Sos cili Thai memang enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan. Sebagai sos pencicah yang wajib ada bagi melengkapkan menu bergoreng sudah tentulah rasa masam, manis dan pedas itu perlu ada.
Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh dijadikan sebagai bahan perasa dalam masakan.
Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
Ads
Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Ads
3. Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Ads
4. Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Memang puas hati kalau buat sendiri. Terjamin kebersihannya.
Kredit resepi: imah rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak masak pulut kuning memang bukan mudah. Kadang kala, ada yang jadi lembik dan ada yang keras. Sukatan air dan cara membuatnya kena betul. Nampak senang kan nak buat tapi kena tahu cara rahsianya nak jadi lembut.
Begitu juga dengan rendang. Resipi yang dikongsi ini memang buat pulut dan rendang gerenti jadi dan sedap.
Boleh kita cuba ikuti resipi ini.
Pulut kuning dengan rendang daging, sejak pak mentua ajar cara nk masak pulut kuning, event apa mesti saya masak pulut kuning ni sedap, lembut dan berlemak tambah pulak dengan rendang.
Cara masak pulut kuning: Bahan: 1kg stgh pulut (pulut susu) Santan 1 kotak kecik(sy pakai santan kara) Daun pandan (10 helai) Serbuk kunyit Garam secukup rasa Caranya:
1 .Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (sy letak 2 sudu) cantik je warnanya.. rendam selama 3,4 jam. 2. Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jd lg sedap tau..kemudian masukkan pulut atas daun pandan. Kukus sampai sedikit lembut. Dalam 1 jam mcm tu.. 3. Da agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.
4. Kemudian ambil 1 kotak kecil santan td tambah air..kuantiti penuh 1 mangkuk besa selalu anda makan maggie tu..hehe. Lepas tu tambah sedikit garam.
5. Lepas tu gaulkan dgn pulut td, dah rata kukus semula. Mcm sy, sy suka letak semula daun pandan td.. susun balik dan kukus mcm td, selama 15 ke 30 minit lg. Dannnnn siap boleh dimakan..
Rendang daging
Bahan-bahan: 1kg stgh daging 2 biji Bunga lawang 2 batang kayu manis 3helai Daun kunyit 2 sudu Serbuk kari (sy pakai serbuk kari daging) 2 bungkus Kerisik 2 kotak santan kecil (sy pakai brand kara) Garam secukup rasa Bahan yg dikisar: 15 ulas Bawang merah saiz sederhana besar 10 Ulas Bawang putih 2 inci Lengkuas 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 5 batang serai saiz besar 20 tangkai Cili kering (ikut pedas yg ibu2 suka) Caranya:
1. Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan.. sebab mase menumis bahan kisar akan berair. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.. kemudian masukkan semua bahan kisar td. Tumis sehingga pecah minyak. 2. Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan mase masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nti.. 3. Dah pecah minyak masukkan daging td, gaul sebentar kemudian tambahkan air.. dalam 3 cawan,tunggu sehingga daging lembut..selagi belum lembut kalau boleh jgn masukkan santan dulu ya..klu perlu tambah air lg tambah je ye sampai btl2 lembut. 4. Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yg dipotong mayang td. 5. Last sekali letak garam dan rasakan. **kalau nak pekat masak lama sikit tapi api kecil, kalau nak kuah banyak da boleh matikan api ya. Boleh hidangkan dan Selamat mencuba.
Kredit: Noor Hamidah via MAHN, Resipi Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak makan Cheese kek tapi agak leceh kerana kek sebegini agak rumit dan banyak pula caranya. Lagi lagi yang kena guna oven dan mixer. Ada pula yang akan tanya, boleh ke bakar kek tanpa oven? Takder oven macam mana nak bakar kek? Jawapannya boleh!
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Zulkifli Hashim ni. Mudah dan cukup menjimatkan dengan kos hanya RM35 jer.
Blueberry Cheese Kek tanpa bakar dan tanpa mesin pengadun. Resipi ada pada gambar. Kos Bahan +/- RM 35.00 ???
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...