Kalau lalu kawasan roti, baunya yang harum membuatkan perut mula rasa lapar. Terbayang akan keenakannya. Asyik membeli je, apa kata ibu-ibu buat je sendiri di rumah.
Cukup mudah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan. Sekali buat terus menjadi. Sebelum puasa try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.
Semoga berjaya
. MEXICAN BUN
Bahan-bahan (topping) :
50g butter (lembut)
40g gula perang
1biji telur A
1sk esen vanilla
1sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
60g tepung gandum
10g tepung jagung
Ads
Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub) Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1jam. 2. Siap uli rehatkan selama 15minit.
3. Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag. 4. Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.
5. Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30minit. Letak topping atas. 6. Bakar pada suhu 170 selama 20minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu) SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gabungan rasa susu dan mangga yang masam-masam manis memang sangat menyegarkan. Teksturnya yang lembut lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk memang sedap.
Untuk ibu-ibu yang tengah berdiet tapi nak cuba puding mangga susu yang simple ini resipinya. Bahan-bahan pun mudah hanya menggunakan 3-4 bahan utama saja. Hasilnya pula sangat menarik, ala puding mangga KFC tapi lagi sedap!
Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi puding mangga oleh Puan Yang Ku Rodzmah ini.
RESEPI PUDING MANGGA SUSU ALA KFC. KURANG MANIS LAGI SEDAP!
Hari tu ada orang share resepi dadih susu yang viral.
Serius sedap makan sejuk-sejuk. Rasanya ala puding mangga yang dijual di KFC. Mungkin lagi sedap lagi sebab kita boleh olah ikut citarasa sendiri dan pakai pula bahan yang segar. Dah tentulah lagi uummpph hasilnya.
Ini saya sertakan bahan yang saya gunakan dan cara membuatnya langkah demi langkah.
Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air.
Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam.
Bila dah hancur agar-agar tu barulah letak susu kotak full cream 1 liter.
Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api ya. Tak perlu sampai gelegak sebab nanti susu tu tak cantik.
Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal.
Untuk topping tu saya cuma campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama Sunquick perisa mangga. Tak perlu masak, terus campurkan saja.
Ikutlah banyak mana nak guna, boleh agak-agak ikut kita nak manis macam mana.
Bila dah siap, inilah hasilnya. Mudah kan? Nampak warnanya pun menarik.
Khabar duka pagi ini apabila berita utama melaporkan seorang pelajar menghadapi tekanan belajar hingga mengakibatkan kematian.
Tular di media sosial, pelajar semester ketiga dari sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Kedah meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri pada Jumaat.
Menurut laporan astroawani, Pelajar perempuan berusia 22 tahun tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi di rumah sewanya di Merbok sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menggunakan ambulans.
Mangsa yang dikatakan mengalami tekanan, terjaga dari tidur pada jam 3 pagi dan sempat mengejutkan rakan serumahnya sambil mengalami sakit kepala. Dia yang menjalani rawatan di HSAH, bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang semalam.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian ini turut meluahkan rasa sebak kejadian itu.
Didakwa stres melampau
Dalam pada itu tangkap layar, beberapa perkongsian meluahkan rasa sebak dan bersimpati kejadian menimpa arwah Nur Natasya Ezreen
Al fatihah. Arwah dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat tetapi akibat stress yang melampau, tak cukup tidur, berlaku pendarahan dalam otak. Allahu ajal tak kira siapa. Please, in this critical situation, find someone for you to express ur feelings to. Please seek help 🙏🏻 pic.twitter.com/VmCQTVM6Nz
Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Selain itu, semak tip ini untuk penjagaan kulit wajah:
1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.
5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.
6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.
8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.
Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.