Hari-hari kita akan mamasak untuk keluarga sepanjang PKP ini. Menu yang disediakan bukan sahaja kita hendak pastikan menyelerakan bahkan sebaiknya biarlah menyihatkan.
Biasanya, kalau sebut makanan sihat mesti kita tergambar makanan tersubut dimasak secara kukus atau rebus.
Pun begitu, mengetahui lebih lanjut tentang makanan yang menyihatkan, apa kata kita fahami perkongsian di fb Kementerian Kesihatan Malaysia.
5 cara untuk anda menyediakan makanan dengan cara yang sihat.
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan lima kaedah makanan sihat di rumah untuk panduan anda semua.
Gunakan peluang berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan dengan menyediakan makanan yang sihat kepada orang yang tersayang.
Tentu kita akan rasa kecewa bila hendak menyediakan minuman kopi kegemaran keluarga namun bila dicedok serbuk kopi telah pun keras.
Hal ini terjadi disebabkan kemungkinan sebelum itu kita ada menggunakan sudu yang basah untuk menyudu serbuk kopi tersebut.
Ataupun, ada yang terlupa menutup kemas hingga menyebabkan serbuk kopi bertindakbalas dengan udara dan mengeras.
Jadi jika ini yang terjadi, apa perlu dibuat ye?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Nur Farina. Jom baca.
Bila Serbuk Nescafe Jadi Keras.
Nak buang sayang.Lagi pun benda bukan rosak tak boleh guna cuma dia keras sahaja.
Makanya saya dapatlah idea untuk masukkan air panas dalam botol Nescafe yang serbuk dah keras tu dan kacau Ssampai dia cair dan sejukkan.
Lepas dah sejuk saya bekukan dan pesan pada peminum Nescafe dalam rumah ni kalau nak buat Nescafe, amik cube pati Nescafe dari dalam tempat beku bancuh dengan air panas dan buatlah Nescafe kegemaran mereka.
Menyediakan menu asam pedas untuk keluarga perlu kesabaran ketika memasaknya.
Ini penting agar ramuan di tumis masak sempurna, pekat kuahnya dan berasa. Andai dibuat secara tergesa-gesa bimbang juga rasanya tidak sepertimana yang diharapkan.
Apatah lagi jika menyediakan asam pedas ayam, sebolehlah biarlah keenakan rasa asam pedas meresap hingga ke dalam isi ayam dan pastinya menambah keenakan rasa saat dijamah.
Bercerita tentang resipi Ayam Masak Asam Pedas ini, memang banyak resipinya. Lain orang lain caranya. Begitu juga dengan perkongsian daripada Har Ryea di page MAHN.
Boleh dicuba untuk dijadikan menu istimewa hari ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Jom semak apa ramuan yang digunakan olehnya.
Asam Pedas Ayam
Ayam (arini k.su masak 1/2 ekor jer)
Cili Kering-di rebus-dikisar
Bawang Besar 2 biji (sedang2)-dikisar
Bawang Putih 4 ulas-dikisar
Halia 1/2 ibu jari-dikisar
Kunyit hidup 1/2 ibu jari-dikisar
Lada Hitam 1 sudu besar-dikisar
Belacan-dikisar
Serai-di ketuk
Daun Kesum
Bunga Kantan (arini tak dapat bunga kantan)
Pes Asam Jawa (Adabi)
Garam & Ajinomoto
Cara memasak:
1. Panaskn minyak, masukkan serai yang dah di ketuk..biar sekejap..
2. Masukkan bahan-bahan yang dah dikisar….tumis sampai sedikit garing(naik minyak).. masukkan sedikit air dalam blender, kocak-kocak untuk tambah sebaaig kuah nanti..
3. Masukkan ayam pada rempah yang dah garing…curahkan air dair blender tadi..kacau rata..kuah agak-agak ikot banyak ayam…kalau yang suka cair, tambah jer air lagi..
4. Masukkan pes asam jawa kacau rata hingga kuah mendidih..
Buat kudapan anak-anak masa PKP ini, dengan hanya menggunakan mesin mini waffle aje.
Rasa waffle macam di kedai siap untul hidangan anak-anak.
Harga mesin mini yang murah memang berbaloi. Wanita ini kongsi resipinya.
MINI WAFFLE
Mesin waffle nie murah kat shopee. Comel sgt kejadiannya. Tak sangka menjadi waffle aku macam kat kedai fluffy helok!
Bahan-Bahan:
Butter cair satu sudu
Kuning telur 1
Garam secubit
Air 1 cawan
Tepung naik sendiri 1 cawan(pakai cawan sama)
1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan
Campur & kocak air & telur lepas tu baru masuk bahan yg lain sampai sebati
-nak bg fluffy – putih telur yg asing tadi tu pukul dgn gula(masuk satu sudu dulu), nnt masuk lg satu sudu, lepas tu pukul sampai dia fluffy. Campur dgn adunan lg satu.. okay siap utk bakar.
Sumber: Rashid Amiza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.