Cromboloni menjadi fenomena di media sosial. Manisan ini rupanya tidak ubah seperti roti bom dan disalut dengan pelbagai perisa leleh. Antara perisa yang menjadi kegemaran ramai ialah seperti coklat, pistachio, strawberi dan macam-macam lagi. Topping pula boleh ikut selera pelanggan.

Cromboloni atau dipanggil New York Rolls ini juga sangat sesuai untuk peminat hidangan viral. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba walaupun sekali seumur hidup. Harganya juga agak keras, jadi kalau hendak makan puas, jomlah kita buat sendiri. Boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Farisya Annisa ini.

RESIPI CROMBOLONI HOMEMADE

Resipi Cromboloni Homemade, Biasa Kalau Beli Mahal Sebab Viral, Buat Sendiri Puas Makan

Bahan-bahan:

250 gram tepung roti
1/2 sudu kecil Garam
20 gram marjerin cair
1 kuning telur
125 ml susu cair penuh krim
30 gm gula
1 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil garam
100 gm korsvet/pastri marjerin
Jem coklat coklat berlapis
Alatan khas, rolling pin

Biasa Kalau Beli Mahal Sebab Viral, Buat Sendiri Puas Makan

Cara membuat:

1. Sediakan papan leper kayu atau meja bagi membentangkan puff pastri.

IKLAN

2. Sapukan pada puff pastri di atas papa tersebut dan canainya perlahan-lahan guna rolling pin.

3. Apabila doh terasa mudah untuk dibentuk serta anjal, anda boleh mula membentuk cromboloni.

4. Potong pastri dengan memanjang dan lebar ikut cita rasa anda.

Resipi Cromboloni Homemade, Biasa Kalau Beli Mahal Sebab Viral, Buat Sendiri Puas Makan

5. Susun di atas satu persatu pastri yang anda potong tadi.

IKLAN

6. Gulungkan dari hujung ke hujung secara kemas dan cuba bentukan bulatan bola sehingga doh habis.

7. Sekiranya anda inginkan cromboloni yang besar boleh tambahkan sahaja gulungan pastri puff.

8. Susun pastri yang dibentuk tadi dalam loyang leper bulat.

9. Pukul kuning telur dan sapukan pada setiap pastri yang siap digulung tadi.

10. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.

IKLAN

11. Bakar cromboloni lebih kurang dalam 20-25 minit.

12. Setelah kelihatan warna keperangan dan masak, boleh terus keluarkan dari oven. Sejukkan ke suhu bilik.

Resipi Cromboloni Homemade, Biasa Kalau Beli Mahal Sebab Viral, Buat Sendiri Puas Makan

13. Apabila cromboloni sudah sejuk, bolehlah sapu jem kesukaan anda guna penyepit dan alat yang tajam untuk membuat rongga ditengah.

14. Masukkan jem tersebut ke dalam lubang dengan bantuan piping bag.

15. Cromboloni anda sudah siap! Bolehlah dinikmati bersama keluarga.

Sumber: Farisya Annisa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI