Siapa yang tak sedih bila ahli keluarga terutamanya ibu yang melahirkan sedang sakit, sementara kita sebagai anak yang sepatutnya menjaga mereka terikat dengan kerja. Itulah dihadapi oleh penyanyi Khai Bahar yang sempat menitiskan air matanya ketika temu bual bersama pihak Melodi, baru-baru ini.

Di sebalik wajah yang ceria, pelantun suara ‘Luluh’ ini rupanya menyimpan pelbagai rasa di dalam hati.

Menurut Khai, keadaan kesihatan ibunya semakin merosot ekoran masalah buah pinggang yang dihidapi. Bukan itu sahaja, Khai berkata ibunya sekarang dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan paru-paru berair.

“Ibu umur 61 tahun. Keadaaan dia semakin merosot sekarang ni. Buah pinggang dia dah stage terakhir. Saya terkilan sebab sibuk kerja. Sekarang pula dapat tahu dia masuk wad. Sesak nafas. Keadaan dia semakin teruk. Paru-paru semua masuk air. Memang cabaran buat saya. Jadi saya malas nak layan isu yang tak penting sekarang ni. Fokus kepada ibu yang kurang sihat.

“Saya mampu berdoa. Dia mengharapkan semua anak-anaknya datang melihat dia. Mak nak perhatian daripada anak-anak. Jadi kalau ada peluang balik, kami akan balik. Saya kalau ada masalah memang tak akan kongsi dekat semua terutama secara umum. Kadang bila nak kongsi masalah kita, sesetengah orang faham dan sesetengah lagi tak faham.” katanya.

Ujar Khai lagi, dia akan cuba untuk pulang ke kampung sekiranya ada masa terluang. Tambah Khai, dia mahu membuatkan ibunya gembira selagi diberi peluang.

IKLAN

Risau Keadaan Ibu Semakin Merosot, Khai Bahar Sebak Terkilan Sibuk Dengan Kerja

“Saya susah hati sekarang. Saya bulan ni memang busy sebab dah lock semua kerja. Ianya melibatkan ramai orang. Saya tahu limit nak menanggung beban. Saya cuma nak mak saya sihat. Tapi keadaan dia semakin hari semakin tidak baik. Bila nak balik Perlis saya kena tengok jadual. Kadang bila balik ada dugaan macam baru ini kereta rosak,”tambahnya.

Di akhir perkongsian, Khai berkata dia berdebar setiap kali menerima kiriman Whatsapp daripada keluarga.

IKLAN

“Mak takut setiap kali nak pergi hospital. Dialisis seminggu tigak kali. Nak buat dia pergi hospital kena telefon dan pujuk. Kalau tak dia ingat-ingat lupa. Pesakit buah pinggang ni time dia okay dia akan okay. Kalau semua anak ada dan pujuk, dia akan pergi,” jelasnya.

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, ditanya mengapa tidak dibawa ibu menjalani rawatan di Kuala Lumpur, Khai berkata, keluarga memutuskan agar ibu dirawat di Perlis.

“Sebelum ini, saya pernah bawa emak ke sini dan berjumpa pakar. Doktor minta putuskan sama ada hendak teruskan rawatan di Kuala Lumpur atau di Perlis.

IKLAN

“Keluarga saya putuskan emak dirawat di Perlis kerana ahli keluarga saya ramai menetap di sini. Saya ada 10 adik beradik yang menetap di Perlis.

“Lagipun, pusat dialisis dekat dengan rumah. Kalau di Kuala Lumpur, mungkin jauh dengan rumah saya.

“Jadi, di kampung lebih baik… Takut juga emak rimas di sini,” katanya yang memuat naik foto dirinya memegang tangan ibu di Instagram Story (IGs) bagi berkongsi keadaan kesihatan insan tersayang itu.

Sumber: Melodi, Berita Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI