Roti bakar antara menu yang wajib dinikmati jika menjamu selera di kopitiam. Minum pula dengan kopi panas, memang ‘terangkat’ habis. Sesuai dinikmati untuk sarapan pagi mahupun minum petang.
Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ini. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar sahaja di dapur, kalau buat macam ini tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom cuba buat!
Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich
Sekaya (boleh guna sebarang jenama)
Mentega
Sedap Makan Waktu Sarapan & Minum Petang
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.
Ads
2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap.
3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.
4. Susun potongan mentega di atas roti.
Ads
5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.
6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.
Ads
7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum sering digunakan secara meluas sebagai bahan perasa di dalam masakan. Selain itu, terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang turut optimalkan sebagai ubat untuk mencegah penyakit.
Oleh itu, bawang putih sering digunakan dalam masakan. Bahkan bagi yang sibuk akan memastikan bawang putih dikisar untuk di buat stok.
Namun untuk menyimpan bawang putih supaya khasiatnya kekal, ada caranya. Sebagaimana petua yang dikongsi oleh saudara Khabbab Jamalludin supaya tahan lama dan tidak berwarna hijau.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali. *saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza **siapa ada cara lain yang lebih baik, cadangan penambah baikan sangat saya alu alukan
Terima kasih semua untuk yang bagi tambahan, alternatif atau penambahbaikan.
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni : -IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah. -SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila ! -BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Apa apa pun saya amat menghargai tambahan info, pembaca boleh baca diruang komen dan pilih kaedah mana yang berkenan dihati.
Peminat Kuih Koci Pulut Hitam Atau Koci Labu, Versi Tak Perlu Kukus Ni Memang Wajib Buat!
Bila berbuka puasa tak lengkap rasanya kalau tidak dijamah kuih muih tradisi sebagai juadah pencuci mulut. Bahkan ada juga antara kita yang terbiasa berbuka dengan kuih muih terlebih dahulu untuk alas perut, dan usai solat Maghrib barulah menikmati juadah utama.
Menyentuh tentang kuih muih yang dicari-cari di bulan Ramadan ini, antaranya adalah kuih Koci Pulut Hitam dan juga Kuih Koci Labu. Keenakan menikmatinya setelah seharian berpuasa memang menepati selera sesiapa sahaja.
Jadi jika sebelum ini anda membelinya di bazar Ramadan, apa kata kali ini anda sediakan dari air tangan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Diena Anilda yang suatu masa dahulu turut pernah berniaga kuih koci ini sebagai sumber pendapatan buat keluarganya.
Kuih Koci Pulut Hitam
Inti 200++ biji
1500 gm Kelapa (Lebih kurang 4 biji kelapa)
370 gm gula merah
1kg gula
6 cawan air
6 helai daun pandan
2 sudu kecil garam
10 sudu tepung gandum(akhir sekali untuk bagi sedikit kental)
Cara-caranya:
1.Masak gula merah dan air sehingga larut. Tapis guna tapis kain.
2.Masak semula gula merah yang sudah ditapis bersama gula pasir, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula pasir larut.
3.Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.
4.Bila tolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan berbuih-buih didasar kuali, maksudnya inti dah nak kering dan boleh masukkan tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.
5.Tutup api. Siap
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Doh Pulut Hitam 50++biji
500 gm tepung Pulut
2-3 sudu tepung Pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar dan diayak)
Santan cair/Air (Untuk uli)
Doh Labu 50++biji
500 gm Tepung pulut
500 gm labu (direbus dan dilecek)
Santan cair/Air(Untuk Uli)
Cara-caranya:
1.Masukkan air/santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
2.Ambil inti dan masukkan dalam doh. Bulat-bulatkan. Gris loyang dengan sedikit minyak.
3.Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.
4.Kalau sudah timbul, angkat doh dan terus gaul di dalam dadih santan yang telah dimasak.
5.Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api. Siap.
Dadih santan
200gm kelapa parut (Blend dengan 2 liter air, kemudian tapis)
10 sudu tepung beras
10 sudu tepung jagung
3 helai daun pandan
Garam & Gula secukup rasa
Cara-caranya:
1.Kisar Kelapa dan air.Tapis guna tapis kain.
2.Masukkan tepung beras dan tepung jagung.Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.
3.Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yang wangi.
4.Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
(Dadih santan kene pndai adjust ye..jangan cair sangat..jangan pekat sangat. Kalau tercair.. bancuh sedikit tepung beras dan air..tapis masukkan dalam dadih. Kalau pekat tambah air panas, masak sampai dadih plupp..plupp..plupp..untuk tahan lama.
Untuk dadih ni saya tak ada sukatan yang betul-betul tepat..ikut seni tangan masing ok..)
Tips:
1.Kacau doh yang dah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.
2.Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh di dalam air. Sebab bila doh dah masak kena terus masukkan dalam santan. Kalalu tidak nanti melekat-lekat.
3.Setelah inti siap dimasakkan.Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah agak sejuk dan beku. Keluarkan dan bulat-bulat kan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti ke dalam doh. Tak melekit-melekit dan kerja jadi cepat.
4.Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, saya timbang inti 10gm dan doh 20gm setiap satu. Leceh tapi berbaloi.
Bila tiba waktu minum petang pastinya anda terfikir-fikir snek apa yang sesuai untuk dimakan. Jangan pening, kuih batang buruk ini sangat sesuai dijadikan snek.
Bukan sekadar kuih raya biasa, batang buruk juga sangat sedap kerana teksturnya yang rangup dan tidak terlalu manis.
Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Miera Rayyan sangat unik dan lain daripada yang lain kerana menggunakan kacang peas hijau sebagai bahan tambahan dalam membuat kuih ini. Jika anda sukakan keunikan, boleh cuba resipi ini.
Batang Buruk Kacang Peas Hijau
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Sangai dulu serbuk kacang peas untuk tahan lama dan hilang sikit bau peas yang kuat tu.
– Gulung kulit popia dan potong kecil-kecil. Gorengkan sehingga masak.
– Salutkan kulit popia yang telah digoreng tadi dengan bahan serbuk.