Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan/ sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.
Kuih Asam Gumpal ni merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur.
Nak tahu cara membuatnya ikuti perkongsian ini.
_________________________
Saya dgn ikhlas hati nk bg resipi sagupal Ataupn org panggil Asam gumpal pn ye jgak.. Alhamdulillah.. Hari2 saya buat 20bks untuk jualan.. Ramai yg suka sgt dgn sagupal ni
Ads
SAGUPAL
-First sekali basuh #sagu bwah air paip.. Dh siap basuh sagu,, tos dlm penapis dlm sejam.. Bg betul² kering -bila dh kering sagu td,,masuk kedlm besen,, masak air #panas sampai betul2 gelegak,, curah air panas kedalam sagu yg dh basuh td sedikit demi sedikit,, Jgn byk sgt bbuh air panas.. Nnt Takut lembik plk.. Gaul dgn senduk.. Jgn pakai tangan,, kang melecup tangan kene air panas tu. -Seterusnya,,, bila sagu dh sebati dgn air panas.. Biarkan sejuk dlm 15 mnit, bg sagu meresap dgn air.. -bila dh l5 minit,, sagu dh sejuk dn air dh meresap dgn sagu.. Boleh isi inti kacang hijau kedlam sagu.. Bulatkan besar mne nk. -bila dh siap bulat2kan.. Rebus sagu td dlm air yg dh menggelegak masak sampai timbul sagu td.. Agak2 5mnit je,, kalau nk kukus pn boleh,, tp lambat nk kukus2.. Buat yg mudah je,, ,,tp sebelum buat sagu tu.. Kene masak santan sagupal tu dlu.. Nnt dh masak sagu yg rebus td.. Terus je campak kedalam kuah santan td.
KUAH SANTAN
-cara sediakan kuah santan, dengan merah,dan halba dalam 1@2 sudu teh,daun #pandan, #garam dan #gula kedalam #santan.. Bg gelegak.. Masukkan sagu yg dh masak td.
Ads
INTI KACANG HIJAU
cara buat #Inti kacang hijau,, Rebus kacang hijau bg betul empuk.. Dh empuk masukkn #gula agak2 manis yg kwan2 suka.. Daun #pandan jgn lupa ye.. Bg wangi inti kita.#garam Jgn lupa plk ..masak sampai betul2 kering.. Nnt senang nk bulat2 kan.
PERINGATAN Masa nk bulat2 sagu.. Kene pakai sarung plastik.. Nnt sagu melekat kat tangan.. Mmg susah nk buat kje.. Sapu minyak masak ckit kat glove tu.. ok saya ikhlas bg resipi. In shaa Allah jd.. Doakan saya.. Yg baik2..
Buah rotan, kuih peluru atau ceplis antara nama yang diberikan kepada kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai ini. Rasanya yang rangup dan bentuknya yang comel, memang sedap dimakan pada bila-bila masa.
Buat anda yang ingin mencuba membuat sendiri menu kudap-kudapan ini boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Juwitta Amin ini. Malah turut dikongsikan tip untuk dapatkan hasil gorengan yang rangup dan enak. Selamat mencuba.
Ini perkongsiannya.
Kuih peluru@ceplis.. tak tahu korang panggil apa tapi itulah name kuih yang selalu saya sebut dari kecil sampai ke besar. Sakit pinggang weih menggentel kuih ni..makan sekejap je abis.
1. Satukan bahan bertanda *. Tambah sedikit air sebab biasanya santan kotak ni pekat.. bancuh sehingga rata tiada ketul garam dan gula.
2. Masukkan ke dalam tepung pulut dan gandum. Tuang santan ni kena agak-agak ye sehingga menjadi adunan sehingga menjadi doh seperti untuk buat bubur candil. Jangan terlalu keras adunan tepung tu.
3. Lepas tu uli doh tu menjadi bebola kecil dan golekkan dengan bijan. Buat kuih ni kena sabar sebab waktu ingin menggoreng api kena kecil.
Biasanya buat kuih ni 2-3 orang sebab dalam pada menggentel kuih ni mana yang dah siap kena terus goreng.
Ekstra Tip :Jangan dibiarkan terlalu lama berangin, tu yang kadang kuih samada lemau atau baling ke dinding pon dinding yang retak lepas digoreng.
Pastikan minyak benar-benar panas.. boleh diangkat bila kuih dah agak kekuningan.
Simpan dalam bekas bila kuih dah sejuk.. selamat mengunyah kuih peluru.
Apabila sebut sahaja mengenai resepi ikan percik,terus kami terbayang ikan yang diperap dahulu dengan kuah berwarna merah. Kemudiannya di bakar hingga memberikan aroma yang enak.
Kuah yang dicurah pada ikan akan menyerap hingga memberi aroma yang membangkitkan selera.
Bagi yang tak tahu nak masak apa hari ni boleh cuba resipi ini. Siap ada cara untuk pekatkan kuah lagi lebih sedap.
Kalau nak bakar ikan atau ayam,tak best nak bakar dalam oven.kena juga bakar atas arang.baru dia ‘nyakut’ ada bau asap gitu.biasa biasa kaksue bakar arang atas dapur gas,lepas tu cari la kuali buruk buruk yang tak guna tu boleh la bubuh arang yang dah di bakar.senang keje,tak perlu cari mancis,plastik,segala mak nenek nak hidupkan api hihi ni kaksue repost resepi ikan percik sedak dooh yang boleh korang buat esok:) Tak tahu nak masak apa?mehla kita buat percik ike kembung pulop,percik klate hok sedak sekali.tak cayo cuba la try,baru tahu namboh nasi ke tidak ha ha ha . tapi sengoti percik sedak sungguh,menu wojib bulan puasa,anak anak pun lalu makan nasi kalau ada percik,boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam deh.jangan duk save sajo resepi tuuuu,try selalu kiki . PERCIK IKAN KEMBUNG SEDAK DOOH
Bahan A: Perap Ayam/Ikan 8 ulas bawang putih 3 batang serai 1inchi halia 1 tbsp cili kering kisar 2 inchi kunyit hidup sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap 1tbsp garam 1/2 tbsp jintan manis secubit belacan (optional) sedikit air untuk blend Bahan B: Bahan Kuah 8 biji bawang merah size 50sen 2 ulas bawang putih sehiris halia 1 tbsp ketumbar biji (sangai) secubit belacan 3 tbsp cili kering 900ml santan pekat 2 hiris asam limau/asam keping Bahan C: Bahan Perasa 2 tbsp garam bukit 2 tbsp gula pasir 2 tbsp gula kabung thai 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam 2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak 3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk 4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa 5. Masak sampai mendidih & pekat 6. Bakar ikan atau ayam sampai masak
Buat 4X salutan lagi sedap 7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar.Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapp 8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayàm size 2kg.
Ayam Gunting yang dijual dipasar malam memang sedap rasanya. Bukan sahaja anak-anak kita suka malah kita juga menggemarinya.
Jadi alang-alang satu keluarga suka akan rasanya, jom kita layan cara untuk menyediakannya.
Jadi mudahlahkan, bila-bila masa boleh Kita sediakan menu ini.
Dalam seminggu 2 ni selalu beli ayam gunting dekat-dekat dengan rumah ni..nak jadi kan rezeki saya.. hari ni terdetik di hati nak tanya guna serbuk apa tabur atas ayam tu.. sebab rasa lain dan memang sedap.
Jadi brother tu cakap.. hari-hari beli ayam dengan saya kenapa hari ni baru tanya.
Brother tu cakap dia pun orang yang ajar dan bagi resepi ni untuk dia meniaga dengan percuma.
Jadi saya tolong share kan resepi ni untuk semua..moga allah murahkan lagi rezeki brother ayam gunting tu…amin….
Saya dah buat ni memang sedap…
ayam gunting:-
Isi ayam potong nipis-nipis
1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
1 1/2 cawan serbuk roti
telur
Cara Penyediaan :
1. Campurkan tepung dengan serbuk roti
2. Masukan ayam
3. Gaul sekata
4. Celup dalam telur
5. Masukan kembali dalam tepung tadi
dan goreng
(buat sekeping ye jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
6. Angkat toskan
7. Taburkan serbuk yang kita buat td… siap.
resepi serbuk ayam gunting:-
1 kiub ayam
2 sudu serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
twisties separuh sahaja guna dari 1pax tu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar gula
cara cara nya mudah sahaja.
1. Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
Sumber : are peace
Kredit Resepi : are peace
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di