Kalau makan roti bakar sedap lah kan disapu dengan peanut butter tak pun perisa lain seperti coklat mahupun strawberi. Biasanya ini semua kita beli je di kedai. Apa kata kali ini ibu-ibu buat sendiri. Lagi menjimatkan dan paling penting terjamin kebersihannya selain dapat kurangkan penggunaan bahan seperti gula, garam dan minyak.

Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi‎ ini. Selamat mencuba!

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!Homemade Peanut Butter yang yummy untuk bekalan anak di asrama.. peanut butter yang dibuat sendiri ini insya Allah yang lebih baik sebab kita yang control ingredients nya.. kita boleh control penggunaan gula, garam serta minyak dalam peanut butter buatan sendiri.. biasanya akak sterilizekan dulu balang kaca yang nak diguna supaya peanut butter boleh disimpan lebih lama.. setakat ni peanut butter buatan sendiri ini boleh bertahan hingga satu bulan pada suhu bilik..

**********************************
Homemade Peanut Butter
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan2 untuk buat peanut butter:
* Kacang tanah
* Sedikit garam (saya guna garam buluh)
* Sedikit pemanis (saya guna madu.. boleh guna gula, stevia atau lain2)
* Sedikit minyak – optional (saya guna 2 sudu teh minyak zaitun untuk setiap 500g kacang tanah.. boleh guna minyak kacang, minyak jagung, minyak sayuran atau lain2.. Penggunaan minyak adalah sebagai stabilizer dan supaya menghasilkan peanut butter yang lebih halus dan tahan lebih lama).

Cara buat:
* Kacang dipanggang hingga masak.
Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

IKLAN

* Buangkan kulitnya.
Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

* Masukkan ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!
* Tambah garam, pemanis dan minyak (jika suka) secukupnya dan kisar lagi hingga halus.
Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

IKLAN

* Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang tanah yang dikisar kasar.

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

IKLAN

Untuk menyimpan peanut butter pada suhu bilik pada jangka yang lebih lama (dalam sebulan), syerilizekan dulu balang yang akan digunakan dengan cara ini:
* Rebus balang kaca bersama penutupnya. Biar mendidih selama 10 minit.
* Toskan balang kaca dan penutupnya.
* Balang kaca dimasukkan ke dalam oven dan dibakar selama 20 minit pada suhu 120-130 darjah manakala penutupnya dikeringkan saja.
* Biar balang sejuk dulu sebelum diisi dengan peanut butter.

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!
Homemade peanut butter..

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

Resipi Peanut Butter Homemade Yang Sihat Lagi Sedap. Bebas Bahan Pengawet & Tahan 1 Bulan. Begini Cara Buatnya!

Nota:
Untuk pastikan supaya peanut butter buatan sendiri tahan lebih lama, pastikan barangan yang diguna untuk menyediakan peanut butter seperti mangkuk, blender kering, sudu dan lain2 dalam keadaan kering. Pastikan juga tiap kali cedok peanut butter ini, guna sudu atau pisau butter yang kering.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI