Mencuba menanam buah Rock Melon di laman sendiri mungkin sesuatu yang hebat untuk dilakukan bersama keluarga. Kelak bila berbuah, boleh dituai dan dinikmati bersama-sama.
Pun begitu, andai belum tahu cara dan teknik menanamnya, elok difahami perkongsian daripada saudara Mohd Shaifful ini. Jom semak untuk tambah ilmu.
ROCK MELON MERAH MADU F1 HIBRID
Jom tanam Rock Malon dalam pasu.
Jom tanam di laman rumah anda.
SEMAI :
Teknik ‘baring’ atau teknik ‘tegak’
Tenik baring ialah meyusun benih rock melon dalam tray semaian secara baring. Selepas itu di tekan sedikit supaya benih terbenam sedikit dalam medium semaian(peatmoss atau tanah organik). Jangan tekan terlalu dalam
Ambil tanah semaian Peatmoss/tanah dan ratakan di atas tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan.
Teknik tegak. Menghala kan mucung benih yang tajam menghala ke bawah semasa semai.
Siram air pada tray semaian sehingga lembap. Ambil plastik hitam bungkus tray semaian. Jika yang tanam guna bekas. Tutup dengan plastik hitam juga.
Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka.
Ads
Selepas 2hari buka plastik hitam. Benih sudah mula bercambah. Ambil tray letak di kawasan yang mendapat cahaya matahari tapi bukan kawasan panas terik.
Apabila pokok sudah tumbuh 4daun. Boleh di pindahkan ke dalam polybeg atau pasu atau batas tanaman.
SAIZ POLYBEG ATAU PASU :
Siapkan polybag dengan ukuran 40×50 cm atau ukuran sedang sebesar yang boleh.
Masuk kan tanah organik atau apa jua jenis tanah yang ada asalkan gembur dan subur.
PEMINDAHAN ANAK POKOK
Sebelum dipindahkan anak pokok siram dahulu media tanam dengan air. Memindahkan anak pokok di waktu senja untuk mengelak haba cahaya matahari dan anak pokok terkejut haba dan layu.
PEMASANGAN PARA UNTUK POKOK MEMANJAT
Ads
Sediakan pancang dan tali rafia untuk pokok menjalar pada usia 2minggu. Guna kan apa saja teknik yang ada suka. Sama ada buat para atau letak di tepi pagar.
Jika nak biar kan melon menjalar di atas tanah pun boleh.
MENGAHWINKAN BUNGA BETINA. SECARA BERBANTU.
Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar, macamna nak kenal bunga betina.
Bunga betina berbunga dengan ada putik buah. Bunga jantan bunganya tiada putik buah.
Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yag keluar. Waktunya antara pukul 7.30 – 11.00 pagi. Ambil bunga jantan dan sapu kan di buna betina.
Ramai yang merungut bila bunga betina yang ada putik buah gugur. Jadi teknik bantu kahwin ni sangat berkesan.
Teknik ini berkesan untuk melekatkan buah jika kawasan rumah anda tiada serangga pendebungaan seperti lebah dan lain-lain.
Ads
PEMANGKASAN DAN PEMILIHAN BUAH
Untuk menghasil kan buah yang cukup besar dan berkualit. 1pokok hanya di biarkan 2-4biji sahaja. Pemangkasan buah dan dahan tidak perlu harus di lakukan.
PEMBAJAAN
Cara menanam melon dalam polybag setelah melakukan pemangkasan cabang adalah melakukan pebajaan.
Peringkat awal 1bulan pertama
Setiap 2minggu baja dengan baja organik atau pun baja subur.
Setelah pokok mengeluarkan bunga. Baja dengan baja buah.
PENGENDALIAN HAMA/SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT
Pengendalian hama/seranga perosak dilakukan dengan semburan racun kawalan perosak atau racun organik pilihan anda. Jangan meracun bila pokok sudah mengeluarkan bunga.
TUAI BUAH ROCK MELON
sekitar hampur 2bulan.Buah yang siap dipetik mempunyai ciri-ciri warna kulit yang mulai putih kekuningan, kulit buah putih berwarna kekuningan, pada tangkai buah terdapat cincin atau lingkaran retak-retak, dan tercium aroma harum dari melon.
Selamat berkebun sendiri. Rezeki Allah pada yang meminta pada-Nya. Semoga rock melon yang anda tanam mendatangkan hasil. Berkebun di lama rumah satu kenikmatan.
sumber : Mohd Shaifful via Group Kebun Sayur Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sebelum ini dia hanya memakai tudung setiap kali menjelang Ramadan. Namun, baru-baru ini, penyanyi bersuara lantang ini memilih untuk berhijab usai pulang dari menunaikan umrah.
Menerusi laman Instagram Siti Sarah Raisuddin berkongsi foto terbaharu dia bertudung dan itu mendapat pujian peminatnya.
Rata-ratanya mengatakan penyanyi lagu Semakin ini kelihatan manis berhijab dan mereka berharap imej tersebut akan dikekalkan.
Isteri kesayangan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu mengakui tidak gemar bercerita hal tersebut kerana ia terlalu peribadi buatnya.
“Memang keputusan untuk kekal bertudung di ambil selepas saya pulang daripada mengerjakan ibadah umrah sebelum raya tempoh hari.
“Sebelum itu memang sudah timbul keinginan untuk berbuat demikian. Cuma belum terlaksana dan saya anggap biarlah hidayah itu datangnya dari Yang Maha Esa.
“Sejak dulu lagi saya dah biasa dengan jeans dan tshirt, jadi bila pakai tudung kena pandai suai padankan. Sebab itu saya tak suka lilit-lilit yang terlalu sarat rasa macam “Sarah di mana” bila tengok muka sendiri.
“Awal-awal memang susah nak pakai, ambil masa berjam-jam. Pernah waktu nak keluar berbuka suami dah tunggu dalam kereta saya saya belum siap sehingga akhirnya kami berbuka dalam kereta.
“Waktu tu saya tengok muka Shuib macam nak marah tak marah. Tapi lebih kepada tak marah sebab dia adalah penyokong kuat saya dalam apa yang saya lakukan termasuklah memilih untuk berhijab,” seloroh Sarah lagi.
Kekalkan gambar tidak bertudung
Ditanya mengenai komen sesetengah netizen berkenaan gambar lamanya yang masih kekal dalam Instagram walaupun tidak bertudung, jelas Sarah itu akan dikekalkan.
“Inilah diri saya dan buat apa nak padam sedangkan kalau orang google pun boleh jumpa gambar-gambar saya tak bertudung. Sebab itu saya pilih untuk kekalkan kerana itu adalah sejarah saya sebelum ini.
“Sebagai penghibur, saya tetap kena menghiburkan orang dan kerana itu saya perlu menjaga adab-adab dalam berpakaian. Sebab tu saya rasa macam tak layak untuk pakai tudung.
“Tetapi bukan nak kata sekarang saya layak, cuma saya mahu nak pakai tudung tu lahir dari hati saya sendiri dan bukan atas paksaan orang lain.
“Selepas balik umrah saya memang tak jumpa orang sangat, duduk di rumah sahaja. Sebelum tu pergi satu event tapi dalam tu saya rasa kekok. Daripada situlah saya memilih untuk duduk di rumah sahaja. Sehinggalah bila nak tampil dengan showcase barulah saya kembali menjadi diri sendiri.
“Hanya orang yang mengalami situasi begini yang faham. Penerimaan anak-anak okey takde masalah. Cuma yang kecil tu dia sudah set kalau orang bertudung bermakna akan keluar jadi dia nak ikut. Anak perempuan pun sama, dia jadi terikut-ikut untuk pakai tudung,”cerita Sarah yang sibuk dengan urusan bisnes dan juga menyanyi.
Sumber gambar: IG sitisarahraissuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah hidup berumah tangga, ada pasang surutnya. Ada baik dan ada buruknya. Masing-maisng ada kekurangan dan kelebihan tetapi yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsingkan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya.
Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya!
Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen.
Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjengah FB Jabatan Pertanian Malaysia ada dikongsikan hasiat cekur yang boleh dikatakan antara ulam pilihan popular dikalangan orang Jawa.
Jom kita ketahui apa istimewa ulam atau herba nan satu ini.
CEKUR – amalan memakannya boleh menghilangkan jerawat dan awet muda
(idris bald)
Cekur , Cekuh atau galanga kecil merupakan sejenis tumbuhan herba ubatan bersaiz kecil yang boleh mencapai saiz 10 cm. Dikenali juga dengan nama-mana Kencur, Kentioer (Indonesia) Ingurupivali, Hingurupivali (Sri Lanka), Proh hon, Hon proh, Waan teendin, Waan hon (Thailand), Sand ginger, Finger root (Inggeris) atau nama saintifiknya Kaempferia galanga dari keluarga Zingiberacea.
Cekur, yang dipercayai berasal dari China dan India kini ditanam secara meluas di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Cekur tumbuh merumpun dan mempunyai akar rizom yang isinya berwarna putih dan berkulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar berbentuk panjang membujur dan meruncing dihujungnya serta tidak bertangkai dan berbau wangi. Cekur juga berbunga yang keluar dicelah ketiak daun berwarna putih keunguan. Dibiak menggunakan keratan rizom yang matang sesuai ditanam di kawasan sederhana lembab, subur terutama di tanah yang berorganik.
Pucuk muda cekur enak jika dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu, cencalok atau bahan pencicah lain. Selain dari itu, pucuk cekur yang dihiris halus boleh juga digunakan bagi melengkapkan nasi kerabu, nasi ulam atau kerabu yang popular di pantai timur. Rasanya sedikit pedas dan ranggup serta wangi.
Rizom cekur yang mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, kamphene dan gam juga boleh dimakan dengan mengupas kulit dan ditumbuk bersama cili untuk dimakan bersama nasi.
Buang angin
Cekur sangat popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin yang dikatakan boleh membuang angin, menguncupkan rahim dan penjarang anak.
Redakan penyakit
Dikatakan juga cekur mampu mengubati batuk, sakit tekak, meredakan demam panas dan pelawas kencing.
Awet muda
Cekur mempunyai bahan yang bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Bagi masyarakat melayu, pengamalan memakan cekur boleh mencegah sakit sengal tulang dan awet muda.
Sejak zaman kuno, cekur telah dikenal sebagai tumbuhan ubat yang banyak digunakan untuk membantu merawat berbagai penyakit. Antara manfaat lain adalah untuk membantu melegakan sakit kepala, selsema dan beberapa penyakit lain.
Hilangkan jerawat
Selain dari itu cekur diketahui dapat membantu menyelaraskan badan, melegakan serangan migrain, mengubati asma, merawat penyakit reumatik, batuk dan dapat menghilangkan jerawat.
Mengikut kajian makmal, keberkesanan cekur adalah karena terdapat lebih dari 23 senyawa dan tujuh di antara senyawa ini mengandung senyawa monoterpena, senyawa aromatik dan sesquiterpene. Cekur juga digunakan secara meluas untuk pembuatan ubat-ubatan moden dan bahan-bahan kosmetik.
Manakala ini pula perkongsian daripada Nur Adibah berkenaan cekur yang dikongsikan hasil temubualnya bersama jirannya.
Jom semak.
Asalnya ke rumah jiran nak mintak daun pegaga je,sekali terpandang kat herba cekur tu.Biasa digunakan dalam masakan orang jawa kan.
Sempat la juga bertanya pada makcik tu apa khasiat daun cekur tu selain dari dibuat masak.
Makcik tu pun cerita yang dia dulu zaman anak dara suka makan daun cekur buat ulam katanya sedap petua orang dulu-dulu nak wangi kan badan kata nya.
Menarik kan bunyi nya saya pun tak lepas kan peluang untuk mencuba rasa dan manfaat kan herba yang ada.