Roti canai adalah antara menu popular sarapan pagi rakyat Malaysia. Rasanya tak lengkap jika dalam seminggu tu tak merasa roti canai.
Anak-anak pula memang suka jika roti canai di makan panas. Mudah untuk anak-anak sarapan pagi sebelum ke sekolah.
Selain beli dikedai, boleh cuba buat sendiri roti canai di rumah.
Jom cuba resipi ni.
Ads
Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila-bila.
BAHAN-BAHAN
Ads
1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)
1biji telur
2 sudu majerin
1sudu kecil garam(larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat
CARA PENYEDIAAN
Ads
*tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti
*masukan air garam+telur
*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn
*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)
*canaikan jd mcm dlm gambar
*sedia utk di goreng
Sumber: Makan Viral Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ditanya apa istimewanya masakan Melayu berbanding cita rasa hidangan lain? Pasti belum pun sempat menjawab pertanyaan itu, sudah ada yang membayangkan betapa lazat dan enaknya rasa sambal belacan, rendang, masak lemak cili padi, asam pedas, ayam goreng berempah dan ribuan lagi menu yang lainnya.
Apa yang pasti, kelazatan dan keunikan rasa hidangan masakan Melayu mewah dengan rasa yang berlemak, berempah dan beraroma. Ini sekali gus menjadikan hidangan Melayu cukup istimewa dan unik.
Bercerita tentang bahan masakan yang bukan sahaja boleh memberi rasa hidangan menjadi lebih enak malah memberi bau masakan lebih menyelerakan, salah satu yang sering digunakan adalah lengkuas. Istimewanya lengkuas ini selain memberi rasa, turut berperanan menghilangkan bau hanyir daging mahu pun ikan.
Biasanya lengkuas akan dimanfaatkan di dalam masakan sama ada ditumbuk, dikisar halus atau pun dihiris nipis.
Antara menu yang sering dimasak menggunakan lengkuas adalah seperti sup singgang, rendang dan sering juga dijadikan ramuan rempah untuk menggoreng ayam.
[su_highlight background=”#d25643″ color=”#242121″]Tip Simpan Lengkuas Agar Lebih Tahan Lama[/su_highlight]
Tip ini dikongsi oleh Norul Mas Hana melalui akaun Facebooknya. Jom semak!
[su_quote]Biasa masak lengkuas pakai 2-3 hiris je, bila beli mesti dalam kuantiti banyakkan? Takde kedai jual 2-3 hiris. Oleh itu, nak simpan lengkuas bagi tahan lama, supaya tidaklah mengecut dan mengering lalu ke tong sampah, akak selalu buat macam ni. Jadi bila nak pakai amil sikit dan simpan semula. Inshaallah, lengkuas akan lebih tahan lama dan sedia untuk digunakan bila-bila masa. [/su_quote]
Step By Step :
1. Bersihkan lengkuas.
2. Letak lengkuas dalam bekas. (macam balang kaca atau plastik bertutup)
3. Masukkan air sehingga paras lengkuas (tenggelamkan lengkuas)
4. Tutup rapat bekas dengan penutup.
5. Simpan dalam peti ais.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang kala, tiada idea untuk masak apa hari ini sehingga hilang mood memasak pun ada. Asyik masak menu yang sama. Akhirnya lauk di kedai jadi pilihan.
Untuk hari ini, apa kata cuba memasak resipi viral, Daging Masak Jintan. Rasanya memang sedap. Aroma dan kuah yang pekat tentu buat anak-anak berselera.
Nak cuba, ikuti resipi ini.
Bahan-bahan:
1 kg daging, dipotong biasa( klu tak leh makan daging boleh ganti ayam tapi daging lebih serasi).
Bahan A 2 sudu serbuk ketumbar 3 sudu makan serbuk jintan manis 1 1/2 sudu serbuk jintan putih 1 sudu kecil lada putih 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 cawan air asam jawa 4 camca gula garam secukup rasa serbuk perasa jika suka Serbuk Kunyit 2 sudu ( kalau jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam anda bukan serbuk tapi biji maka ianya kenalah dikisar terlebih dahulu).
Bahan B Bahan dikisar: 5 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 2 inci halia 2 sudu kunyit hidup 5 batang serai 1 iibu jari lengkuas
BAHAN C MINYAK MASAK 1 1/2 cawan-2 cawan sebab kalau minyak banyak senang masak dan daging jadi cantik
BAHAN D Bawang besar 3 biji dipotong bulat
Cara menyediakan:
1. Masukkan bahan A dan B. Gaul dan sebatikan . Rasa sikit apa yang kurang tambahlah mengikut selera anda. Pastu hendaklah di perap selama 20-30 minit. 2. panas kan kuali dan masukkan minyak-pastu bila minyak dah benar benar panas masukkan daging yg diperap tadi tu… 3. Gaul rata dan masak daging dengan api kuat dan sederhana.bila daging dah masak dan hampir kering masukkan bawang besar…balik balikan dan sebatikan. sehingga layu…sebelum tutup api kalau suka boleh dimasukkan cili padi 10-20 biji.( cili jangan dipotong cuma buangkan tangkainya. Sebiji sebiji.dan rasailah apa yg kurang ditambah…bila dah agak kering kuahnya dan nampak minyak dah mulai naik semula…tutup api…dah siap
Amat sedap dimakan dengan nasi putih panas2 dan nasi minyak…cubalah!
Asyik makan nasi je tentu boring kan. Bagi yang ingin cuba hidangan simple dan mudah penyediaannya, boleh cuba buat masak tauhu berlaku,siap cicah dengan sambal kicap, memang terangkat!
Makan ni, dah tak perlu makan nasi dah memang kenyang! Menerusi perkongsian puan Zarena Heeney ikuti cara penyediaan menu ini. Jom cuba buat!
Resepi tauhu berlauk
Bahan A
Blend semua bahan atas nie…letak sedikit air utk mudahkan nk blend. Dah blend masukkan dalam bekas.
Bahan B
semua bahan B masukkan ke dalam bahan A. Masukkan sedikit bahan perasa, lada sulah dan lada hitam. Gaul sebati semuanya. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan kuih lompang.
KUKUS
Kukus 10 mnt dan keluarkan. Celup adunan ke dalam telor. Goreng sekejap. Goreng sehingga kekuningan. Boleh makan dengan mencicah sambal kicap. Rasanya memang power!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.