Adat duduk berjiran, pasti akan bersedekah antara satu sama lain. Termasuklah ketika seseorang itu menjalankan ibadah korban, pasti akan sedekahkan bahagian daging tersebut pada jiran dan golongan yang memerlukan.
Disebabkan ramai kenalan, pasti ada ketika anda akan dapat daging dari beberapa pihak kan? Oleh kerana itu, penuh peti dibuatnya nak simpan daging korban! Haa yang mana masih lagi ragu-ragu dalam proses penyimpanan daging untuk pastikan sentiasa segar dan boleh simpan lama, di sini ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan bersama. Jom ikuti perkongsian ini!
Ini cara-cara yang boleh diikuti.
1. Asingkan Daging
Asingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang.
Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
2. Jangan Terus Cuci Daging Korban
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
Ads
3. Jangan Simpan Semua Daging Dalam Satu Bekas
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
4. Jangan Terus Simpan Dalam Freezer
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer.
Ads
5. Jangan Defrost Daging Guna Air Panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Ads
6. Simpan Daging Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.
Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
Tips Tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.
Setiap manusia diuji oleh Allah SWT mengikut kemampuan masing-masing. Bukan mudah punya anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Ini perkongsian ibu bernama Hazamaratul Damrah, ibu kepada adik Danish Rizqin bin Rosli yang menghidap ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala.
“Penghujung Februari 2016, (Jumaat) Rizqin muntah di tadika, cikgu menghubungi akak dan akak terus bergegas ke sekolah untuk mengambil Rizqin dan membawanya pulang. Sampai di rumah Rizqin rehat dan tidak muntah lagi.
“Pada petang yang sama, ketika Rizqin tidur, bahagian kepala terutamanya dahi berpeluh dan secara tiba-tiba Rizqin menjerit kesakitan. Tapi rasa sakit itu hilang dalam beberapa saat sahaja.
“Pada hari isnin kami membawa Rizqin berjumpa dengan pakar kanak-kanak di KPJ Tawakal. Ketika itu, Rizqin sihat Cuma ada batuk-batuk kecil, tetapi dia mula hilang imbangan badan ketika berdiri dan berjalan. Jadi doktor menasihatkan agar Rizqin dipantau selama seminggu, sekiranya tiada perubahan doktor menasihatkan Rizqin di bawa semula ke hospital untuk pemantuan susulan.
“Pada hujung minggu, Rizqin minta belikan kasut baru dan teringin nak makan ais krim Magnum. Jadi kami membawa Rizqin ke Mid Valley. Semasa di Mid Valley ketika Rizqin berlari mendapatkan papanya, dia terjatuh dan memberitahu secara tiba-tiba kakinya berasa lemah. Pada hari isnin pagi, kami menghubungi doktor dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut ibunya, tiada perubahan ketara, cuma yang ketara adalah dia hilang imbangan ketika berjalan.
Setelah menjalani ujian CT Scan, Rizqin disahkan mempunyai ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala dan perlu dilakukan pembedahan untuk memasang VP Shunt.
Kes kami kemudiannya telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatab selanjutnya termasuklah pembedahan untuk membuang tumornya.
“Selepas pembedahan, Rizqin perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 kali bagi membunuh sel kanser yang berbaki 5% kerana dalam pembedahan sebelum ini, hanya 95% sahaja sel tersebut yang berjaya dikeluarkan. Kemudian diikuti dengan 8 pusingan rawatan kimoterapi.
Sebelum memulakan rawatan, Rizqin juga perlu menjalani pembedahan membuang semua gigi susunya kerana ada antara gigi tersebut yang rosak dan tidak mahu berlaku jangkitan ketika menjalani rawatan kimoterapi nanti.
“Sepanjang rawatan dijalankan, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku, antaranya VP Shuntnya rosak dan terpaksa ditukar baru. Ekoran itu Rizqin juga perlu dipantau di PICU selama 10 hari. Boleh dikatakan sepanjang tempoh rawatan berjalan hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Alhamdulillah Rizqin berjaya melalui tempoh yang sukar sepanjang lebih kurang setahun setengah rawatan sebagaimana yang telah dijadualkan.
Menurut Hazamaratul Damrah lagi, sepanjang tempoh rawatan bermula dari Mac 2016 sehingga akhir tahun 2017, Rizqin memang tidak meneruskan sesi persekolahan disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan bagi anak-anak onkologi.
“Rizqin memulakan persekolahan pada awal tahun 2018. Dalam tempoh rawatan akak ambil inisiatif mengajar Rizqin di rumah sekiranya keadaan kesihatan dan emosinya mengizinkan. Akak hanya mengajar subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik kerana tidak mahu membebankannya.
“Sekiranya ada menjalani rawatan di hospital, Rizqin akan diajar oleh guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sesi pembelajaran ini juga bergantung pada tahap kesihatan Rizqin. Selain itu, akak juga menggalakkan Rizqin membaca buku cerita dan bahan bacaan yang bersesuaian dengan minatnya seperti majalah Top Gear.
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, kini tahap kesihatan Rizqin semakin baik. Bagaimanapun Rizqin masih perlu menjalani ujian MRI setiap enam bulan untuk memantau keadaan kesihatannya.
Selain itu, Rizqin juga perlu menghadiri beberapa temu janji di klinik-klinik yang berkaitan seperti klinik mata, telinga, gigi dan sebagainya secara berkala. Ada yang tiga bulan, enam bulan dan setahun sekali.
“Sebagai seorang ibu, sudah pasti tiada yang lebih membahagiakan untuk melihat Rizqin sembuh sepenuhnya dan bebas daripada kanser. Akak ingin melihat Rizqin kembali sihat dan sembuh sepenuhnya supaya dia boleh menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain di luar sana.
“Semoga suatu hari Rizqin boleh berdikari, mempunyai keyakinan diri untuk bergerak sendiri tanpa perlu dipantau sepenuhnya oleh akak. Buat masa ini Rizqin masih belum cukup kuat dari segi fizikal dan mental untuk berada di alam persekolahan mahupun pergaulan dengan rakan seusianya.
Selain dapat membesar dalam keadaan kesihatan yang baik, ibunya juga berharap agar Rizqin mampu untuk melakukan aktiviti yang digemari setelah kesihatan dan kecerdasannya bertambah baik.
“Akak sangat bersyukur kerana Rizqin seorang anak yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan sikap yang begitu positif dalam berjuang melawan sakitnya. Biarpun bertubuh kecil, namun semangatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengenali Rizqin secara dekat, tahu bagaimana jiwa anak kecil ini.
“Bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan seperti mempunyai anak yang mengidap kanser, akak nasihatkan agar dapatkan rawatan yang betul di hospital. Patuhi segala nasihat serta saranan yang doktor berikan berkaitan dengan rawatan yang dijadualkan untuk anak kita.
“Sentiasa berusaha untuk kekal positif dan memberi sokongan kepada anak yang sakit. Layan anak seperti biasa, fahami anak-anak, tunjukkan sokongan dan kasih sayang yang berterusan pada mereka.
“Jangan mudah berputus asa, banyakkah berdoa, Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan rawatan. Persiapkan diri dengan info yang berkaitan dengan penyakit anak kita. Dapatkan penerangan yang sewajarnya daripada doktor serta jururawat yang merawat anak kita. Sesungguhnya bukan mudah punyai anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sewajarnya kita tolak ketepi soal perasaan bosan berada lama di rumah.
Hakikatnya inilah masa yang boleh dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk melakukan banyak perkara yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta.
Sedang ramai antara ibu bapa hari ini pun bekerja dari rumah, dan seiring dengan pendekatan pihak sekolah menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam talian, elok kiranya kita sebagai ibu bapa turut membantu anak-anak menambah pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Bagaimana caranya?
Jom turut serta Hp Print & Play yang disediakan oleh Hp Malaysia ini.
Dengan HP Print & Play, ibu bapa boleh memilih dari pelbagai aktiviti yang paling sesuai dengan keperluan anak-anak untuk mencapai hasil pembelajaran yang menyeronokkan dan terbaik.
Contohnya jika anak-anak kita berusia 2 hingga 12 tahun, bolehlah mencuba untuk membuat aktiviti kraf, menyabung titik ke titik untuk melukis objek, puzzle dan sebagainya yang pasti membuatkan anak-anak teruja menyelesaikan tugasan yang ada.
Mengapa Print & Play?
Hasil kajian HP New Asian Learning Experience Study menunjukkan bahawa pembelajaran melalui bahan bercetak dan digital masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.
Bahkan apabila digabungkan antara digital dan bahan bercetak, ia akan menjadi lebih berkesan dalam membantu anak-anak lebih fokus ketika belajar.
Bukan itu sahaja, dalam kajian tersebut juga mendapati ibu bapa di Malaysia lebih suka memberi latihan kemahiran matematik kepada anak mereka dengan menggunakan bahan bercetak (54.5%), manakala untuk belajar muzik pula di platform digital (50.5%). Menggunakan campuran cetak dan digital terutama untuk meningkatkan matematik pula adalah (56.5%) dan kemahiran linguistik (52.5%).
Oleh yang demikian, ibu bapa boleh merujuk kepada hasil kajian tersebut untuk memahami cara pembelajaran yang lebih berkesan kepada anak-anak.
Di sini juga turut dikongsikan beberapa aktiviti menarik yang disediakan oleh Hp Malaysia untuk anak-anak anda.
Menyelamatkan arnab yang tersesat
Melukis dengan menyambungkan garisan dari nombor ke nombor
Menyusun puzzle
Bahkan banyak lagi yang boleh diterokai oleh anak-anak dan ibu ayah bersama Hp Malaysia.
Sebelum itu, dapatkan juga printer untuk memudahkan anda mengajar anak-anak.
Disarankan juga untuk menggunakan Printer HP Ink Advantage, selain mempunyai ciri istimewa printer tanpa wayar, pencetak kompak ini juga boleh digunakan untuk mengimbas gambar dengan mudah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebanyakan kereta baru sekarang , ada push start button ni , tanpa cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin. Tetapi kunci tu kena ada bersama kita la , biasanya disimpan di dalam poket atau pun dalam beg
Kebanyakan orang masuk dalam kereta , tekan brek dan terus tekan button start – stop ni, enjin terus dah boleh hidup. Biasa korang buat macam ni kan??
Sebenarnya cara itu boleh beri kesan buruk pada jangka masa panjang!
Ada 3 langkah sebenarnya!
Langkah pertama, cuma perlu tekan start stop button tu sahaja, tanpa memijak pedal brek, biarkan panel eletronik saja yang menyala dahulu
Langkah kedua, tekan start stop button kali kedua untuk menghidupkan panel intrument meter kereta, meter box akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan.
Langkah ketiga adalah hanya biarkan dalam 5-7 saat, lepas itu barulah tekan pedal brek & tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula.
Komputer box yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen & sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.
Lakukan dengan Langkah yang betul bagi menghidupkan enjin kereta anda. Nampak macam remeh, namun ianya memberi impak yang besar dan boleh menyelamatkan ‘poket’ anda di masa akan datang
Sumber : Syam Perodua KL
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.