Resipi kuih lopes gula Melaka versi cepat dan mudah, guna lemang segera. Kuih Lopes memang menjadi kegemaran ramai, apatah lagi apabila dinikmati bersama air gula melaka yang pekat dan harum. Sekali makan, pasti tak cukup sekeping dua. Keenakan kuih tradisional ini memang tiada tandingan.
Resipi Kuih Lopes Gula Melaka Versi Cepat & Mudah
Namun, ramai yang kurang berani untuk mencubanya di rumah kerana proses penyediaannya yang agak rumit. Pulut perlu direndam, dikukus dan disediakan dengan teliti, memerlukan masa dan kesabaran.
Tapi tak perlu bimbang! Saudari Myra Chaqkey ada berkongsi resipi Kuih Lopes Gula Melaka versi ekspres yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Hasilnya tetap sedap dan memuaskan hati. Jom cuba buat sendiri di rumah, pasti anda seisi keluarga suka!
Resipi Mudah Kuih Lopes Gula Melaka Versi Cepat
Bahan-bahan:
Lemang Nona siap sedia
Beberapa helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Santan kotak secukupnya
Gula Melaka
Air
Garam secukup rasa
Kelapa parut segar
Cara Penyediaan:
1. Untuk menyediakan air gula melaka, masukkan gula melaka, daun pandan dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut sepenuhnya dan kuah menjadi pekat mengikut citarasa. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam periuk yang lain, campurkan air, pek beras pulut, serbuk santan dari pek lemang, daun pandan, sedikit garam dan santan kotak.
3. Gaul rata semua bahan dan rebus selama kira-kira 45 minit sehingga air hampir kering.
Ads
4. Setelah masak, toskan lebihan air menggunakan tapis dan biarkan sejuk seketika.
5. Potong pulut yang telah sejuk mengikut saiz pilihan, kemudian salutkan dengan kelapa parut.
Ads
6. Akhir sekali, hidangkan Kuih Lopes bersama air gula melaka yang telah dimasak tadi.
Sangat mudah dan cepat! Anda tidak perlu bersusah-payah menyediakan pulut dari awal, tapi hasilnya tetap enak seperti kuih lopes tradisional. Selamat mencuba!
Dah kalau tekak melayu ni, pantang kalau tak nampak sambal, mesti tak rasa ‘kick’ bila makan. Yang magiknya, dari tak ada mood nak makan, terus ada mood silap-silap boleh menambah lagi dek penangan kesedapan dan kepedasan sambal tu!
Yang mana dok teringat-ingat sambal selalu makan kat tempat favourite, atau sambal mak selalu buat tapi nak dapat tu jauh la pula sampai kena rentas negeri, haaa cer buat sendiri guna resipi mudah hasil perkongsian Cikgu Afy di laman Facebook miliknya.
12 Kompilasi Resepi Sambal & Colek Cikgu Afy
Haa kalau nak berniaga guna resepi cikgu pun silakan. Cikgu halalkan. Sebab semua resepi konpem jadi dan memang meletup masa cikgu post dekat group masak tersohor tu. Ada juga resepi yang cikgu pecahkan masa dok buat jualan dulu-dulu.
Berikut 12 resepi yang cikgu kongsikan.
1. Sambal Belacan Kedai Siam 2. Ibu Sambal Kicap Awesome 3. Ibu Sambal Bilis 4. Sambal Pencicah Thai Daging Bakar Meraung 5. Air Asam Pusaka 6. Sambal Hijau Berlado 7. Air Asam Ketagih 8. Sambal Cili Kering Lakso Lemok Kelantan 9. Sambal Nasi Kak Vouge 10.Sambal Jantan 11.Colek Air Lada 12.Colek Buah
1) RESEPI SAMBAL BELACAN KEDAI SIAM
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
– 1/4 keping kecil nisse / gula melaka
– 1 labu bawang putih jeruk
– 2 inci belacan
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
Rahsianya nak hasilkan rasa serupa seperti sambal belacan kedai Siam, bawang dan belacan cikgu tak bakar macam sebelum ini.
Betul-betul sedap!
2) RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay.
3) RESEPI IBU SAMBAL BILIS
1. Bahan kisar :
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– segenggam ikan bilis goreng
– secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
2 . Panaskan minyak gorengan ikan bilis.
Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
3. Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar.
Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar.
Jadilah sambal pedas-pedas manja.
4. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
5. Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
6. Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
7. Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
8. Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
9. Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Cara simpan dan guna:
1. Selepas sambal sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Asingkan ikut kuantiti yang hendak diguna. Simpan dalam peti suhu biasa jika untuk kegunaan dalam tempoh seminggu dua. Simpan frozen untuk masa yang lama.
2. Sendukkan sedikit dengan sudu kering. Panaskan tanpa minyak.
3. Masukkan lauk (sotong/ udang ). Biarkan ia mesra dan keluar airnya.
4. Kalau sambal terlalu pekat untuk kegunaan lain, boleh tambahkan sedikit air serta penambahan garam gula ikut kesesuaian.
5. Tunggu lauk masak sekejap, terus tutup api.
Mudah bukan?
4) RESEPI SAMBAL PENCICAH THAI DAGING BAKAR MERAUNG
1. Sediakan bahan di bawah:
– 3 tangkai cili merah
– 4 tangkai cili padi hijau
– sehiris nipis halia
– 1 relung kecil nisse / gula melaka
– 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
5) RESEPI SAMBAL HIJAU BERLADO
Bahan kisar
A:
– 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
– 3 ulas bawang putih
– 7 ekor ikan bilis
– secubit belacan
B:
– 5 tangkai cili hijau
– dua genggam cili padi hijau
( untuk sambal rasa lebih kick)
Cara-cara:
1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)
2. Tumis bahan kisar A sehingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
3. Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
4. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
5. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.
6) RESEPI SAMBAL CILI KERING LAKSO LEMOK KELATE
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
– 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
– 1 1/2 sudu besar gula
– 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
7) RESEPI SAMBAL NASI KAK VOUGE
– segenggam kecil cili padi merah
– 5 tangkai cili kering ( dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1. Kisar dua jenis cili di atas dengan :
– dua sudu cuka
– sedikit air kosong
– 1 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/4 bawang Holland (dibakar seketika)
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
3. Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
4. Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
5. Sedia untuk dihidangkan.
8) RESEPI SAMBAL JANTAN
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– segenggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
9) RESEPI AIR ASAM PUSAKA
1. Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/ boleh bakar atas bara api.
– 4 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci belacan
– 6 biji bawang merah saiz bola ping pong
2. Sediakan lesung untuk menumbuk.
– Kupas bawang bakar.
– Sediakan beberapa tangkai cili padi
– 2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji
3. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
4. Perasakan dengan
– 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 3/4 sudu besar perencah Hilal
* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
5. Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati.
Siap!
Sesuai untuk dicicah bersama ikan tuka bakar.
10) RESEPI AIR ASAM MABELESS
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
– 3 tangkai cili padi hijau
– 3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
11) RESEPI COLEK AIR LADA
1. Kisar bahan di bawah hingga hancur lumat.
– 6 tangkai cili merah
– 2 labu bawang putih jeruk saiz kecil
– Sedikit air
2. Masukkan bahan kisar tadi dalam periuk.
Tambahkan 1/2 senduk cuka. Masukkan 1 gelas besar air.
3. Perasakan :
-1 senduk gula putih
– 2 sudu besar gula Melaka / sekeping nisse
– 1/2 sudu kecil garam.
* kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
4. Masak atas api perlahan. Kacau sesekali.
5. Tutup api selepas colek sudah beberapa kali mendidih dan cukup segala rasa.
6. Biarkan colek sejuk pada suhu bilik.
Kemudian tambahkan 1 sudu bijan yang telah disangai.
Sesuai untuk dicicah bersama keropok.
12) RESEPI COLEK BUAH
1. Sangai bahan di bawah hingga sedikit kekuningan:
– 1/2 genggam udang kering
– 1 inci belacan
* kemudian terus kisar udang hingga halus.
* nak pedas boleh tambah cili padi kisar.
2. Masukkan 2 senduk gula putih dan sekeping nisse/ gula melaka dalam periuk.
*Jangan buka api lagi*
3. Kemudian tambahkan 1 senduk besar kicap pekat.
Tambahkan pula 1/2 cawan kecil air.
4. Boleh buka api perlahan dan kacau.
Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
Juga sedikit belacan yang telah dibakar.
5. Masukkan untuk tambahan rasa iaitu 1 sudu besar penuh serbuk asam boi.
Juga 3/4 sudu besar asam jawa.
6. Akhir sekali, tambahkan 1/2 sudu besar cili flakes untuk seimbangkan rasa.
Kacau sebati semuanya.
7. Tambahkan bancuhan air tepung jagung. Masaklah sehingga kuah colek yang dikacau semakin memekat barulah ditutup apinya.
Perasakan dengan secubit dua garam.
8. Setelah kuah colek betul-betul sejuk, taburkan dengan kacang tanah tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Boleh follow fb cikgu untuk resepi lain yang semestinya menarik.
Selamat mencuba.
Sebagai ibu bapa yang bekerjaya, kehidupan harian kita memang dipenuhi dengan urusan pekerjaan. Bahkan, lebih banyak masa dihabiskan di pejabat. Justeru, tak punya banyak masa dengan anak-anak kecuali hujung minggu.
Jika ada masa terluang, apa kata ibu-ibu ajak anak memasak bersama. Selain mengajar mereka berdikari, aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan.
Jom buat snek ringkas bersama anak-anak. Ikut simple step ini, confirm diorang suka dapat hands on sendiri.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh saudari Hurun’Iin Malik .
Crispy pocket pizza
Bahan-bahan:
Roti tortilla
Ayam cincang (masak dulu)
Mayonis
Tomato sos
Mozarella cheese
Gam-tepung campur air.
Cara-cara:
1. Potong tortilla kepada dua. Lipat membentuk kon dan gamkan guna air bancuhan tepung.
2. Campurkan bahan ayam, mayonis sos tomato dan mozarella sebati masukkan ke dalam tortilla kon tadi dan tutup atasnya dengan gam tepung tadi.
3. Goreng dengan minyak sekejap saja setiap side sehingga garing keperangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini.
Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
PUDING OREO MILO
BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
150 gram gula pasir
8 keping biskut Oreo
2 sudu besar Milo
CARA MEMBUATNYA
1.Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
2.Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
4.Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
5.Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
6.Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
7.Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di