Kuih berasaskan ikan memang banyak dijual di Terengganu. Menu popia inti ikan rasanya rangup dan sedap pastinya digemari seisi keluarga. Memang susah hendak dapatkan kuih yang berintikan ikan, jadi boleh cuba resipu popia ikan ini.
Jika anda tidak pandai membuat karipap, sesuai sangat buat popia berintikan ikan ini. Gunakan kulit popia. Mudah sangat nak buat!
Resipi Popia Inti Ikan
Bahan-bahan:
5/6 ekor ikan
4 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1 sudu kecil halba
2 biji lada kecil – (resepi asal tiada cili. Boleh letak untuk beri rasa pedas)
1 kotak 200 ml santan
Rangup & Sedap, Boleh Ikut Resipi Ini, Mesti Jadi!
Cara membuat:
1.Rebus ikan dengan sekeping asam keping dan sedikit garam. Rebus sampai ikan masak. Ikan ini boleh sahaja guna ikan kembung, selar, selayang atau sardin. Ikut selera masing-masing.
2.Sambil menunggu ikan direbus, kisar halus bawang kecil, halia dan lada kecil.
Ads
3.Setelah ikan siap direbus, buang tulangnya. Ambil isinya sahaja. Hancur-hancurkan guna tangan.
4.Selepas itu masukkan isi ikan dalam kuali. Jangan isi minyak. Masukkan terus isi ikan, bahan kisar, halba dan santan.
6.Kacau sebati mengggunakan api sederhana. Ketika ini boleh masukkan gula 2 sudu kecil dan garam 1/2 sudu kecil. Masak sampai kering tapi jangan terlalu kering.
7. Apabila nampak sudah kering, tutup api. Biarkan sejuk dahulu.
8. Sudah sejuk, gulunglah popia inti ikan ini. Letak 1 sudu besar inti popia ini atas kulit popia. Gulung padat dan kemas supaya popia rangup sampai malam.
Ads
9.Gulunglah hingga habis. Untuk 5 ekor ikan, anda boleh dapat 15 hingga 17 popia.
10.Goreng dengan minyak panas yang apinya sederhana. Jangan guna api besar, nanti cepat sangat kulit popia masak dan cepatlah jadi lembik kulitnya nanti.
11. Apabila sudah nampak warna kuning keemasan, bolehlah angkat. Hidangkan.
Sebagai ibu bapa yang bekerjaya, kehidupan harian kita memang dipenuhi dengan urusan pekerjaan. Bahkan, lebih banyak masa dihabiskan di pejabat. Justeru, tak punya banyak masa dengan anak-anak kecuali hujung minggu.
Jika ada masa terluang, apa kata ibu-ibu ajak anak memasak bersama. Selain mengajar mereka berdikari, aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan.
Jom buat snek ringkas bersama anak-anak. Ikut simple step ini, confirm diorang suka dapat hands on sendiri.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh saudari Hurun’Iin Malik .
Crispy pocket pizza
Bahan-bahan:
Roti tortilla
Ayam cincang (masak dulu)
Mayonis
Tomato sos
Mozarella cheese
Gam-tepung campur air.
Cara-cara:
1. Potong tortilla kepada dua. Lipat membentuk kon dan gamkan guna air bancuhan tepung.
2. Campurkan bahan ayam, mayonis sos tomato dan mozarella sebati masukkan ke dalam tortilla kon tadi dan tutup atasnya dengan gam tepung tadi.
3. Goreng dengan minyak sekejap saja setiap side sehingga garing keperangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam Goreng 65? Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai resipi yang dikongsikan oleh Sheena ini.
Namun hakikatnya ayam goreng 65 ini cukup enak dan biasanya dimasak menggunakan pewarna untuk menampakkan ayam goreng terlihat kemerah-merahan.
Namun, melalui perkongsian resipi daripada Sheena ini cukup menarik perhatian bilamana penyediaan ramuan tidak menggunakan pewarna dan hanya rempah-rempah tertentu dan hasil gorengan ayam memang nampak cukup menyelerakan.
Nak tahu lanjut bahan-bahan yang digunakan, jom semak perkongsian daripadanya.
Hi kwn2… hari ni sy share recipe… CHICKEN 65 (tanpa pewarna). Biasanya kat kedai warna dia mcm merah2 sikit sbb add food colouring. Kalau nak letak colour blh jugak no problem…
Salt as needed
Masukkan 2sb tairu/yogurt (saya lupa add)optional)
1sb serbuk lada putih
Mix well
Tutup dgn aliminium foil atau masukkan dlm bekas kedap udara. Simpan dlm peti sejuk. Perap minimum 1jam maximum semalaman. Saya perap 4jam.
Selepas perap. Saya masukkan 2sb tepung jagung dan 1 sb tepung beras
Masukkan Daun kari
Panaskan minyak banyak sikit. Api slow biar minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5min. Apabila minyak betul-betul panas. Masukkan ayam dan naikkan api medium.
Lepas masukkan ayam. Jangan kacau untuk 2mins. Lepas tu pusing sebelah lagi dan biar 2min. Ulang step ni untuk seminit @2minit. Total masa untuk masak ayam ni dalam 5 to 7min je.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.