Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok, pasti itu yang berlegar-legar di kepala ibu-ibu. Selagi tak habis open house memang agak pening kepala memikirkannya.
Apa kata esok ibu-ibu cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Kuah Dalca dan Acar timun. Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan.
Tak perlu bimbang kalau tiada beras basmathi kerana resipi yang disediakan oleh Puan Mizah Ngatiman ini hanya menggunakan beras biasa. Lebih mudah lagi, ada step by step. Senang buat anda yang pertama kali nak cuba masak nasi minyak.
RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN CEPAT.
LZ guna bahan bahan yang ada di rumah dan mudah penyediaannya. Step by step LZ letakkan di setiap pic ye. Di izinkan share ?
Cikgu cikgu yang balik sekolah nanti pun boleh cuba resepi ni ?
3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.
3. Masukkan susu cair.
4. Masukkan Sunquick. Gaul rata.
Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!
Ads
5. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa.
Bila dah masak, inilah hasilnya.
Tada!
RESEPI KUAH DALCA
Bahan-bahan
Tulang ayam
Santan pekat secukupnya
1 sudu besar serbuk kari daging – dijadikan pes
1 sudu besar serbuk kari ikan – dijadikan pes
Bawang merah – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Halia – ditumbuk
Lada merah besar – dipotong tengah
Daun kari
4 sudu besar kacang dhal – direbus empuk terlebih dahulu
Sedikit asam keping
Cara-cara
1. Tumis daun kari.
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan pes kari (serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air) hingga pecah minyak.
4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.
Ads
5. Masukkan dhal yang dah empuk.
6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung. Boleh tambah carrot dan kentang kalau suka.
7. Masukkan santan.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk.
Siap.
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan
Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap / separa masak
Lada kering*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Serai diketuk
Sedikit gula nisan / gula merah
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
*Bahan dikisar
Cara-cara
1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak.
Ads
2. Masukkan gula nisan, sos cili dan sos tiram. Bila semua dah sebati, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
3. Gaulkan ayam goreng tadi.
Siap!
ACAR TIMUN NENAS
Bahan-bahan
Nenas – dipotong
Timun – dipotong
Bawang – dimayang
Cili merah besar – dimayang
1 sudu besar Sunquick
1 sudu kecil gula pasir
Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk.
Gaul rata, siap!
MUDAH & SEDAP WALAUPUN GUNA BERAS BIASA
Kalau perasan, semua resepi LZ banyak yang simple dan mudah ja. Kadang tak cukup bahan pun sebab bila nak masak kita hanya pikir nak jimat masa janji sedap. Jadi pakai ja lah bahan apa yang ada di dapur masa tu. Nak lari pi kedai pun takdan dah ?
Mudah mudahan setiap resepi LZ kongsikan beri manfaat dan inspirasi pada semua surirumah dan wanita berkerjaya memudahkan idea memasak harian mereka.
Kadang kita fikir tak sempat masak, bahan tak cukup. Jadi makan kedai je lah. Namun, asben dan anak anak sebenarnya lebih berselera dan hepi kalau dapat merasa air tangan kita sendiri.
Jadi, masaklah apa seadanya asalkan sedap. No no excuse ?
Tip masakan:
Kalau yang suka lebih kuning bolehlah tambahkan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Tapi baunya memang wangi semerbak dan cukup menyelerakan!
Cukup mudah kan, ibu-ibu yang pertama kali nak cuba pun takde masalah kerana caranya sangat simple tanpa banyak bahan.
Jodoh itu misteri dan setiap antara kita apabila berjodoh dengan seseorang mahukan ianya kekal hingga ke Jannah. Namun jika takdirnya ada juga hubungan suami isteri terkandas di tengah jalan, masing-masing ingin mencari haluan berbeza.
Meskipun begitu andai masih ada jodoh tidak mustahil hubungan yang terputus bertahun-tahun lamanya, bertaut semula. Inilah orang kata, jika jodoh masih kuat.
Hal yang sama terjadi kepada bekas personaliti TV Datuk Ras Adiba Radzi yang kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhamed Azam Ali buat kali kedua. Perkahwinan ini berlangsung di dalam majlis serba ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.
Jodoh Masih Kuat
Ras Adiba berkata tiada lain jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini.
Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi.
“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut.
“Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.
“Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” katanya.
Rahsiakan Penceraian
Menurutnya lagi, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.
“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” katanya.
Pasangan itu sudah berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3. Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Mengimpikan kelihatan muda daripada usia sebenar tentunya ramai mahukannya. Lazimnya kita juga sedar untuk kekal nampak muda dan cantik, pastinya ada rutin penjagaan wajah harus diamalkan.
Selain penjagaan dari luaran, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan aktif bersenam juga turut mempengaruhi personaliti seseorang agar terlihat bertenaga seperti orang muda.
Melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan ini, mungkin ramai menganggap perlu belanja yang besar.
Namum tahukah anda pemilihan makanan berasaskan ulam-ulaman juga dapat membantu untuk kekal awet muda.Belanjanya cukup murah dan mudah disediakan.
Untuk itu, jom kita buat minuman yang istimewa ini yang dikongsikan oleh puan Sumaiyah Abdullah via MAHN.
Nak kulit sihat dan cantik semulajadi kan. Minum lah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.
Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan lah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.
Saya share resepi kat sini.
Daun pegaga 7-11 helai
1 gelas air suam
Madu atau raw cane sugar
Susu segar atau susu tepung(option)
Cara penyediaan :
Blend daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum. Amalkan jus ini sekali seminggu.
Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan.
Pilihan lain
Menyentuh tentang awet muda dengan ulam-ulaman ini, selain pagaga sebenarnya ada beberapa lagi ulam-ulaman jika dimakan juga dapat membantu untuk kekal sihat dan muda.
1. Ulam raja
Ulam raja antara ulam paling popular yang baik untuk membantu meremajakan kulit. Caranya mudah, basuh bersih dan boleh terus dimakan dengan nasi panas.
2. Selom
Daun selom antara yang mudah didapati. Malah harganya pun murah saja. Daun selom tinggi kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan. Rugilah siapa tak makan!
3. Jantung pisang
Jantung pisang sangat tinggi serat malah boleh elakkan masalah sembelit. Caranya perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimakna.
4. Kacang Kelisa
Setengah orang suka masak dan ditumis sebagai sayur. Tak kurang juga yang nak jadikan ulam sahaja. Yang pasti kacang ini kaya protein dan mineral.
5. Kaduk
Daun kaduk antara rahsia cantik bagi kaum ibu. Daun kaduk dikatakan baik untuk sakit pinggang, legakan selsema serta baik untuk melawas kencing. Jika tak mahu makan mentah, rebus dahulu dan kemudian barulah dimakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di