Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul dalam Pengumuman bajet 2022 memaklumkan, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.

“RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa.” Bajet 2022 Umum Bantuan Keluarga Malaysia RM 2,000, Diperkenal Tahun DepanMenurutnya, bantuan tersebut akan diterima oleh keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan.

“Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.#Bajet2022 #KeluargaMalaysia.

“RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa.” Bajet 2022 Umum Bantuan Keluarga Malaysia RM 2,000, Diperkenal Tahun Depan
Gambar hiasan.

Selain daripada Itu, sebanyak RM500 akan diberikan kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.

Ini  bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

“RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa.” Bajet 2022 Umum Bantuan Keluarga Malaysia RM 2,000, Diperkenal Tahun Depan
Gambar hiasan.

Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

“RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa.” Bajet 2022 Umum Bantuan Keluarga Malaysia RM 2,000, Diperkenal Tahun DepanDalam pada itu, Bantuan Awal Persekolahan akan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta dan dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid-murid.

“RM150 Setiap Murid Ringankan Beban Ibu Bapa.” Bajet 2022 Umum Bantuan Keluarga Malaysia RM 2,000, Diperkenal Tahun Depan
Gambar hiasan.

“Setiap awal tahun tentunya ibu bapa yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” katanya.

IKLAN

Tidak sekadar itu, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan sekolah.

Intipati lain Dalam Bajet 2022:

– Bajet 2022: Bantuan tambahan RM300 kepada isi rumah warga emas

– Bajet 2022: BKM manfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion

– Bajet 2022: Syarat kelayakan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169.

IKLAN

– Bayaran balik pinjaman PTPTN . Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman. Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman. Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit

#Bajet2022

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI