adunan tepung beras tadi dan secara automatik sisa masakan akan diserap sepenuhnya.
Langkah 5 :
Hasilnya minyak masakan tadi kembali bersih dan boleh digunakan untuk gorengan berikutnya.
Jadi selepas ini jangan terus buang minyak tersebut ya. Lakukan cara ini, ternyata lebih jimat. Apatah lagi masa ini bukan mudah untuk mendapatkan bekalan minyak masak peket. Selamat mencuba!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.