Resipi Kek Pandan Cheese Leleh Melimpah Ruah. Mudah Jer Versi Kukus & Sukatan Cawan Ni. Lembut, gebu & Sedap!

Share

Dengan cheese yang melimpah ruah, tengok gambar pun dah rasa terliur kan. Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh, biasanya beli. Kalau teringin nak belajar buat sendiri, boleh cuba resipi daripada Ariana Sofia Ahmad.

Hasilnya cukup lembut, gebu dan terlajak sedap. Anak-anak pasti suka ni.


Hari ni ariana nak share resepi untuk pengemar cheese.

Resepi Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah!!

Hihi, nama taknak kalah. Cara buat boleh tengok kat gambar. Full video cara masak ada kat wall ariana😊

Bahan-bahan

5 biji telur (Gred B)

3/4 cawan gula halus

1 sudu besar ovallete

2 cawan tepung gandum

1sk baking powder

1sk soda bikarbonat

1sk cream of tartar

1sk perisa pandan coconut

2sk pewarna hijau epal

5 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan utama kena ada

==========================

300g cream cheese

1 1/2 cawan whipping cream

1/2 cawan susu pekat

1/2 cawan susu segar

Cheddar cheese (diparut)

Cara membuat:

Masukkan telur, gula, perisa pandan, pewarna hijau dan ovallete

Mix sehingga sebati dan gebu. Tapi masih cair.
Masukkan minyak masak dan kacau laju dengan spatula
Masukkan adunan 1/2 bekas sahaja
Kukus 20 minit @ sehingga masak. Tutup bekas kek supaya air kukusan tak jatuh atas kek.
Pastikan kukus naik gebu macam ni. Nak tahu masak ke tak goyangkan bekas. Kalau tak cair maksudnya dah masak.
Terbalik terus daripada bekas dalam 10 minit
Potong di tengah-tengah kek dan ketepikan. Buat cheese pulak. Nak cepat sementara tunggu kek masak dah boleh buat cheese
Masukkan cheese, susu pekat dan whipping cream
Masukkan cheese dalam paipping beg. Taknak masukkan pun xpe. Simpan 1/4 dari adunan untuk buat lapisan cheese paling atas (cair).
Letak cheese atas kek yang lapisan bawah.
Letak pulak cheese bahagian atas kek. Jangan kedekut sangat cheese.
Parut cheddar cheese atas kek. Sampai melimpah ruah cheese tu
Bahagian dalam. Gebu yang amattt

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

 

 

 

 

IKLAN