
Tahniah diucapkan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin yang bakal menimang cahaya mata kedua selepas mengumumkan isterinya kini hamil anak kedua mereka.
Menerusi Instagramnya, Rizman yang mengadakan sambutan hari lahir buat isteri, Nurida Suraya menerima kejutan selepas isterinya membuat pengumuman hamil anak kedua.
“Happy Birthday to The Most Beautiful Girl on earth. Beautiful inside and out.
“Terima kasih sayang saya kerana melengkapkan hidup saya. You are the best thing that happened to me. I love you eternally 🤍.
“P/S: Birthday mummy tapi daddy yang dapat hadiah. Alhamdulillah we are expecting new baby!
“Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat kami sekeluarga inshaAllah. Amin ya rabbalalamin,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.
Terdahulu, Rizman dan isterinya Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rizqaa.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Berat Badan Berlebihan Buat Wanita Sukar Hamil, Ubahlah Cara Pemakanan & Gaya Hidup

Berat badan berlebihan, kegemukan atau obesiti bukan sahaja mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit tetapi menurunkan tahap kesuburan dalam kalangan wanita. Obesiti memberikan kesan ke atas kesuburan akibat ketidakseimbangan hormon dan masalah ovulasi terutama dalam kalangan wanita obesiti yang menginginkan anak pertama.
Berat Badan Berlebihan Buat Wanita Sukar Hamil
Menurut pakar pemakanan wanita, Puan Syaza Nutritionist melalui perkongsian penulisannya, berat badan berlebihan akan menyukarkan golongan wanita untuk hamil. Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, sel lemak yang berlebihan boleh tukarkan hormon androstenedione kepada hormon estrone dan menjadi terlalu banyak.
Bila terlalu banyak, akan jejaskan fungsi ovari kita seterusnya ganggu proses ovulasi (penghasilan telur).

Senang cakap, nak jumpa hari subur sangatlah susah atau memang tiada langsung. Sudahlah fungsi ovari terganggu, selepas itu bagi kesan buruk pada dinding rahim (endometrial lining), macam manalah nak lekat bukan?
Period pun mungkin jadi tak teratur dan senggugut teruk. Kualiti telur pun akan jadi sangat terjejas, tu sebab dah buat IVF pun tak berjaya. Belum lagi masuk bab penyakit-penyakit lain bila berat badan berlebihan.
“HABIS TU, ORANG LAIN YANG BADAN BESAR TU PUAN SYAZA? RAMAI JE ANAK”
Itu rezeki dia, mungkin tak jejaskan kesuburan dia, tapi beri kesan pada masalah kesihatan yang lain.
Alahhh… Dia sama macam orang cakap “Atuk saya hisap rokok elok je sampai sekarang hidup lagi.” Itu rezeki atuk dia panjang umur.
Tapi banyak fakta dan kajian menunjukkan merokok membahayakan kesihatan dan meningkatkan risiko pelbagai kanser. Begitulah.
“HABIS TU SAYA YANG BADAN KURUS NI MACAM MANA PULAK? MASIH SUKAR HAMIL DAN HORMON TAK STABIL?”
Kurus sangat atau terlampau underweight pun memberi kesan juga.
Ubahlah Cara Pemakanan & Gaya Hidup
Jadi, kena ubah cara pemakanan dan gaya hidup untuk bantu kita tingkatkan kesuburan dan hamil dengan sihat. Memang terbukti berdasarkan banyak kajian-kajian klinikal, dan diterbitkan dalam banyak jurnal kesihatan. Ramai yang merasai perubahan bila mengubah cara pemakanan da gaya hidup.

Kuncinya ialah mula dan konsisten!
Jangan duduk saja tak buat apa dan mengharapkan supplement itu ini (yang sangat mahal harganya) sedangkan pemakanan harian kita tu yang bagi impak maksima.
Suplemen itu cuma membantu tambah apa yang kurang sahaja. Makin lama anda tunggu, umur semakin meningkat. Tahap kesuburan juga mula berkurang mengikut pertambahan umur. Jadi mulakan sekarang! Bagi yang sudah mula, teruskan konsisten dan trust the process.
Kredit foto: Freepik
Pilih Tarikh Cantik 11.11, Aurel Hermansyah & Atta Halilintar Timang Anak Kedua!

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya, Atta Halilintar yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.
Sekali lagi memilih tarikh yang cantik iaitu pada tanggal 11 November, Atta dan Aurel turut berkongsi beberapa momen bahagia namun menyentuh hati itu di media sosial mereka.
Aurel dan Atta yang kini memiliki dua orang cahaya mata turut menimang cahaya mata perempuan yang dikatakan sudah pun diberikan nama, Azura Hanna Nur Atta.
“11-11-23 Alhamdulillah telah lahir puteri ke 2 kami,” tulisnya di kapsyen.
Menerusi beberapa momen yang dikongsikan Atta di Tik Toknya turut dikongsikan saat kelahiran anak kedua mereka yang penuh dengan momen menyentuh hati sehingga detik melahirkan.
Aurel yang ketika itu dibedah sempat ditenangkan Atta yang sentiasa mendampingi isterinya setiap saat untuk memberikan semangat buat Aurel.
Manakala Atta pula sentiasa mengucapkan kalimah Allah serta berselawat sepanjang masa agar dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua mereka.
Atta dilihat menangis sebak sepanjang detik hebat itu lantas membuatkan ramai yang hiba menyaksikan video penuh makna itu.
Semoga kelahiran bayi kedua ini mencambah rasa bahagia buat keluarga besar mereka.
Turut sama menanti momen penuh bahagia itu pastinya keluarga Hermansyah, Kris Dayanti dan keluarga Atta Halilintar yang setia menunggu.
Terdahulu, Atta dan Aurel turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ameena Hanna Nur Atta yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Berat Badan Terlebih Antara Penyebab Sukar Hamil, Boleh Ganggu Ketidaksuburan!

Susahnya nak mengandung! Masalah sukar hamil sering dikaitkan dengan masalah ketidaksuburan baik suami atau isteri. Apa sebabnya? Banyak penyebabnya yang mama perlu tahu.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Berita baik buat pasangan yang ikhtiar hamil. Sertai Zumba Sarung & Sembang Sihat bersama pakar berpengalaman. Ada peluang untuk menang hadiah hebat!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/sembang-sihat/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club