Sebut sahaja emas, pasti orang perempuan paling teruja. Pantang ada promosi atau potongan harga,penuhlah kedai emas dengan pembeli.
Selain dijadikan perhiasan, emas juga boleh bantu waktu kecemasan. Lebih-lebih lagi jika dapat dijual dengan harga yang sangat tinggi.
Tidak hairanlah jika ramai kaum wanita yang gigih menabung untuk membeli emas kerana bila tiba masanya nanti mereka akan mendapat pulangan yang lumayan.
Seperti video yang dikongsikan oleh diyah_hasyim, seorang pengguna TikTok berasal dari Indonesia, menceritakan keuntungan yang diperoleh oleh seorang gadis yang bertindak menjual gelang emas yang dibeli oleh bapanya.
Bapanya beli emas pada tahun 1980 masa ini emas per gram Rp 70 ribu (anggaran RM20.60). Cuba kira berapa keuntungan dia guys!
Difahamkan, gelang emas itu bernilai Rp 70 ribu (RM20.60) per gram dan dibeli dengan harga Rp 2,250 (RM662). Kini, apabila dijual semula di kedai, harganya melonjak tinggi iaitu sebanyak Rp 20 juta (RM5,884)
Ads
Video itu telah ditonton lebih dari 2.2 juta kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.
Ada yang mengatakan bahawa harga emas itu sebenarnya bergantung kepada harga pasaran pada saat itu dan jika ingin membeli emas, beli di kedai yang memang sudah terkenal.
Tidak kurang juga ada yang menasihatkan untuk tidak menjual emas terlalu awal. Tunggu sehingga ia mencapai tempoh selama lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.
Siapa peminat sambal, perlu cuba kelima-lima sambal yang dikongsikan ini dan seterusnya menjadikan stok wajib ada di rumah. Ini memandangkan sambal ini sangat enak dan tidak dinafikan buat peminat sambal, lagi pedas rasanya bertambah power kenikmatan sambal tersebut.
Pun begitu, jika hari-hari hendak membuat sambal mungkin ada yang menganggapnya leceh. Jadi sebenarnya ada cara dan tip untuk pastikan sambal yang kita sediakan akan kekal elok untuk jangka masa yang panjang.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Afi AL Habibi yang cukup dikenali dikalangan peminat resipi masakan. Untuk itu, jom kita cuba buat 5 jenis sambal ini dan praktik beberapa tip yang diberikan. Selamat mencuba.
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu*)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan kismis dan sedikit bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
*atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas*
– 1/4 bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– semangkuk kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– secubit belacan
Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar.
Kacau sesekali.
Masukkan baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal masak dalam api perlaha
Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa.
Cikgu tambah secubit dua perencah Hilal.
Cikgu keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. Makan dengan nasi bungkus ni jadi sangat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Perubahan cuaca yang terlampau panas ketika ini memang begitu terik dirasakan. Cukup membahang jika berada lama di luar rumah.
Bahkan di dalam rumah pun kita berasa tidak selesa, kalau ikutkan hati mahu sahaja berendam di dalam bilik air.
Bimbang cuaca terik ini boleh jejaskan kesihatan keluarga, jom kita baca serba sedikit fakta kesihatan yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia. Semoga bermanfaat!
Mencari serba sedikit info kesan pada diri dan ahli keluarga jika berhadapan cuaca panas,
Rasa cuaca semakin panas, hujan semalam pun sekejap sahaja. Malam pun panas. Cuaca sehari dua ni lain macam panasnya. Mandi malam pun airnya suam panas. Tekak pula rasa kering dan haus. Anda hadapi apa yang kami rasai?
Jabatan Meteorologi Malaysia telah menyatakan kita sedang berada pada penghujung Fasa Monsun Timur Laut. Taburan hujan di Semenanjung Malaysia adalah rendah dan cuaca menjadi panas.
Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Banyakkan minum air, kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.
Di sini kami senaraikan perbezaan keletihan haba dan strok haba. Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba dengan mengamalkan seperti yang tertera di dalam infografik ini.
Simpan infografik ini atau share di profile anda. Jika kawan anda pengsan di waktu kepanasan ini, senang nak rujuk jika diperlukan nanti.
Dan juga, elakkan pembaziran air dan pembakaran terbuka. Ianya akan meningkatkan suhu dan kita mungkin akan mengalami masalah air nanti.
Setiap pasangan suami isteri sudah tentu ingikan hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting agar rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Namun nak bahagia ni kena tahu caranya. Setiap orang ada caranya tersendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh saudara Akhtar Syamir atau juga dikenali sebagai BroOhsem yang memilih waktu lewat malam untuk mengusap lembut ubun-ubun isterinya. Selanjutnya ikuti perkongsian beliau.
USAP LEMBUT UBUN KEPALA
Dalam jam 3 pagi semalam saya tersedar dari tidur. Ubun-ubun kepala saya diusap-usap lembut. Waktu malam yang gelap dengan hanya lampu malap dari luar rumah yang berjaya masuk disebalik tingkap, ditambah dengan suasana yang sunyi sepi dan sejuk mendatangkan rasa yang sangat selesa. Isteri saya yang tidur di sebelah sedang membuat apa yang saya biasa lakukan kepadanya. Baru hari ini saya tersedar. Sedangkan dia memang selalu buat kat saya sebelum ini. Perasaannya sangat tenang dan rasa selamat serta bahagia. Orang yang kita paling sayang di sebelah sedang menjaga kita dan memberi keselesaan walaupun di waktu kita tidur. Selalunya bila saya buat kat dia, dia akan tersengih seronok walaupun tidak 100% sedar. Semalam, saya pula yang tersengih sendirian. Belaian waktu tidur ini kami lakukan selalunya bukan untuk dia sedar, bukan untuk dia terjaga. Tapi untuk bercakap dengan diri sendiri. Menghargai pasangan dan meluahkan rasa cinta tanpa dia sedar.
Walaupun kami sentiasa berkomunikasi dengan baik, tetapi apabila meluahkan dalam hati dengan mengusap pasangan sewaktu dia tidur adalah satu moment yang istimewa. Ia membuatkan kira rasa terharu kerana adanya dia di waktu susah dan senang. Adanya dia yang sentiasa menggembirakan dan melengkapi kehidupan. “Cantiknya isteri aku ni. Kesian dia penat. Bertuahnya aku kerana dapat hidup bersama dia. Susahnya hidup kalau takde dia. Amannya dapat tengok dia tidur lena. Semoga aku dapat sentiasa menggembirakan dia. Tidurlah sayang.”
Itu yang saya selalu katakan dalam hati apabila membelai dia sewaktu dia sedang tidur dengan mata saya sendiri terpejam. Mungkin itulah juga yang dia fikirkan sewaktu dia buat benda yang sama kepada saya. Bertutur secara berhadapan itu sangat bagus. Kami sentiasa meluahkan perasaan dan isi hati sesama kami. Tetapi perasaannya tidak sama. Cubalah. Mungkin apa yang korang bisikkan dalam hati itu akan sampai dalam mimpi pasangan. Semoga kita semua sentiasa berbahagia dan saling sayang menyayangi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.