McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah mengembalikan semula McShaker Fries yang menjadi kegemaran ramai sebelum ini. Ramai peminat yang teruja namun pasti akan sold out.
Tak perlu kecewa, apa kata kita cuba buat sendiri McShaker versi homemade seperti dikongsikan oleh Rayyan Raaniya.
What!!! Mcd Mc Shaker Fries Da Keluar.No Worries.Buat Sendiri Sudahhhh 🤭🤭🤭
Bahan-bahan:-
1) FunFries
2) Gula Halus
3) Serbuk Perasa
4) Serbuk Cili
5) Paper Bag (Mcm Owg Juai Buh Ayam Seringgit Tuuuuuu)
Ads
Cara-cara :-
1) Goreng Fries Hingga Garing & Tos Kan Minyak Then Ketepi Kan
2) Gula 2 Sudu + Serbuk Perasa 1 Sudu + Serbuk Cili 1 Sudu = Gaul2 Kan Bersama (Ikot La Korang Nk Pedas Mana)
Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan selain rasa syukur dan berterima kasih buat Yang Maha Esa atas kurniaannya. 24 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat, bukan calang-calang orang yang mampu bersabar, namun kesabaran wanita ini akhirnya ternoktah dengan lahirnya zuriat yang dinantikan selama ini,
Ikuti perkongsian dari puan Fazilah Fazilah selepas lahirnya bayi perempuan yang dinantikan selama 24 tahun.
Penantian 24 tahun
Anugerah Terindah Penantian 24 Tahun …Syukur Pada Mu Yaa…Allah Melahirkan adalah pengalaman yg sangat luar biasa ….saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru kedunia…
Yaa…Allah berikan syurgamu utknya kerana dia adalah syurga dlm hidupku..24 tahun tempoh yg lama pelbagai ujian di tempuhi.
Doa penuh pengharapan
Usaha ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat…tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza …sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S …telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa.
Semua atas kehendakNya
“Sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurnialanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..
Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah ….bg pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya .
Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi di Hospital Besar Ipoh. …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat….kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah maqbulkan …
“Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan .. #di sebalik ujian ada rahmat #sabar itu indah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kutu beras ini membiak sangat pantas dan akan memakan isi beras. Jika tidak dihapuskan, akhirnya beras yang simpan akan menjadi hampas dan tidak boleh di makan lagi. Oleh itu, segera selamatkan beras yang disimpan daripada ‘serangan’ kutu beras ini.
Hal ini turut menjadi masalah kepada C’La SuRia dan dikongsikan di MAHN.
Pelbagai cadangan dan petua diterimanya bagi memgatasi masalah kutu beras tersebut. Dan ini antara yang menarik untuk dikogsikan.
Selain itu, ini cara lain yang mudah dan cukup efektif yang juga boleh anda lakukan.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hobi menjahit tidak semua orang perempuan sukakannya. Tapi bila ada skil menjahit, walau asas pun sudah memadai. Orang kata, lepaslah sekadar menjahit baju sendiri dan untuk anak-anak.
Untung sebenarnya kalau tahu menjahit ini, tak perlu fikir tentang berapa kos upah. Maklumlah bayaran upah jahit boleh tahan juga harganya. Malah ibu-ibu juga boleh berkarya untuk hasilkan design yang unik dan menarik. Tepuk dada tanya selera!
Ini sebagaimana perkongsian Anida di akaun fbnya, menghasilkan rekaan kain skirt yang cukup cantik dan menghasilkannya tidaklah terlalu rumit.
Jadi buat ibu-ibu yang ingin mencuba untuk menjahitnya, turut dikongsikan tutorial. Moga bermanfaat.
First time buat kain design ni, tak sangka ramai yang nak kan tutorial. Walau pun sibuk sangat time ni.. tapi demi kawan muka buku saya buat juga tuto yang tak seberapa ni. Ini cara saya tak tiru mana mana. Harap semua boleh faham lah ye…saya halal kan ilmu ni dunia akhirat- Anida Aliyas Anida
Kain bidang 45″ = 3 meter
Kain bidang 60″ = 2 suku @2.5 meter
Langkah demi langkah :
Pasti kan kain ni sebelah luar/ cantik. Mungkin kalau nak jimat kain buat lawan ira.
2. Jahit setengah inci.
Bila dah cantum begini lah kejadian nya
Langkah seterusnya
Saya susun ruffle bila dah siap cantum. Yang bahagian atas akan jadi macam tu nanti potong baig rata. Pasti kan kedudukan ruffle sama balance.
Potong bahagian atas bagi sama rata. Lepas tu jahit macam biasa la ye…