Bila rasa teringin nak makan pasta seperti spaghetti ataulasagna, tentu kita akan membeli sos pasta dalam tin.
Namun bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos pasta di rumah.
Asyik pakai yang dalam tin saja, apa kata cuba buat sendiri sos rasanya tentu sedap sebab kita guna bahan segar.
Sebagaimana perkongsian puan Izani Shadila di facebooknya, berkata resipinya sos pasta ini dipelajari daripada seorang chef. Memang rasanya sedap!
Hari ni nak share resepi homemade pasta sauce .Berbaloi buat sendiri, bahan pun mudah dan murah. Boleh jadi sumber pendapatan juga tau. Jangan tak percaya Firstly nak say thanks banyak-banyak pada guru saya, Chef Adrian yang ajarkan resepi ni. Worth to cook sebab as you can see, hasilnya dapat penuh satu bekas aiskrim ni. Mother of pasta sauce ni boleh buat masak pelbagai jenis pasta, topping pizza, lasagna of course my favourite mamma mia, roti sausage, dipp utk any artisan bread & pastries pun boleh. Resepi seperti di bawah. Saya halalkan untuk share ya.
1. Bahagian bawah tomato dikelar 4. Untuk mudahkan tanggalkan kulit nanti. (dalam video kelar atas, silap kelar pulak. sepatutnya bawah tau) 2. Rebus fresh tomato sampai lembut. Keluarkan dan toskan. Buang kulit. Simpan stock rebusan tu. 3. Dalam pan yg lain, panaskan olive oil. Tumis garlic dan onion sampai layu sikit. Tak perlu caramel sangat. Masukkan bay leaf. 4. Masukkan tomato, stock tomato dan tomato paste. Boleh hancur-hancurkan tomato tu tadi ya. Stock tomato tak semestinya semua ya. Masuk sikit demi sikit ikut nak pekat dia macam mana.
5. Masukkan bahan2 lain. Perasakan dgn garam, gula dan blackpepper course. Masak sampai color dah cantik, dah siap dah. 6. Boleh simpan dalam freezer/chiller. Anytime nak guna just defrost jer. *Nak blend kasar-kasar sikit pun boleh.
Kuih kalau dibuat dengan menggunakan daun pandan pasti harum bau dan cantik pula warnanya.Malah turut memberi rasa yang tersendiri, begitu juga jika menyediakan kuih donut pandan ini.
Menariknya resipi donut yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat bukan sahaja gebu malah enak.
Menurutnya hanya diuli dengan tangan, adunan yang cantik dan enak seperti boleh dihasilkan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...