Sebelum ini tular di media sosial mengenai kisah yang menyentuh hati  di mana seorang food rider yang terpaksa mengendong anaknya menaiki motor bersama setiap kali menghantar pesanan makanan.

Melihat kepayahan itu sudah membuatkan kita tersentuh hati dengan pengorbanan yang dilakukan seorang ibu untuk  mencari sesuap nasi.

Namun siapa menyangka rupanya ibu ini cukup luar biasa ketabahannya dalam menempuh ujian hidup bila mana anak yang dikendong itu adalah merupakan anak syurga.

Difahamkan anaknya tidak pernah meragam setiap kali dia menghantar makanan, namun sebaliknya dia juga kerap dimarahi oleh pelanggan kerana membawa anak meredah hujan panas untuk menghantar makanan.

Pernah juga ibu ini cuba untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh, namun sayangnya anaknya pula menjadi mangsa dengan kesan bengkak di tubuh. Tidak mahu kejadian sebegitu berulang, ibu ini tidak percaya lagi untuk meninggalkan anak syurganya di rumah pengasuh. Biarlah susah senang dirinya bersama anaknya itu.

Sejak video yang dikongsikan di media sosial tular, ramai yang tersentuh hati dan ingin cuba membantu.

Turut terpanggil adalah Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang tidak bernasib baik.

Rider Ibu Tunggal Nekad Bawa Anak Syurga Berkerja, Tarik Perhatian Ebit Lew Untuk Dibantu!

Melalui pertemuan tersebut Ustaz Ebit Lew berkongsi kisahnya di akaun fbnya. Ini perkongsiannya.

“Katanya dah lama ingin minta jumpa….”-Ebit Lew

Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang oku cacat penglihatan. Pergi kemana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya. Katanya dah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan. Kakak ni mohon rumah ppr belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang.

IKLAN

Rider Ibu Tunggal Nekad Bawa Anak Syurga Berkerja, Tarik Perhatian Ebit Lew Untuk Dibantu!

Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan. Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan rice cooker. Begitu juga dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur Allah beri rezeki begini padanya.

Rider Ibu Tunggal Nekad Bawa Anak Syurga Berkerja, Tarik Perhatian Ebit Lew Untuk Dibantu!

Anaknya aktif dan manja dengan maknya. Rapat berdua. Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja kesana sini. Semoga Allah bantu kakak ini.

Sumber : Ebit Lew 

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

IKLAN

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

IKLAN

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rider Ibu Tunggal Nekad Bawa Anak Syurga Berkerja, Tarik Perhatian Ebit Lew Untuk Dibantu!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI