
Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok? Apa kata cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Daging Beriani memandangkan sudah ada daging di rumah kan.
Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan. Jom tengok resipinya!

– NASI MINYAK SIMPLE –
– 3 cawan beras basmathi
– 1/2 cawan margerin/planta
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 batang kulit kayu manis
– 3 biji buah pelaga
– 2 helai daun pandan
– garam secukupnya
– 1 kuib stok ayam
– Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
– 6 biji bawang merag
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
– bawang goreng
– daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

– DAGING BERIANI –
– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

– SELAMAT MENCUBA –
kredit: angah izan
–
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati-Hati Bila ‘Share’ Di Media Sosial, Takut Beri Kesan Pada Keharmonian Keluarga. Deep Pesanan Wanita Ini.

Keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Dalam membina sebuah rumah tangga sakinah dan mawaddah sudah tentu cara hidup bertunjangkan kesopanan dan tata tertib yang baik.
Namun sejak akhir-akhir ini segelintir keluarga semakin alpa dengan kehidupan sebegitu. Ada yang tanpa segan silu memaparkan kehidupan dan pandangan kepada umum tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini meluahkan rasa kebimbangan terhadap segelintir pasangan suami isteri yang hidup dalam persekitaran urban hingga lupa batas pergaulan dan etika ketika berbicara. Bimbang nanti jejas keharmonian keluarga.
Ikuti lanjut perkongsian wanita ini.

Sebelumnya saya terbaca lalu lalang di wall tentang rancangan temubual beberapa artis lelaki tentang keseronokan babak rogol.
Yang berbincang di sana semua suami dan bapak orang. Yang ada isteri. Dan ada anak perempuan.
Tapi tu lah. Orang lelaki ada yang memang otak dia begitu. Lucah memanjang. Kalau tak takdalah pakcik kaki dah reput, gigi tinggal 3 batang pun boleh buat kelakar lagi dengan jiran katil sebelah masa buat senaman.
“Saya ni kaki je tak kuat. Yang lain kuat lagi. Kahkahkahkah!”. Halaaaa…suka sangat. Tu kalau tersedak tu, mahu minta nyawa tu.
Tapi yang peliknya bila kita.
Perempuan. Isteri. Ibu.
Lalu di wall saya semalam. Seorang perempuan post pada kawannya yang lain. Gambar lelaki. Hanya bertutup daun keladi. Ada banyak gambar. Tapi saya scroll sebelum ternampak yang lebih huduh lagi.
Tak lama selepas kisah minggu lalu. Seorang ibu dan isteri post gambar artis lelaki korea di wallnya dengan emoji love bermata dua.
Tu kisah lepas beberapa bulan KJ dilantik jadi menteri. Bukan sikit ibu dan bini orang post senak dada, berdarah hidung, pecah ovari, tekak berkahak, halkum lekat, buasir.
Satu saja perkara yang boleh terjadi bila kita boleh rasa seronok post dan bercerita benda begini secara umum untuk dilihat orang.
Normalisasi.
Bila anggap ia biasa
Kita tak rasa benda tu memalukan.
Sedangkan dalam list ‘friend’ kita ada saudara mara, pakcik makcik, ipar duai, tok imam, ketua kampung, mertua, jiran dan mungkin juga anak kita sendiri.
Minat lelaki lain. Cakap benda lucah. Tengok aurat orang. Aurat sendiri juga. Semua benda aib. Yang patut kita malu. Dan kita tak bagi tahu orang. Tapi media sosial buat kita rasa normal benda tu. Semua orang buat. Apa salahnya kita pun buat.
Buat aksi pelik-pelik sebab itu adalah sumber nak bagi laku berniaga. Biasa.
Makan dengan suami orang sebab dia kawan yang lama tak jumpa. Biasa.
Borak dengan kawan lelaki dalam whatapps sebab dia kawan ofis. Biasa.
Puji lelaki lain depan pasangan sendiri. Biasa.
Anak-anak meniru ibu bapa
Biasa yang moga kita tidak lagi biasakan sebab anak-anak kita melihat kebiasaan ibu untuk jadi kebiasaan dia.
Paling sakit bila kita tegur anak-anak tapi anak-anak jawab, “Mak pun sama”.
Bila benar ibu adalah ibu, maka dia adalah guru dalam rumahtangga. Kadang asbab dia bukan anak-anak saja, suami pun juga boleh berubah sama.
Kalau…
Besar dan kuat pengaruh kredibiliti dia.
Sebagai perempuan, isteri, ibu.
3 perkara yang saya perhati bila dipelihara sebaiknya meningkatlah penghormatan diri seseorang wanita walau dia bukan siapa-siapa.
Akhlak.
Ilmu.
Malu.
Moga kita lebih bijak seiring usia.
Moga kita lebih matang seiring tua.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Ku Tak Rapat Pun Dengan Mertua, Biasa Je Sebab Sikap Introvert.” Tahu Kelemahan Diri, Rupanya Wanita Ini Ada Cara Buat Jadi Kesayangan.

Apabila mendirikan rumah tangga, selain perlu saling melengkapi dengan pasangan, sudah tentunya perlu menjaga hubungan yang baik dengan mertua.
Sudah tentu ada cabarannya untuk mengambil hati mertua. Apabila berjaya memenangi hatinya, sudah pasti menjadi menantu kesayangan.
Namun setiap kita ada kelemahan diri. Sebagaimana perkongsian wanita ini, yang mengakui dirinya seorang yang pendiam (introvert), tidak pandai untuk berbual-bual santai dengan mertua. Namun dia tetap cuba menambat hati mertuanya dengan cara tersendiri.
Bukan untuk menabik dada namun sekadar berkongsi bahawa menghargai mertuanya dengan membeli barang keperluan rumah termasuk membeli barang kemas. Katanya begitulah cara untuk memastikan hubungan baik dengan mertua.
Apa yang pasti, apa jua layanan yang diberi tujuan tetap sama untuk menghargai dan sayangi mertua sebagaimana kita lakukan kepada ibu bapa kita.
Jom kita lihat perkongsian ini.

Ku tak rapat pun dengan mertua , biasa-biasa je. sebab sikap introvert ni bukan di buat-buat pun. Bukan takleh nak paksa tapi bila paksa jadi stress sendiri. so aku pilih jadi diri aku sendiri je.
Aku tak banyak bercakap. dengan ipaq duai pun leh kira dengan jari aku bercakap.
Kalau dulu dengan abg ipaq ( abg papajul ), SSetahun sekali pun aku tak bercakap. Aku rasa macam tak pernah bercakap pun sepanjang 7 tahun,dengan isteri dia aku cakap laaaa.
Jadi diri sendiri
So aku jadi diri sendiri je. buat apa nak push diri untuk jadi tak selesa. Nak hidup dengan mak mertua lama lagi kan. Sampai akhir hayat nak kena tempuhi. Aku banyak diam je
Aku takde tiba pergi kat mak, “ makkkk mak sihat smbil picit-picit kaki “
Aku memang bukan menantu macam tu. Aku pun tak tau apa mak mertua aku fikir
tapi aku selalu fikir aku ni menantu tak guna jela.
Apa aku leh wat , aku tak pandai nAk mesra-mesra dengan orang. Tak pandai nak borak apa.
Akui kelemahan diri
Mula-mula kawin dulu ,aku tak langsung paez tinggal aku. Aku nangis kalau paez tInggal aku , sebab aku tak tau nak borak apa , menjadi tekanan untuk aku. Mamybe bagi orang lain mengada dan galak. Tapi tu lah hakikat.
Mak duk kat dapur aku duduk jela. Takde aku borak pun.
“ makkk pi pasar mana tadi ? “ “ makkk sayur segar naaa “ “ makk market dpn tu bukaa tak “ takde.
Aku tak pernah bercakap-cakap macam tu. Selalu aku dgr je abah cakap apa ,mak ckap pe
sahut skit2 ,gelak skit2. Pastu aku blah dok ruang tamu sorang-sorang.
Rumah mak paez banyak novel. Aku baca la novel sorang-sorang. Kalau ada paez aku ajak la paez teman borak. Kalau naik kereta sama2 pun. Aku diam je , paez yang borak banyak. Macam tu jela.
Aku jadi diri sendiri. Aku tak pernah pun tolong mak mertua aku masak kat dapur bukan aku tak reti masak ,kek , kuih , masakan2 smua aku reti masak. Kat umah ni paez nak makan apa aku masak. Aku tak pandai nak ala-ala pi tolong.
Selalu minta maaf, doa dan beri hadiah pada mertua
Tu aku cakap aku ni menantu hantuuuuuuu. Kalau mak datang umah ,aku masak
sehari 3 kali aku masak tapi aku kurang je bercakap. Aku pun takleh watpe dengan diri aku
dari aku stress balik umah mertua. Baik aku jadi diri sendiri ,so aku tak stress.
Dan asbab sikap buruk ni, aku selalu je minta maaf kat mertua. Minta maaf sangat mak , syukur jugak. Mak aku tak pernah cakap apa-apa. Tapi tak tau la hati dia macam ne , maaf ye makkk.
Dan aku selalu minta doa kat mak-mak aku mak ,mak papajul dan mak paez
dan semoga dengan rezeki Allah bagi mungkin aku tak boleh nak senangkan hati dengan sikap aku yang buruk ni.
Tapi aku leh memberi dengan hadiah jelah, tukar langsir mak, tukar sofa mak
tukar kapet mak, beli mak emas sikit-sikit, bagi tudung telekung.
Tu jela aku leh buat , untuk senang kan hati dengan sikap aku betul-betul minta maaf.
Nanti aku rasa kalau aku ada menantu. Menantu aku lak heran ,kenapa la mak mertua aku ni diam je.
Sumber: Nurul Diana
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayah Ni Kongsi Apa Dia Rasa Bila Marah-marahkan Anak!

Umumnya bila kita asyik marah-marah anak, bukan sahaja anak tertekan tapi hati kita juga tidak tenteram.
Ini sama kesnya dengan perkongsian pengalaman daripada seorang ayah ini. Pun begitu, dia cepat sedar dan terus berkongsi tindakan rasional yang perlu dibuat.
Jom semak perkongsian lanjut agar memberi manfaat.
Semalam aku rasa marah sangat kat anak aku. Boleh pulak dia tak tutup lampu kereta malam tu. Sampai ke pagi lampu tu menyala.
Pagi ni bila aku nak start kereta aku perasan lampu tu tak tutup. Mujur bateri kereta tak kong. Marah betul aku. Bila anak masuk kereta senyum-senyum, aku terus buat muka serius. Tarik muka semasam mungkin.
Aku tanya dia ‘Kenapa Syafi tak tutup lampu kereta malam tadi?!.. Bla.. Bateri boleh kong.. Bla.. Bla..’ Panjang aku bebel pagi tu.
Dia terperanjat. Dia menangis. Marah betul aku pagi tu. Dalam perjalanan aku senyap je. Dia pun senyap.
Tiba-tiba dia datang kat aku, ‘Papa, Syafi minta maaf, malam tadi Syafi masuk kereta, gelap. Syafi bukak lampu. Syafi nak ambil barang dalam kereta. Papa lupa bawak masuk rumah. Mintak maaf Papa..’ Dia kata kat aku.
Aku terus rasa bersalah. Istighfar panjang aku time tu. Memang semalam aku ada beli barang kat Tesco dan aku terlupa bawak masuk rumah.
Aku terus cium pipi dia. Benar aku belajar sesuatu hari ini.
Hari tu bila ada seorang bapak pukul dan dera anak dia sampai meninggal, kita bukan main marah lagi. Macam-macam kita kata kat dia, bapa durjanalah, bapak tak bertanggungjawablah.
Tapi, dalam masa yang sama, samada kita sedar ataupun tak, kita pun hari-hari tengah ‘mendera’ mental anak-anak kita.
Kita kena ingat dera ni bukan setakat fizikal je, tapi penderaan mental jauh lebih mendalam dan kesannya sangat panjang. Mungkin sampai akhir hayat anak-anak akan ingat penderaan mental ni.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa penderaan kanak-kanak ini, kita boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.
Kadang-kadang pagi-pagi buta, bila anak bangun lewat kita marah dia. ‘Itulah papa dah kata tidur awal malam tadi!’. Anak kita bangun dalam keadaan mood yang tak best sebab pagi lagi dia dah kena marah dah.
Lepas tu, bila dia siap lambat, kita marah lagi.
Sekali lagi dia kena marah.
Kat sekolah pulak kita pun tak tahu apa yang berlaku kat sekolah. Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah marah dia, bukan kita tahu pun kan? So, 3 kali dah dia kena marah.
Balik sekolah petang-petang, anak kita penat dah, entah macamana boleh pulak dia tertumpah air. Kita terus marah dia. Kenapa tak pegang betul-betullah, mata letak manalah. Terkapai-kapai anak kena marah time tu.
So, 4 kali dah dia kena marah.
Setelah penat satu hari kat sekolah, Maghrib tu boleh pulak anak kita tertidur kejap. Bila kita dapat tahu, apa lagi membebellah kita ‘tak baik tidur lepas Asarlah, kenapa tidur maghrib-maghriblah’. Macam-macam kita bebel.
Bila malam menjelang, anak kita nampak kita free, so dia pun datang nak berbual dengan kita, nak cerita pasal apa yang dia dah buat kat sekolah. Ada kawan barulah, ada cikgu barulah. Punyalah excited dia nak cerita dengan kita.
Yang kita pulak. Bila anak datang nak sembang, kita buat acuh tak acuh je. Henset kat tangan tak lepas. Dari pagi sampailah nak tidur henset jadi ‘teman setia’ kita, sampai anak nak cakap pun kita tak pandang.
Hiduplah kita ‘bertuhankan’ henset 24 jam.
Lepas tu bila anak kita cakap ayat ‘lebih baik aku jadi henset, mak ayah aku lebih menghadap henset berbanding aku anak dia. Tahu pulak kita nak marah kat dia, sedangkan hakikatnya itulah yang sebahagian kita dok buat hari-hari.

Sehari kita ada 24 jam, apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang lepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah, kita buang sekejap henset dan luangkan ‘quality time’ bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan menghadap henset. Ye tak?
Diakhirnya anak ini penat dan tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya, mak ayah dia ni sayang ke tak dia ni sebenarnya. Setiap hari, ada je yang tak kena kat mata mak ayah dia. Mesti ada saja salah dan silap mereka.
Budak-budak ni sampai keliru pada siapa mereka nak meluahkan perasaan, nak bercerita, nak mengadu. Bila nak bercerita kat mak ayah, mak ayah pulak buat acuh tak acuh.
Kalau nak tahu, ini adalah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan kanak-kanak kat Malaysia. Dan kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang perkara ni.
Dalam diam sebenarnya kita tengah dera batin anak-anak kita.
Anak Sebagai Anugerah
Ingatlah bahawa anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam.
Jom, kita sama-sama muhasabah dan ubah sikit tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita.
Bukan tak boleh nak marah anak. Sebab marah pun adalah salah satu proses pembelajaran.
Rasional Dalam Segala Hal
Cuma apa kata selepas kita marah kita rasionalkan pada anak kenapa kita marah pada mereka. Ini basic parenting skills yang perlu setiap mak ayah ada. Anak takkan berdendam pada kita kalau kita pandai rasionalkan mereka lepas kita marah mereka. Rasional ni bahasa mudahnya ialah kita pi pujuk anak kita lepas kita marah dia.
Kita tengok contoh mak ayah kita tahun 80an, 90an dulu. Lepas mereka marah atau tibai anak mereka dengan getah paip, malam-malam mereka datang senyap-senyap pi urut atau sapu minyak gamat kat anak dia, ye tak?
Yes, macam yang aku cakap kita kena buat alternatif untuk rasionalkan anak-anak kita. Hukuman atau apa yang kita marah adalah untuk kebaikan masa depan mereka.
Mak bapak kita dulu tak belajar tinggi-tinggi pun boleh faham parenting skills ni berbanding parent zaman sekarang yang belajar sampai PHD tapi tak boleh nak hadam benda asas ni.
Ok, mulai esok apa kata kita cuba ubah tabiat suka nak marah kita. Kalau anak bangun lambat, apa kata kita suruh mereka tidur awal dan buat persiapan awal agar tak kelam kabut esoknya.
Sebagai mak ayah, kita kena ada pelan kontingensi pada anak-anak kita. Kalau anak tak boleh guna plan A, kita guna plan B. Sebagai ibu bapa, kita adalah ‘pencorak’ kepada kain putih, iaitu anak-anak kita.
Berjaya kita mendidik di rumah, InsyaAllah di sekolah, di universiti ataupun dimana sahaja anak itu berada, dia akan menjadi yang terbaik, hasil didikan pertama ibu bapa mereka di rumah.
Mana-mana parent yang suka maki-maki anak, apa kata kita tukar makian itu kepada doa yang baik-baik kepada anak-anak.
Kalau kita suka maki anak b*d*h, ba**ang, apa kata kita tukar makian tadi kepada perkataan yang baik dan positif. ‘Pandai betullah anak papa!’ atau ‘bijak betullah anak ayah ni!’ walaupun time kita tengah marah. Kan doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab. Betul tak?
Jom kita sama-sama berubah. Status ini relevan buat diri saya dan sahabat semua. Sharelah kalau hangpa rasa status ni bermanfaat, ye.
Sumber ; Muhammad Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

