Dah nak masuk 4 bulan kita dalam mood PKP, maksudnya dah 4 bulan la kita tak makan nasi kenduri. Betul tak? Rindunya alahai rasa!
Sementara tunggu covid-19 ni betul-betul reda, jom kita bawa feel makan nasi kenduri tu dalam rumah kita dengan buat sendiri je Ayam Masak Merah, resipi dari tukang masak kenduri Pakwan Katering. Memang superb lah, tengok pun dah terliur! Jom cuba!
Ayam masak merah sering menjadi menu wajib sewaktu kenduri kahwin dan menjadi lauk yang paling ditunggu-tunggu tetamu yang hadir. Kami kongsikan resipi dari seorang pengusaha katering, Pakwan cara memasak ayam masak merah yang paling sedap dan meletop. Rasanya yang pedas-pedas dan masam manis memang sangat sedap dimakan dengan nasi putih, apatah lagi kalau dimakan dengan nasi minyak. Jom cuba.
Resipi Ayam Masak Merah Kenduri
BAHAN UTAMA : Seekor ayam ( potong 16 bahagian) -Goreng kunyit dan garam
Ads
BAHAN-BAHAN LAIN : – 1 Senduk Cili Kering Kisar – 2 Batang Serai diketuk – 2 Sudu gula pasir – 1/3 botol sos cili kimball – 1/3 botol sos tomato kimball – Sedikit air asam jawa – Garam
BAHAN-BAHAN KISAR : – 8 biji bawang besar – 5 biji bawang holand – 10 ulas bawang putih – Sebesar ibu jari halia
*blend semua diatas
Ads
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah diblend dan masak sehingga garing.
Masukkan satu senduk cili kering kisar dan 2 batang serai diketuk.
Ads
Masukkan 2 sudu gula pasir , 1/3 botol sos cili kimball dan 1/3 botol sos tomato kimball, setelah itu masukkan sedikit air asam jawa dan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan gula dan garam.
Siap dan sedia untuk dihidangkan
TIPS: Untuk mencantikkan rupa ayam masak merah, tambahkan gula semasa menumis cili kering, ini menjadikan ayam masak merah nampak lebih menarik dan berkilat .
Kredit Resipi & Foto : Pakwan Katering via Ilham Resipi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada idea nak masak menu istimewa buat keluarga hari ini, apa kata cuba resipi mudah ini tapi memang buat pembuka selera. Resipi sotong limau ala thai ini memang ramai yang suka, rasanya dan bau memang lazat.
Nak tahu resipi mudah ini, ikuti perkongsian oleh Ayadieeya. Memang rasa pun dah macam di kedai.
Sotong stim limau ala thai
Hari-hari buat goni xpo.. hok x lalu make jadi lalu sebab sedak dooh, rasa pedas, masam, manis Sos dia boleh jugok guno utk ikan siakap stim limau. Sapo2 nok recipe ado dekat bawah
RESIPI
Sotong stim limau ala thai. Sotong setgh kilo @ 1kg Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe ) Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan) Asam limau nipis dalam 3biji Daum ketumbar ( potong ) Kiub pati ayam 1/2 @ 1 Kicap sotong 3 sudu besar Gula 2 sudu besar Cara-cara:
Kukus sotong dlm 7minit, jgn letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat ( air sotong tu kak aya buang Lepas tu buat sos dia! Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar. Nanti korang try dulu, kalau x cukup masam tambah limau nipis, kalau x masim blh tambah kicap sotong, kalau x cukup manis tambah gula. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP Senang & sedap p/s : Nak guna ikan pun boleh..
Kredit : Ayadieeya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu daging korban, macam-macam resipi boleh masak. Setiap kali raya korban, pasti kita akan mendapat banyak daging korban daripada rakan-rakan dan saudara-mara. Apa hidangan yang hendak dimasak agaknya?
Menu Daging Korban, Macam-macam Resipi Boleh Masak
Terdapat pelbagai masakan berasaskan daging korban yang boleh anda cuba. Misalnya 12 jenis resipi yang dikongsikan ini. Mudah tapi sedap! Gerenti tak jemu menikmatinya seisi keluarga.
1. UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
2. KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong dan bersihkan
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia
1 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah daging
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
Masukkan daging dan sedikit air lagi
Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF : Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
3. MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | disalai
1 mangkuk santan
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 biji mangga muda | dihiris
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
Setelah mendidih, masukkan mangga muda.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
4. DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
5. DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
6. RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Hidangan ini tidak perlu ditumis.
7. RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
300gm hati
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
9. DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
10. PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
Bagi penggemar roti pasti menjadi pilihan utama untuk minum petang bersama seisi keluarga. Malah roti sumber karbo yang popular untuk dijadikan sajian makanan sekeluarga. Banyak resipi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan roti untuk hidangan seisi keluarga.
Jika anda inginkan hidangan yang simple untuk minum petang, bolehlah hidangkan roti dengan pencicah sikaya. Hidangan ini enak dimakan waktu panas-panas.
Ikuti perkongsian resipi ini.
Roti sekaya ..sesedap rasa .
Resepi :
5helai daun pandan(blend 1cwn air/tapis ambik air jer)
1bj telur
1kotak santan @ 1tin susu cair
1sb tepung jagung
Gula n garam secukup rasa .
Bancuh semua bahan bg sebati ,letak atas dapur bg mendidih . Kacau selalu jgn bg berketul , ok dh siap .
Saya guna roti gardenia ,kukus dulu sblm di hidang .