Hidangan ayam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tanpa mengira peringkat usia. Rangup, pedas, pakej lengkap untuk ayam goreng spicy. Jika ibu bapa yang ada anak ramai, lebih jimat kalau boleh buat sendiri.
Pada zaman segala harga barang meningkat naik ini seboleh mungkin kita cuba berjimat-cermat apa yang patut. Solusinya ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual di restoran makanan segera. Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Yana ini.
Resipi Ayam Goreng Ala McD
Bahan-bahan:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
Bahan sadur:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
(Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
Ads
Rangup Sampai Ke Petang
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
Ads
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Kalau ibu-ibu suka buat kek, soda bikarbonat pasti tak asing lagi buat anda. Rupanya ia banyak manfaat bukan sekadar untuk kek, malah banyak lagi kegunaan lain.
Salah satunya adalah untuk melembutkan kacang kuda yang direbus. Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian daripada Ani Zam.
Tip ini bukan sahaja bantu kacang cepat dimasak, malah hasilnya lebih empuk dan cantik kejadiannya.
Selamat hari minggu
Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat di masak , empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan ogos haritu 😀😀😀
Dapat petua dari group ini juga cara2 utk merebus kacang kuda
Terima kasih sahabat2 🥰🥰
Caranya:
Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman , kemudian paginya cuci bersih , toskan …lalu masukkan ke dalam rice cooker ..tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
On kan suis…kalau tak on kang tak masak pulk kacang kudanya😅😅😅 masukkan setengah sudu teh serbuk bikarbonat of soda ( untuk mempercepatkan kacang empuk ) …bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit ..masak hingga kacang empuk.
Bila kacang telah empuk Offkan suis periuk , angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan… Sedia untuk di nikmati 😀😀😀
Hidangan nasi ayam penyet sangat popular dikalangan kita. Rasanya yang pedas dengan ayam goreng berempah serta ulam dan tempe goreng menjadikan menu ini pilihan ramai.
Apa kata cuba memasak hidangan ini dirumah. Cara penyediaanya tidak sukar. Rasanya memang lazat, memang boleh lawan masakan di kedai.
Ikuti perkongsian resipi ini
Siap Memasak …Nasi Ayam Penyet
Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa
Mengenang beberapa jenis kek yang biasa ibu kita masak, selain kek pandan dan kek belang tidak dinafikan kek marble juga menjadi antara pilihan kek yang digemari ramai pada zaman dulu. Walau dimasak dengan menggunakan bahan-bahan yang asas, namun keaslian dan keenakan rasanya tetap tiada tandingan.
Bercerita tentang kek marble ini juga, melalui satu perkongsian dari seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada dua orang anak ini, siapa sangka sewaktu kecilnya dahulu menggemari rasa kek marble dan kini dia sendiri boleh sediakan dan berkongsi resipi di laman sosial.
Untuk yang ingin mencuba membuat kek ringkas ini, jom semak resipi yang dikongsikanya ini.
Dahulu waktu kecil, emak selalu membeli kek Marble yang dijual oleh seorang pak cik di pasar. Kek Marble yang sederhana kecil untuk dimakan waktu Hari Raya. Itulah kek Marble yang paling sedap aku makan.
Mungkin menikmatinya kala kita tidak ada banyak pengalaman makan kek pelbagai rasa. Mungkin kerana kek itu dibungkus dengan kenangan zaman anak kecil. Jadi, kita akan bias terhadapnya. Segalanya mungkin. Namun , tetap kek Marble yang sedap rasanya.
Tak sangka sekarang aku boleh buat kek Marble sendiri yang aku rasa antara yang sedap. Jadi, apa yang membuatkan kek Marble itu sedap?
Bagi aku, kek itu tak begitu ‘crumbly’. Padat tetapi gebu pada masa yang sama. Ini bermakna proses ‘aeration’ berjaya dilakukan dengan sempurna. Dan, lembut ‘moist’ tidak terlalu manis. Tidak terhidu bau telur ada bau vanilla yang wangi serta rasa coklat yang sedikit pahit.
Inilah resipi kek Marble yang diadaptasi dan ubah suai sendiri.
1. Panaskan ketuhar setinggi suhu 170 darjah selsius.15 minit sebelum bakar.
2. Sapukan marjerin pada loyang. Adunan ini dapat hasilkan kek sederhana kecil sahaja . Saiz 6 inci bulat atau petak sesuai. (Aku gunakan loyang petak 8x3x3)
3. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Guna tepung halus (superfine). Kenapa perlu ayak? Tepung biasanya akan ‘terkumpul’ tidak berserak jadi jika tidak ayak akan menjadikan kek itu kematu, keras dan tidak gebu.
4. Potongkan mentega potongan kecil secara kiub (besar sikit daripada kiub ayam) memudahkan mixing nanti.
5. Putar bersama gula tadi selama lebih kurang 4 – 5 minit. Proses ‘creaming’ ini bertujuan melarutkan gula betul-betul. Dan, memasukkan udara (aeration process) dalam mentega dan gula. Proses ini akan menunjukkan adunan menjadi kembang, ringan dan lebih putih. Jangan ‘overbeat’ . Terlebih pukul akan menyebabkan terpisah lemak dan gula semula.
6. Masukkan telur satu demi satu (telur dikeluarkan awal daripada peti sejuk sekurang-kurang 15 minit untuk elakkan split batter). Masuk satu telur putar kemudian masuk sedikit tepung. Sesudu kecil untuk satukan semula dengan adunan. Masa ini mesin mixing jangan laju sangat. Tukar power kepada sederhana berbanding masa putar mentega gula tadi.(boleh laju selama 4-5 minit)
7. Sudah lengkap masuk semua telur tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Saya masukkan sesudu demi sesudu. Bukan sekali harung. Kenapa? Sekali lagi, untuk tidak cacatkan proses aeration tadi. Dah elok kembangkan telur dan mentega tetapi kita masukkan tepung sekaligus. It is a big no. Bubuh sesudu demi sesudu menghasilkan batter yang baik.
Ni aku belajar daripada siri Brittish Bake Off oleh chef terkena Chef Mary.
8. Dah habis semua tepung masuk , kacau tepi bawah hujung mangkuk supaya sekata.
9. Bahagikan adunan kepada dua adunan (dua mangkuk berbeza) Perlukan timbang elektronik kalau mahu buat kek ni. Bukan main agak-agak.
10. Untuk bahagian coklat adunan itu asing 1/4 sahaja. Mengapa? Coklat gelap sebanyak 50 gram itu kita telah cairkan dahulu (cara steam bath/microwave 1 minit) kita masukkan dalam adunan tadi. Dan, kacau. memandangkan kita sudah tambah coklat adunan itu akan bertambah amaunnya. Jadi, dua adunan menjadi sama.
11. Gunakan dua sudu/senduk (aku gunakan ice cream scope- boleh beli di MR.DIY, murah sahaja) untuk masukkan ke dalam loyang selang seli dan untuk dapatkan sempurna kejadiannya.
12. Macam mana nak ‘marble’kan? Tengok foto bawah. Yang itu salah satu cara ya. Banyak cara sebenarnya. Bukan gambar saya. Gambar daripada internet. Akhir sekali guna skewer/lidi/pisau kecil buat pusingan swirl ikut sesuka hati sendiri.
13. Bakar selama 30 minit api atas bawah. 25 minit sebelum 5 minit akhir boleh cuba tengok kemasakannya dengan mencucuk ke bawah. Jika tiada terlekat. Mungkin , sudah masak.
EKSTRA INFO
* Setiap ketuhar/oven ada emosi perangai sendiri. Mungkin cepat panas, atau lambat panas. Tidak sama. Engkau perlukan oven thermometer letak dalam untuk pastikan suhu yang betul.
* Kandungan gula sudah dibuang lebih 30 peratus untuk mengurangkan manis. Aku tidak suka kek terlalu manis.
* Resipi asal menggunakan Milk Chocolate tetapi aku tukar guna Dark Chocolate, Milk Chocolate sangat manis dan kurang kandungan coklat sebaliknya Dark Chocolate kurang manis dan lebih entiti coklatnya. Tidak, resipi ini tidak guna serbuk koko.
Selamat mencuba. Kek ini sedap dimakan bersama kopi pahit atau teh hijau. Kek orang-orang dahulu yang tidak perlukan krim manis. Nampak tak foto bawah tu. Sedap sangat. Alhamdulillah. Memang sungguh menikmatinya.