Peminat kepada penyanyi legenda, Anita Sarawak pasti merindui kelibatnya yang sangat bertenaga dan aktif setiap kali membuat persembahan.
Namun, ‘kehilangannya’ membuatkan ramai tertanya-tanya apakah perkhabaran kakak kepada pelakon Noor Kumalasari ini usai dia menyepikan diri dari dunia seni.
Bahkan, Anita Sarawak langsung tidak berkongsi apa-apa perkembangan terkini dirinya setelah sekian lama.
Terbaru menerusi akaun Instagram milik penulis lirik, Slen Fadzil telah dimuat naik perkongsian mengenai Anita telah meraih perhatian ramai. Menurut Slen, Slen ada menerima panggilan telefon daripada Anita pada 7 Syawal lalu.
Of coz among the best feelings this Raya ialah apabila Kak Nita and hubby Abg Mahathir called dan ucap “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” kepada Abg Slen (via hp Abg Shuib Taib) on the 7th Syawal.
Anita menghubungi Slen melalui telefon adik angkatnya iaitu Shuib Taib setelah 12 tahun tidak berbual bersama.
Ads
“TKasih my dear friend, Shuib yg juga adik angkat Kak Nita kerana sudi memberi peluang berbual seketika dgn Kak Nita and Abg Mahathir. Org kata, lepaslah rindu selama 12 tahun tidak bersembang!
Menurut Slen lagi, Anita kini berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah. Sekaligus menepis pelbagai spekulasi mengenai mereka selama ini.
“Ternyata segala gosip ttg mereka selama ini berhubung keuzuran dan perpisahan adalah tidak benar sama sekali. Kita biarkan mereka berdua hidup tenang di luar negara, hormati privacymereka dan semua move on dgn ceria!
Menurut Slen lagi, suara Anita masih sama seperti dahulu, tetap ceria seperti mana yang dia kenali sebelum ini.
Ads
“Anita tidak lagi menyanyi sekarang ini dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang disukainya seperti berkebun di rumah.
“Tapi di mana dia tinggal pun saya tidak pasti. Dia dan suaminya suka mengembara, jadi tak tahu di mana mereka tinggal sekarang ini,” jelasnya.
Untuk rekod, Anita bersama suaminya Mahathir menghilangkan diri pada tahun 2011 dan dikhabarkan berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira dan teruja.
cerleneofficial Missed them too.. MasyaaAllah Dan Alhamdulillah got to they’re in good health ❤️
hasb.muhammad Alhamdulillah,masih sihat walafiat kak nita dan bahagia lagi hidup bersama abg Mahathir 😀
littlezbbb Hi, just saw your post and wondering is Kak Nita doing okay? Is she well? Rindu sangat dekat beliau 😢😢
benzarie Alhamdulilah semoga Allah SWT memberkati merahmati hendakNya
razlanm15 Alhamdulillah..lega bila dengar mereka berdua sihat dan baik² sahaja…
gallerymzdrama Sukanya saya dengar pasal Kak Nita & Suami. Sebab mmg ternanti2 berita tentang beliau & suami. Syukur Alhamdulillah beliau & Suami dlm keadaan baik 🤲🤲💖💖
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai. Telatahnya yang nakal dan terkadang manja mampu mencuit hati .
Tular di media sosial, bahawa seekor kucing telah ‘dilantik’ sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cuk4i atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia. Siapa sangka si bulus kena ‘kerja’ malah diberi kad pekerja!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Merujuk ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat JenderaI (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, kucing yang digelar Soleh itu turut diberikan ‘kad pekerja’.
Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.
Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai ‘kakitangan’ di pejabat berkenaan.
“Soleh kini sudah menjadi staf kami,” ujar admin akaun Twitter tersebut.
Antara ‘tugas’ diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.
“Soleh sering dilihat melakukan ‘tugasnya’ di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai ‘pelatih ahli meow’,” jelas ciapan itu lagi secara berseloroh.
Tahukah anda, bau mulut atau halitosis adalah antara masalah pergigian yang sangat sering dihadapi oleh kebanyakan individu?
Bau mulut biasanya terjadi disebabkan oleh tindakbalas bakteria di dalam mulut yang menghasilkan sebatian dan gas iaitu “Volatile Sulfur Compounds (VSC)” yang berbau busuk.
Walaubagaimanapun, ramai yang tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini.
Atapun mungkin ada juga yang menyedari, namun disebabkan sudah terbiasa dengan bau nafas sendiri, menyebabkan mereka merasakan hal tersebut adalah biasa.
Namun anda harus ingat bahawa bau mulut anda yang tidak menyenangkan itu juga turut boleh dihidu oleh orang di sekeliling anda jika anda mempunyai masalah bau mulut.
Punca bau mulut
Selain itu, masalah bau mulut juga boleh terjadi disebabkan oleh:
-Merokok.
-Pengambilan makanan yang berbau seperti bawang, petai, jering dan durian.
-Mulut kering akibat dehidrasi/kurang air dalam badan.
-Penggunaan gigi palsu yang tidak dibersihkan setiap hari.
-Jangkitan kulat (kandidiasis).
-Penyakit gusi dan kerosakan gigi.
-Penyakit kencing manis yang tidak terkawal.
-Penyakit berkaitan kegagalan hati dan ginjal.
-Sinusitis atau resdung.
-Pembengkakan tonsil (tonsilitis).
Amalkan 9 Tip Ini
Bagi mengatasi masalah bau mulut, amalkan tips-tips berikut:
1.Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan teknik yang betul secara teratur.
2.Berus lidah serta bahagian dalam pipi.
3. Gunakan benang floss untuk membersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya sekali sehari.
4.Amalkan berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan.
5. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (2 liter).
6. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis serta makanan yang berbau kuat.
7. Amalkan mengunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan.
8. Berhenti merokok.
9. Lakukan pemeriksaan pergigian dan pencucian karang gigi secara rutin setiap 6 bulan atau sekurang-kurangnya setahun sekali.
Jika masalah bau mulut anda berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di klinik gigi berhampiran.
Sakit kepala ini memang mudah sangat kita rasa, lagi-lagi bila berdepan dengan situasi stres. Tak disangka-sangka datanglah sakit kepala tu, terasa berat dan berpusing pandangan mata.
Meredakan kesakitan yang dirasa selain perlu mengambil ubat, sebenarnya anda boleh juga usahakan beberapa teknik ini yang dikongsikan oleh doktor untuk melegakan kesakitan.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini dan bolehlah dicuba.
PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.
Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.