Nak sediakan minum petang apa hari ini ye? Apa kata cuba buat Puding Karamel versi Pandan. Cara yang simple tapi pasti membuatkan anda sekeluarga sukakannya.
Cerita petang ni..cuti sekolah kan..so, projek ibu pun berjalan laaa..nk p bercoti dok leh..jadi..ibu pn godek2 kt dapur buat puding kegemaran husband dan anok2😊
Sis olah resepi puding caramel biasa aje. Buat rase pandan plok. Sis bagi resepi kt bawah
Bahan-Bahan:
Telur 5 biji
Susu pekat manis (separuh tin)
Susu cair (separuh tin)
Air (1 tin..sis guna tin susu tu jer😁)
Perasa pandan
Pewarna hijau(nak blend daun pndan pun boleh)
Tepung kastard (2 sudu makan mambung)
2 sudu besar gula(untuk karamel)
Ads
Cara membuat:
Cairkan gula dalam loyang..kacau2 sampai perang. Letak tepi dulu(jangan bagi hangit,nanti rase pahit🥴)
Pecahkan telur semua..kacau sebati..
Masukkan susu pekat, susu cair..sebatikan
Masukkan perasa pandan.
Lepas sebati semua..masukkan air, tepung kastard..kacau lagi..sis guna garfu jer kepuk2 manje😅
Last step baru masukkan pewarna hijau.
Lepas tu tapis. Baru nanti rasa dia lembut.
Dah habis semua step ni..masukkan dalam loyang gula yang kita cairkan tadi..gula memang akan keras bila sejuk..tapi boleh dah siap kukus..dia akan rata macam biasa..so,boleh la kukus sampai masak..
Selamat makan2 dan selamat mencoba😉
Ps:
Ads
Alamak..lupe..whipping cream just tuk buh atas puding tu aje..nk suh rse lagi best😅
nak lg sedap..buh dalam peti..nyaman aje lalu iku tekak😁
Boleh dikatakan semenjak anak-anak melalui pembelajaran PdPR di rumah, kita sebagai ibu ayah telah membelikan handset untuk anak-anak.
Umum kita juga akui, bila handset sudah ada ditangan anak-anak, kita tidak terlepas dengan cabaran untuk memantau penggunaan telefon.
Jadi timbul juga kebimbangan di hati ibu ayah dan untuk itu ada baiknya lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Nisya Gomezs untuk mengawal penggunaan telefon.
Ini perkongsiannya.
Mak-mak dan pak-pak sekalian… Anak-anak ada handset sendiri? WAJIB!!! Install Google Family Link.
Boleh set kan berapa jam anak hadap handphone, boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk apps yang mana.
Selain dari tu, kalau anak-anak nak install apa-apa apps, depa akan cari kita untuk mintak permission. Kalau time ko p keje, mereput lah anak ko kene tunggu ko balik keje. Tetap ada peranan parents kt situ.
Kalau anak-anak yang dah besar sikit, app ni boleh trace anak dok belah mana. Dan, boleh bips suruh dorg balik. Sebab, once kita set keloi depa, hp dorg autolock. Kene jumpa mak pak balik lah untuk buka password. (Password jangan kene hacked sudahlah. Huhu)
Banyak lah boleh dilakukan dengan apps ni.
Dannn…. kalau ko panggil anak, anak buat-buat tak respon, ko set kn “locked phone”. Automatic dia akan turun cari mak/ayah dia sendiri tanpa di panggil.
Hahahaha
Sumber : Nisya Gomezs
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak pandemik melanda dunia, ramai mempunyai kesedaran untuk menabung setelah ramai yang hilang pekerjaan. Ketika ini, duit kecemasan enam bulan atau tabungan amat berguna untuk ketika terdesak.
Selain menyimpan wang di bank, ada juga cara lain untuk displinkan diri menabung. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri.
Beliau menjelaskan ramai dikalangan masyarakar tidak memahami konsep asas simpanan. Sebaliknya hanya menyimpan apabila ada lebihan wang.
Nak tahu lanjut, ikuti 6 teknik menyimpan cara yang betul.
Simpan Dulu, Kini dan Selamanya : Teknik Menyimpan
Sejak kecil lagi kita biasa mendengar pepatah mengenai kepentingan menyimpan iaitu “Simpan sikit-skit, lama-lama menjadi bukit”. Sepatutnya aktiviti menyimpan ini telah menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian kita.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita sebenarnya tidak memahami konsep asas simpanan.
Bagi kebanyakan orang, mereka akan menyimpan apabila mempunyai lebihan wang. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mempunyai lebihan wang pada akhir bulan (sebelum terima gaji yang baru).
Menurut laman sesawang 20somethingfinance.com, empat negara yang mempunyai kadar simpanan peribadi (personal savings rate) yang tinggi pada tahun 2013 adalah Perancis (15%), Australia (11.1%), German (9.9%) dan Sepanyol (9.1%) dan sumber maklumat ini dipetik daripada Laporan Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Laporan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati purata kadar simpanan isi rumah di Malaysian antara tahun 2006 sehingga 2013 adalah pada kadar 1.6%. Ini menggambarkan bahawa rakyat Malaysia kurang menyimpan, tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dan ianya adalah sesuatu yang membimbangkan.
Berikut dibincangkan beberapa teknik yang boleh membantu anda dan keluarga untuk membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan dan kecemasan. Setiap teknik mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pilihlah teknik yang sesuai dengan kemampuan dan keselesaan kedudukan kewangan anda.
1.Teknik Pemotongan Automatik (Auto-deduction)
Teknik ini melibatkan arahan pemotongan automatik sebahagian daripada wang yang diterima (pendapatan) untuk tujuan simpanan. Dalam bahasa yang mudah ialah buat potongan atau tolakan sejurus selepas gaji diterima. Ini bermakna pada setiap tarikh gaji diterima sejumlah amaun akan dipotong untuk tujuan simpanan dan teknik ini juga dikenali sebagai teknik tanpa sedar. Teknik ini menyarankan anda untuk mempunyai dua akaun di mana akaun pertama untuk menerim gaji atau pendapatan manakala akaun kedua untuk tujuan simpanan. Sebagai contoh anda membuat potongan dalam amaun yang sama setiap bulan untuk simpanan di tabung haji atau akaun simpanan yang lain. Anda mempunyai pilihan sama ada pemindahan duit secara online atau arahan pemotongan automatik kepada bank. Ada sesetengah majikan menyediakan kemudahan potongan gaji untuk simpanan di akaun Tabung Haji dengan hanya mengisi borang buat pertama kali dan potongan akan dibuat terus daripada akaun gaji mereka ke akaun Tabung Haji.
2.Teknik Paksa Rela
Teknik ini biasanya digunakan oleh mereka yang sukar untuk menyimpan atau tidak berdisiplin dalam menyimpan. Melalui teknik ini, seseorang perlu membuat pinjaman atau pembiayaan peribadi dengan bank. Kebanyakan teknik ini digunakan oleh mereka yang membuat pinjaman atau pembiayaan ASB (Loan ASB). Setiap bulan seseorang terpaksa memperuntukkan sebahagian gaji yang diterima untuk dibayar kepada bank (biasanya amaun yang sama setiap bulan) bagi satu jangka masa tertentu. Bayaran yang dibuat ini sebenarnya ialah simpanan mereka. Jadi tiada alasan mereka tidak boleh menyimpan lagi.
3.Teknik Duit Syiling
Teknik ini sesuai untuk mereka yang tidak suka menggunakan duit syiling untuk membuat pembayaran. Alasan yang biasa diberikan ialah berat dan dompet mereka tidak mempunyai ruang untuk menyimpan syiling. Maka duit syiling berterabur di merata tempat baik di rumah atau pejabat. Teknik ini menyarankan anda untuk mengumpul dan mengasingkan duit syiling mengikut nilai iaitu 1 sen, lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Anda mempunyai pilihan sama ada mengumpulkan semua jenis duit syiling tersebut dalam satu tabung khas atau sediakan lima tabung berbeza mengikut jenis duit syiling dan tabung tersebut perlu dilabelkan. Setiap kali berbelanja dan ada lebihan, masukkan duit syiling tersebut ke dalam tabung.
4.Teknik Sampul Surat
Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bajet di mana ianya menyarankan anda untuk membuat peruntukan perbelanjaan bulanan berdasarkan sampul surat. Pertama anda perlu ketahui berapa peruntukan yang akan diagihkan untuk setiap item perbelanjaan misalnya perbelanjaan untuk makan minum (RM400), bayaran utiliti (RM200), bayaran pinjaman (RM1,000), simpanan (RM300) dan perbelanjaan keperluan anak (RM400). Seterusnya pada setiap sampul surat itu anda perlu letakkan label item perbelanjaan tersebut. Sekiranya pada akhir bulan tersebut ada lebihan daripada mana-mana perbelanjaan, anda boleh salurkan lebihan tersebut kepada sampul surat “simpanan”. Agihan peruntukkan juga boleh dibuat mengikut warna sampul surat.
5.Teknik Duit Ganjil
Teknik ini menggalakkan seseorang untuk menyimpan wang kertas yang mempunyai nilai wang yang ganjil iaitu RM1.00 dan RM5.00. Setiap kali anda berbelanja dan mempunyai baki wang, pastikan wang kertas tersebut diasingkan dan dikumpulkan sama ada di dalam album atau sampul surat. Andai kata anda menyimpan RM1.00 sehari, dalam masa sebulan jumlah simpanan yang terkumpul adalah sebanyak RM30.0 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM365.00. Sekiranya dalam masa seminggu anda dapat mengasingkan RM5.00, maka sebulan jumlah yang terkumpul adalah sebanyak RM20.00 dan setahun anda dapat menyimpan sebanyak RM260.00.
6.Teknik Warna Duit (Wang Kertas)
Teknik ini menyarankan seseorang untuk membuat simpanan berdasarkan warna wang kertas. Anda boleh mengasingkan wang yang diterima atau membuat simpanan berdasarkan wang kertas iaitu warna biru (RM1), warna hijau (RM5), warna merah (RM10), warna oren (RM20), warna biru laut (RM50) dan warna ungu (RM100). Wang yang diterima bolehlah diasingkan mengikut warna tersebut dan sekiranya salah satu warna itu menjadi warna kegemaran anda maka ianya lebih mudah memotivasikan anda untuk menyimpan.
Berapa banyak wang yang boleh disimpan bukanlah menjadi ukuran dan juga bukan alasan untuk tidak menyimpan. Simpanan boleh dimulakan dalam jumlah yang kecil dan yang paling penting adalah disiplin dan konsisten dalam menyimpan. Selamat menyimpan dan menabung.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila bercakap tentang petua memasak, nyata begitu banyak untuk disenaraikan. Terasa rugi pula jika tidak diwariskan kepada anak-anak kita.
Umpamanya petua untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang tidak melekat di kuali. Meskipun sekadar menggoreng ikan, percayalah kalau tidak kena gayanya ikan yang digoreng akan melekat pada kuali dan itu akan memberi kesan pada tekstur masakan kelihatan tidak menarik.
Jadi ada baiknya amalkan petua yang dikongsikan oleh Ameera ini untuk pastikan ikan digoreng bukan sahaja teksturnya cantik sempurna malah rasanya juga enak.
Langkah 1 : Panaskan minyak untuk menggoreng ikan.
Langkah 2 : Masukkan 5-6 keping asam keping ke dalam minyak panas tersebut.
Langkah 3 : Kemudian masukkan ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit.
Langkah 4 : Goreng seperti biasa dan hasilnya ikan tidak melekat di kuali dan rasanya enak, tidak hanyir.