Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya.
Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Menu ini antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak.
Ads
Ambil masa cuti esok untuk sediakan Asam Pedas terbaik buat keluarga. Kali ini admin kongsikan resipi Asam Pedas Berempah air tangan dari puan Rosni Musa. Selamat mencuba! Hari ni nak tepek Asam Pedas Berempah. Saya guna ikan tenggiri. Tak payah nak gi sampai Melaka @Johor utk menikmati keenakan asam pedas di sana. Kat rmh pon boleh buat. Jgn kata hakak tak payong..
Resepi seperti di setiap gambar..
Asam pedas ni mcm2 versi… ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..
Ads
Ads
Bahan-bahan
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba. 2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.. 3. Tumis sehingga pecah minyak.. 4. Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu.. 5. Renihkan seketika lalu masukkan bendi.. 7 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut.. 8. Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak.. 9. Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bebanan sara hidup keluarga pada masa kini yang dirasakan kian meningkat, tentunya lebih terkesan ditanggung oleh suami yang mencari nafkah. Apatah lagi, jika keluarga besar, pasti besar jugalah perbelanjaan yang harus diperuntukkan.
Lantarana itu, seorang usahawan El Azman berkongsi realiti sebenar perbelanjaan seorang suami. Bayangkan dengan gaji RM3000, tidak sampai hujung bulan wang gaji habis dibelanjakan untuk keluarga tercinta. Itulah realitinya!
Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:
– Bil air RM30.00
– Duit rumah RM700.00
– Duit kereta RM700.00
– Bil telefon suami dan isteri RM200.00
– Bil elektrik RM170.00
– Ansuran motor kapcai RM150.00
– Yuran Tuisyen anak RM150.00
– Tukar RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.
Jumlah keseluruhan habis dibelanjakan RM2,250.00.
Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,
‘Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari Sabtu cutikan?’.
Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu..
‘Ayah.. Cikgu adik cakap hari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”
Isteri spontan menyampuk..
‘Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..’
Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..
‘Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari Isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’
Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).
Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).
Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.
Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.
Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.
Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).
Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 (Baki gaji RM263.50).
Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 minta dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .
Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteripun selamba berkata..
‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru ni. Murah jer.. RM15 hengget..’
Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.
Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.
Malamnya pulak, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak?
Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…
‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…’
Lalu isteri menjawab dengan sinis..
‘.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”
Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu.
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?
Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.
sumber : El Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ajal maut , jodoh pertemuan segalanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa. Kita sebagai hambanya tidak mampu menolak ketentuan tersebut.
Dalam kegembiraan bakal menyambut orang baru dalam rumah tangga, lelaki ini diduga dengan ujian yang cukup besar. Bukan sahaja tidak sempat melihat si kecil lahir, malah dia juga kehilangan isteri tersayang buat selama-lamanya.
Dalam satu perkongsian menerusi Twitter milik Mohd Redzuan Abdul Manap, dia telah memuat naik berita sedih tentang seorang wanita hamil 7 bulan meninggal dunia di dalam kereta. Ketika kejadian, suami wanita berkenaan sedang mengambil dokumen perubatan dirumah. Kejadian menyayat hati. Wanita mengandung meninggal dunia dalam kereta di parkir pangsapuri di Kota Damansara, Selangor selepas alami komplikasi dgn kandungannya itu. Ketika kejadian, wanita dan suami singgah ambil dokumen untuk ke hospital selepas dirujuk klinik berhampiran.
Kejadian menyayat hati.
Wanita mengandung meninggal dunia dalam kereta di parkir pangsapuri di Kota Damansara, Selangor selepas alami komplikasi dgn kandungannya itu.
Ketika kejadian, wanita dan suami singgah ambil dokumen untuk ke hospital selepas dirujuk klinik berhampiran. pic.twitter.com/ZWmzCZ9yFW
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 1, 2020
Difahamkan, wanita itu dan suaminya pulang sebentar ke rumah di Kota Damansara dari klinik selepas dia dirujuk ke hospital kerana mengalami komplikasi terhadap kandungannya. Suaminya telah naik sebentar ke rumah bagi mengambil dokumen penting sebelum turun dan mendapati isteri sudah meninggal dunia.
Usia kandungan sekitar 7 bulan. Pasangan suami isteri itu juga mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 1, 2020
Apa yang lebih menyedihkan, Usia kandungan sekitar 7 bulan. Pasangan suami isteri itu juga mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil.
Trending di media sosial semalam (28 Februari 2022) apabila viral sebuah video memaparkan kegembiraan sekumpulan pendaki Gunung Kinabalu melihat keindahan alam apabila secara tiba-tiba salji turun.
Anugerah istimewa yang dirasai oleh para pendaki itu telah membuatkan ramai warga net teruja. Lebih lagi Malaysia merupakan sebuah negara beriklim khatulistiwa.
Sudah tentu kejadian itu meraih perhatian warganet. Sementara itu, dari sudut perubahan cuaca ini, menerusi Facebook Majlis Keselamatan Negara WP Labuan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah memberikan penjelasan mengenai kejadian berkenaan.
Video Salji turun di Gunung Kinabalu
FENOMENA SALJI DI GUNUNG KINABALU SELEPAS 29 TAHUN
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan salji turun bukanlah suatu perkara mustahil di kawasan tanah tinggi seperti Gunung Kinabalu.
Menurutnya, keadaan berkenaan boleh berlaku apabila suhu udara mencecah kosong darjah Celsius selain terdapat kelembapan yang mencukupi.
“Kebiasaannya kita boleh melihat proses pembekuan dan hal ini adalah menghasilkan ketulan ais di permukaan batu-batu yang sejuk.
“Tetapi dalam keadaan tertentu salji boleh terbentuk apabila suhu sejuk di bawah takat beku dan kelembapan mencukupi selain keadaan angin yang agak perlahan di sesuatu kawasan.
“Suatu fenomena yang jarang kita lihat tapi boleh berlaku,” katanya menerusi video kenyataan media berkaitan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu, hari ini.
Terdahulu, pendaki dan malim Gunung Kinabalu terkejut selepas merasai pengalaman luar biasa melihat ketulan putih dipercayai salji jatuh dari langit ketika berada di kawasan Sayat-Sayat, dekat puncak Gunung Kinabalu, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, cuaca difahamkan sangat sejuk dan secara tiba-tiba kelihatan ketulan putih menyamai salji dilaporkan jatuh dari langit berhampiran puncak gunung berkenaan selama kira-kira dua minit.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.