Resipi roti pisang rangup cepat disediakan. Hanya dalam masa 15 minit siap untuk dinikmati. Sesuai disajikan untuk sarapan dan minum petang. Makan panas-panas memang sangat sedap!
Kalau mak-mak sudah tepu nak sediakan menu sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga, apa kata cuba menu berasaskan roti pula. Resipi roti pisang rangup ini lebih enak dinikmati bersama aiskrim.
Boleh cuba resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz ini memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.
RESIPI ROTI PISANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)
Ads
15 Minit Dah Siap Masak
CARA MEMBUAT:
1. Sapu marjerin di atas roti.
2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.
3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.
Ads
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.
Ads
6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.
7. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Bila musim durian tiba maka di merata-rata tempat akan kelihatan ramai peniaga menjual buah durian.
Bagi peminat raja buah ini memang tak sah kalau tak membelinya. Selain sedap dimakan begitu sahaja, buah durian juga boleh diolah menjadi pelbagai resipi yang sedap dinikmati.
Antara resipi berasaskan buah durian yang sering mendapat tempat di hati peminatnya adalah Serawa durian, Durian crepe, Bingka durian, kek durian dan macam-macam lagi.
Serawa durian atau ada juga yang memanggilnya kuah durian antara menu olahan raja buah yang sangat popular. Tak sah rasanya kalau musim buah durian kita tak masak menu ini.
Ia biasanya sedap dimakan bersama pulut, roti jala, roti putih, serabai, lempeng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.
Walaupun cara memasak Serawa Durian ini mudah sebenarnya tetapi tak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan hati di mana kuahnya pekat, likat dan rasa manis sedang elok.
Jom kita belajar cara masak Pulut dan Serawa Durian dikongsi oleh Roslinda Abd Hamid.
Bahan-Bahan:
Isi Durian – dari 2 biji durian
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 1/2 ketul gula Melaka
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Cara menyediakan:
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Bagi anda yang suka memasak menggunakan santan kelapa asli, tentunya pakar untuk membezakan rasa hidangan yang dimasak dengan berasakan santan.
Dikatakan, rasa santan kelapa yang diperah lebih berlemak dan segar rasanya. Jadi tidak hairanlah, walau banyak produk santan dipasaran, namun santan dari parutan kelapa tetap jadi pilihan utama.
Pun begitu memastikan santan yang diperah pekat hasilnya, ada tips dan teknik yang boleh dilakukan oleh anda. Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Yatie Eimra.
Tip Perahan Santan Pekat/Kepala Santan
Kalau beli santan dah siap perah, selalunya jadi sakit hati jer.. Macam pekat, tapi ramai penjual campurkan tepung dalam santan nak bagi nampak pekat. Bukan setakat santan kurang lemak, tapi sesetengah tu ganggu gak rasa & hasil masakan.
Walaupun boleh jer perah sendiri, tapi kekadang nak cepat tu, beli la gak santan dah siap perah. Tapi last² kena perah sendiri gak baru puas hati.
Untuk masakan yang perlukan santan pekat, memang saya buat macam ni jer..
Ni cara yang mak saya ajarkan untuk dapatkan perahan santan pekat. Alhamdulillah, sejak dari zaman sekolah dulu sampailah sekarang saya masih gunakan cara mak.
Mungkin ramai yang tahu untuk dapatkan santan yang pekat, kena gunakan air panas² suam & gunakan blender.
Kalau guna air terlampau panas (air panas menggelegak) boleh sebabkan santan pecah minyak.
Nisbah air
Samada gunakan air panas & air masak dalam anggaran 1 : 1 ataupun kalau korang simpan kelapa parut dengan cara frozenkan, boleh gak guna air panas & air masak dalam nisbah 2 : 1 (supaya tak terlampau panas & dalam masa yang sama kelapa parut tu jadi suam² sikit). Air kena suam² sikit supaya santan lebih mudah diekstrak/diperah.
Air panas² suam tadi dituang sikit² je dalam bekas berisi kelapa parut, ramas kelapa parut agar sekata. Kemudian bahagi kelapa parut pada 2 bahagian.
Ini Rahsia Dapatkan Santan Pekat
Ambil 1 bahagian, masuk dalam blender, tambah air suam sikit² (sampai boleh blend jer). Perah/tapis santan tadi.
Blend 1 lagi bahagian kelapa parut. Tapi kali ni gunakan santan yang telah diperah tadi. Tak perlu tambah air lagi dah. Gunakan santan perahan pertama tadi jer semata².
Kenapa kelapa parut kena bahagi 2?
Sebab kalau sekali blend jer, lebih banyak air yang perlu ditambah untuk pastikan kelapa parut dikisar dengan lancar.
Tapi dengan asingkan 2 bahagian & blend 2 kali, hanya kali pertama jer kita tambah air. Tengok dalam gambar ke-3, lapisan air (air yang ditambah) tak sampai ⅓ bahagian pun.
Lapisan atas semuanya santan pekat/kepala santan. Biasanya jika saya buat sekali blend jer, lapisan air dah hampir separuh dari santan..
Bila dah blend semua kelapa parut, barulah blend sekali lagi (semua sekali) & tambahkanlah air untuk dapatkan santan cair. Walaupun blend kali ke-2 ni dapat santan cair jer, masih ada sikit lagi lapisan pati santan pekat.
Yang saya tunjukkan ni untuk sebiji kelapa jer. Kalau nak buat lebih dari sebiji kelapa, biasanya saya blend sebiji demi sebiji. Tambah air hanya untuk kelapa yang first, kelapa selebihnya gunakan perahan santan untuk blend. Kalau guna cara ni, nak buat tahi minyak pun kejap jer sebab kandungan air sikit jer..
Ekstra tip
*Kalau nak santan tahan lama, pastikan guna air masak (jangan guna air paip) & taburkan garam sikit pada lapisan atas santan (jika simpan santan bahagian fridge bawah untuk beberapa hari). Kalau nak frozenkan pun boleh gak..
Kalau ada yang teringin hendak makan cucur udang, bolehlah dibuat sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Malah menariknya, pemilik resipi ini iaitu Puan Tyra Manan turut berkongsi rahsia untuk pastikan cucur udang yang dimasak tidak serap minyak.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
CUCUR UDANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
CARA NAK GORENG:
1. Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2. Bila senduk dah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara buat : Rebus cili dan bawang putih lepas itu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.