Risau Anak Tak Makan, Almy Nadia ‘Naik Hantu’ Bila Ada Yang Suruh Kurus
Hati ibu mana yang tidak sebak bila anak yang dijaga bagaikan minyak yang penuh dianggap tidak mengamalkan kesihatan yang betul.
Muat naik terkini pelakon Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz mengundang simpati wargamaya apabila Almy Nadia meluahkan rasa tidak puas hati apabila anak sulungnya disuruh menurunkan berat badan.
Difahamkan ia adalah teguran daripada pihak pendidik di sekolah anaknya. Namun apa yang membuatkan Almy Nadia risau akibat teguran itu, anaknya tidak mahu menjamah makanan.
Risau akan menjejaskan kesihatan anaknya, Almy Nadia menyatakan tidak puas hati mengenai teguran itu di Instagram miliknya.
“Dia kata dia taknak makan,sbb nak kena kurus cikgu suruh kurus. Ninn dia mak hang bising. Ambik hang. Marah betol mama hang tau bila ada org suruh anak hang kurus!!!!”
“Ini dah susut banyak tau sbb dia sekolah pagi petang penat sekolahnya. Dia kata kena ikut arahan cikgu nanti kena denda sebab cikgu suruh kurus. Nanti dia kena marah dekat sekolah.”
Ads
“Mama hang naik hantu harini. Tinggu isnin mama hang p panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kurus tu, hampa sibuk nak suruh anak aku kurus.”
“Last-last anak aku nak bawa beg sekolah pun tak larat faham. Aku marah harini @fizzfairuzofficial “
Biasanya anak lelaki, ibu ayah akan cakap kena kuat dan berani. Jangan nangis nanti malu orang perempuan tengok. Tetapi gelagat seorang anak lelaki ini sungguh mencuit hati apabila ‘menyelamatkan diri’ daripada menerima suntikan imunisasi di sekolah.
Gelagatnya memang tak boleh ajak bincanglah! Apabila balik sendiri ke rumahnya dengan menggunakan basikal sepupunya. Rumahnya yang berdekatan dengan sekolah membolehkan dia berbuat demikian.
Pujukan ibu bapanya agar memujuknya membuka pintu tidak berhasil, sebaliknya berulang kali mengatakan tidak mahu dicucuk.
Malah video berdurasi 3 minit ni yang telah memcuit hati ramai ini telah viral. Lucu!
Ada budak lari dari sekolah weh takut kena cucuk , habis rumah dia kunci weh . Cikgu kejar naik kereta sampai . Adoi lawaknya , share weh . Kita Kasi viral
Menurut ibunya, Nurul Irrma Ryana Mohammad, 30, kejadian itu berlaku jam 11 pagi ketika dia sedang bekerja di sebuah kedai tidak jauh dari rumahnya.
“Waktu dia lari tu, dia cari saya di kedai, saya tanya kenapa? Dia cakap takut kena cucuk.
“Bila dia nampak kereta guru tiba di rumah, dia terus masuk ke dalam rumah kunci semua pintu.
“Semalam di sekolah, murid tahun satu perlu menerima suntikan awal iaitu vaksin kancing gigi. Sebelum ini, dia tidak fobia mana-mana suntikan tetapi mungkin semalam, Farid lihat kawan-kawannya menangis, tu sebab dia lari dari sekolah dan sembunyi di rumah.“
Ada ke anak orang pekan yang lari dari sekolah sebab takot kena cucuk ? Cikgu dan guard kejar sampai rumah weh😂😂😂 basikal siapa ntah anak sedara aku rembat weh . Meh kongsi cerita pengalaman korang weh 👇
Melalui pengalaman pertama kali anak akan melangkah ke alam persekolahan, tentu ada antara ibu ayah berasa bimbang dan tidak yakin melepaskan anak-anak ke sekolah.
Maklumlah, pada pandangan ibu ayah anak berusia 7 tahun masih kecil dan belum pandai berdikari.
Menyedari hal itu, seorang guru ini menyenaraikan beberapa perkara asas yang harus diajar oleh ibu ayah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan sebelum melangkah di hari pertama ke sekolah.
Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu. Jom semak perkongsian penuh daripada guru ini.
Ada anak Darjah 1 tahun 2020? Ini persiapan sebagai ibu bapa.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8. Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Tampal no telefon ibubapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.
11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Diakui tiada siapa yang kebal atau boleh terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 ini. Terbaharu Covid-19 ini turut ‘menyerang’ arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini seperti yang dikongsikan menerusi insta Story @hrhcrownprinceofjohor, memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.
Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.
Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.
“Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali,” katanya.
Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...